22/06/1433 Hijrah
Sudah tua daku rupanya. Sudah lama hidup selama 33 tahun. Tertanya-tanya masih ada lagi cita-cita yang masih belum capai lagi?
Sudah tua daku rupanya. Sudah lama hidup selama 33 tahun. Tertanya-tanya masih ada lagi cita-cita yang masih belum capai lagi?
dalam rukun negara, pertama sekali ayat yang dibuat adalah percaya kepada tuhan. memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dah benarkan penggunaan nama Allah dalam kitab injil terjemahan bahasa melayu, wajar kah baris pertama dalam rukun negara diubah kepada percaya kepada Allah ???
siang tadi tengah saya tonton cerita Mr Bean Holiday, ada orang tanya tentang najis babi ini. rasanya bab kasut yang diperbuat dari babi. jadi google laa kejap cari jawapan. maka saya syorkan kepada kawan saya ini, cari lopak air dekat dengan tanah, lepas tu celup kaki dia hehehe. tu jawapan spontan saya sahaja, nak cepat.
tapi rasanya macam susahkan dia pulak nak cari air tanah. ikutkan apa yang saya tahu banyak pendapat tentang najis anjing dan babi, antara website tentang pendapat ni adalah …
adapun islam berkembang sebab sahabat sanggup berkorban demi islam. merantau ke tempat yang jauh-jauh hatta di tempat yang tak tahu bahasa apa pun. namun sekarang sains dan teknologi berkembang pesat. ramai menggunakan media seperti tv, radio serta internet atas maksud berdakwah.
tapi adalah anda faham akan maksud dakwah???
adapun soalan datang dari sini
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/menyambut-merdeka.html
jawapannya pulak datang dari sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/
http://saifulislam.com/?p=6615
tapi adalah sudah terjawap persoalan???
biasanya dalam sekolah dulu kita diajar niat solat macam ni
sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
sahaja aku solat fardu margrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala
sahaja aku solat fardu isyak 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
sahaja aku solat fardu suboh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala
dan sebagainya. tapi ada masalah kalau nak niat macam ni, nak tahu kenapa???
ada pun aku ingin mengulas artikel pakdi ni
http://www.pakdi.my/blog/cadangan-pas-untuk-perbankan-islam/
mungkin sudah sampai masanya mahkamah syariah diperluaskan bidangnya dari tertumpu hal ehwal orang islam serta perkahwinan. cuma yang menjadi persoalan kes-kes perceraian yang banyak tertangguh apa tindakan yang perlu dibuat
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
adapun seseorang yang bernama amin(bukan nama sebenar) berkawin dengan hasanah isteri tua dan juga hamidah isteri muda. jadi telah tiba giliran isteri tua. jadi si suami ni pun bersolat sunat bersama dengan isteri tua.
jadi apabila si suami sudah membaca fatihah, kemudian menyebut dengan kuat “AMIN”, isteri tua mengomel dalam hatinya “saya tahulah nama abang, buat apa sebut kuat-kuat, nanti orang dengar”
semasa iktidal, si suami menyebut bacaan yang akhir ayatnya berbunyi ” … hamidah “, isteri tua mengomel dalam hatinya “sikit-sikit hamidah, aku langsung tak disebutnya. tapi tak apa harap-harap rakaat kedua suami aku sebut nama aku ”
sampai rakaat kedua, si suami masih menyebut “hamidah” dalam bacaan iktidalnya. apa lagi sangat cemburu si isteri tua. selepas solat, si isteri terus bangun dari solat, lalu si suami pun bertanya “kenapa bangun???” isteri menjawap “dalam solat abang asyik sebut nama hamidah aje”. suami pun berkata “ala, nanti dalam doa abang sebut nama hasanah , abang sayang hasanah dunia dan akhirat kan kan kan ”
ada seorang perempuan bertanya kepada aku apasal orang suka berpoligami. aku jawap tu semua adalah jodoh. ada orang nak poligami tapi tak berpeluang. ada ada peluang tapi tak nak pologami.
lagipun dalam alquran kenapa Allah nyatakan kena kawin 2 atau 3 atau 4 kerana dalam ayat sebelum ada ayat pasal berlaku adil pada anak yatim. jadi kalau kita kawin dengan anak yatim, takut termakan harta anak yatim. oleh tu, Allah syorkan kita baiklah kawin perempuan lain yang bukan anak yatim. nak 2 ker 3 ker 4 ker suka hatilah janji dapat elak berlaku ketidak-adilan pada anak yatim tu sendiri.
tapi Allah pesan, jika takut kalau kawin 2 ker 3 ker 4 ker tak berkalu adil, maka kawin satu aje laa.
masalahnya kalau tanya ustaz adakah ayat keadilan poligami ada kaitan dengan ayat makan anak yatim, mesti dia orang cakap takde kaitan. bagi aku ikutkan salah. ustaz ni tak faham soalan :p
dia orang akan sentuh bab poligami lebih banyak dari bab anak yatim tu sendiri. ni tak adil. bukan ker anak yatim tu berada dalam satu ayat dengan poligami??? mana keADILan nya???
aku nak tunggu Ust Zaharuddin ker Dr Asri mengulas persoalan ni iaitu kaitan anak yatim dan poligami. kalau Pakdi, kesan ekonomi pada anak yatim dan juga poligami. yang pasti kalau si suami mati, maka bertambahlah anak yatim yang kaya atau miskin.
bersambung
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
pagi tadi aku dan kawan-kawan pergi sarapan di surau jalan jonid. lepas tu seorang isteri dan suaminya pun datang. jadi ada seorang tu pun bercerita yang dia dah beli rumah kat pagoh sebab dekat dengan kawasan Muhyiddin Yassin. dia ambil pinjaman rumah dari cimb tapi islamik laa. pinjam selama 30 tahun dan bayaran tetap sebulan RM 200 lebih termasuk takaful.
jadi si suami ni pun mencelah, ditanya kena blr tak? orang tu kata ini pinjaman rumah islamik laa. kadar tetap selama 30 tahun. takdenya blr. si suami kata kalau macam tu murahnya.
aku masih berfikir ada juga orang masih kaitan BBA ni dengan riba dan blr. rasanya dah banyak blog, artikel dan surat khabar, majalah, tv, radio bercerita tentang BBA ni tapi masih orang tak faham juga
jadi aku bagilah link supaya ko orang mudah faham
jualan tunai lagi murah dari tangguh
Mahal & Murah Antara Bank Islam & Konvensional : Satu Perbandingan Yang Silap
jadi dalam artikel ini Ust Zaharuddin ada tulis
fakta dan statistik tidak menunjukkan orang bukan Islam merasa Bank Islam zalim, malah merekalah pelanggan terbesar bank islam kerana ramai mereka yang bijak mengira.
Orang Islamlah yang terbanyak mengatakan bank Islam zalim dan kejam mereka kebanyakkan mereka lemah matematik dan tidak memahami cara kiraan.
dan komen ustaz pulak
Kepada Hafiz Jauzi
Berkenaan harga lebih banyak dari 50 % , ia tidak zalim selagi mana ia adalah harga pasaran. Bukti dari hadis banyak, cari dalam web ini. antaranya
Jawapan saya, tidak sama sekali, selagi ia diterima oleh harga pasaran. Buktinya adalah dari hadith Nabi SAW :-
?? ????? -??? ???? ???? ????- ????? ??????? ????? ?? ?? ???? ?????? ?? ?? ?????? ???? ??????? ??????? ???? ?????? ???? ???? ?? ??????? ?? ????? ???? ?? ????? ?????? ???? ???
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung” ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
jadi apa kata anda???
tu pasal masa temuduga sambilan nak masuk perangkaan, kena matematik kredit. kalau tak kredit, maknanya jangan harap nak lepas. tapi sedikit sebanyak dapat membantu memahami macam mana nak kira akaun. kalau tak jadi macam banci eks pulak.
kata orang, ko tak lulus juga periksa jabatan, soalan matematik pulak tu. macam mana pulak tu. tu pasal tulisan aku daa. orang tak faham. kalau objektif, senang aje. ialah tu, mesti tak study ni
tapi kalau ko orang perasan, pinjaman islamik mesti ada term takaful/insuran. kalau pinjaman bukan islamik, takde pulak aku dengar istilah insuran, blr adalah. rasanya apa kebaikan ada insuran/takaful kalau nak buat pinjaman.
satu aje, kalau masa akan datang ditakdirkan kita ada masalah nak bayar pinjaman peribadi ker, rumah ker, kereta ker. jadi insuran/takaful niu akan bayarkan untuk kita. bukan ker untung macam tu tapi tertakluk pada terma dan syarat. pendek kata laa, kalau 10,000 orang pinjam dan bayar insuran/takaful, kalau sorang ada masalah jadi duit insuran/takaful dari 9999 orang ni akan bayarkan pinjaman yang dibuat oleh sorang tu tadi. jadi nak tanya ada tak pinjaman bukan islamik ada buat macam ni???
namun jika ada peluang …
bersambung ….