Arkib Tag: uzar

syarikat wakaf malaysia

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ini adalah respon kepada blog ni – http://www.pakdi.my/blog/cerita-open-tender/

aku ada komen balik pada pakdi ayatnya macam di bawah.

pakdi kata “Memandangkan kos penyelenggaraannya tinggi, barangkali satu konsep syarikat waqaf berhad perlu diterokai untuk menggantikan konsep penswastaan yang diamalkan dalam perkara-perkara yang Islam sebut sebagai harta awam atau harta orang ramai ini.Saya pernah tulis secara umum pasal konsep syarikat waqaf berhad ini dalam post ini.”

syarikat wakaf??? habis dividen tu bagaimana nak bagi?
kalau dah wakaf, kita dapat pahala
namun syarat yang penting, perkhidmatan kena percuma laa

duit zakat banyak namun agak payah juga kalau ditakdirkan melabur dalam syarikat wakaf
atau kwsp ker pnb berminat nak melabur dalam syarikat wakaf
namun pulangan dari segi duit tu yang agak payah juga
nak menarik perhatian dia orang

tapi kalau semua perkhidmatan kerajaan dibayar dari syarikat wakaf ni, mahu ker kita letak duit dalam syarikat ni???
berapa banyak yang sanggup kita laburkan???

kena ingat kalau melabur di syarikat wakaf, takde dividen. cuma pahala aje kan kan kan

pakdi, kalau tak silap aku laa. ada 2 badan yang kendalikan harta wakaf
1) jabatan agama islam
2) anak syarikat JCORP – johor punya laabukan ker Johor ada keluarkan amanah saham wakaf. tapi aku masih belum melabur sebab kurang jelas tentang konsepnya. mungkin ni akan jadi asas nak buat
syarikat wakaf

tapi kalau perangkaan nak ambil data dari syarikat ni, macam mana nak kira taraf sah??? besar kemungkinan diletak bawah pertubuhan yang tak membawa keuntungan.

kalau nak contoh satu syarikat tak bawa keuntungan, rasanya ada satu syarikat yang slogannya “sama beramal sama beruntung” kalau tak silap laa hehehe :D . ala yang buat sabun mandi, pakaian dan sebagainya. jadi keuntungan tu dibagi terus kepada badan kebajikan. dengan kata lain badan kebajikan ini jadi pemegang syer laa.

apa pun mungkin kena perbincangkan lagi tentang konsep syarikat wakaf ni yer

biasanya wakaf banyak orang faham adalah masjid, rumah anak yatim dan sebagainya. jadi bagai mana intitusi tersebut dapat dana adalah dengan kutipan derma. kalau yang advance jual barang, lepas tu untung masuk dalam intitusi berikut. ada juga yang jual meja, ribu-ribu pulak tu satu meja. tapi meja hotel laa. sanggup hotel tu jual meja untuk intitusi tersebut hehehe.

sekarang yang aku nampak amanah saham wakaf johor. cuma bagi duit aje dalam saham ni, tapi dapat dividen pahala aje laa. duit tak dapat sebab konsepnya wakaf. aku tak pasti sama ada UZAR ada komen pasal syarikat wakaf malaysia atau pun amanah saham wakaf johor.

katalah kita nak wakafkan elektrik, air, jalan raya. jadi kita perlukan kemasukan pelaburan yang besar. kalau setiap seorang rakyat malaysia melabur RM 12 setahun, adalah cukup nak cover kos dalam pengurusan???. jadi mahu tak mahu kwsp atau pnb atau bank-bank islam kena suntik modal dalam ni.

tapi masalahnya ni syarikat wakaf, dah masuk duit mana boleh ambil dividen kan kan kan. aku tak fikir duit zakat boleh disuntik dalam syarikat wakaf sebab zakat kena bahagi kat orang bukannya syarikat.

cuma bank-bank islam mungkin boleh gunakan kaedah derma dalam syarikat wakaf ni. tapi nak ker kwsp dan pnb nak derma keuntungan dia orang???

namun jika ada peluang ….

bersambung …