Arkib Tag: tawakal

amin apa yang ko faham tentang pelaburan

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

secara mudah, kita bagi duit kita kat seseorang. seseorang buat berniaga. dapat untung dibahagi antara kita dan orang yang berniaga tadi ikut peratusan yang dipersetujui bersama. itulah yang aku panggil pelaburan. tak tahu pulak kalau http://www.pakdi.my tak setuju dengan idea aku ni.

jadi apabila seseorang ajak aku melabur, aku lebih suka tahu ke mana duit aku dilaburkan dan berapa peratus duit yang aku dapat. dengan lain perkataan aku nak tahu duit yang aku dapat datang dari mana???

jadi kalau kita nak dapat pulangan secara bulanan, adalah baik kita bagi terus kat kawan kita buat modal, dapat untung setiap bulan. aku tak nampak ada pelaburan lain yang dapat setiap bulan. kalau nak dapat untung secara tahunan, baik melabur di asb.

public mutual ada juga buat pelaburan islamik. tapi modal permulaan kena RM 1000. masalahnya aku tak boleh nak keluarkan RM 1000 sebab dia dalam akaun simpanan bank rakyat aku. aku ada simpan RM 2000 sebagai langkah jangka panjang. kemungkinan aku akan masuk separuh dalam asb bila tiba masa sesuai.

sekarang aku buat potongan RM 50 untuk tabung haji dan asb. tapi masalahnya aku ada hutang dengan mak aku RM 200. RM 100 sebab beli baju tanpa cakap kat aku, dan RM 100 sebab takde duit tunai.

tapi ikutkan aku lebih suka berniaga sebab dapat banyak duit. melabur hanyalah bagi duit kat orang aje. kalau kena orang yang betul untung tapi kalau kena orang yang salah ……………

aku ada dengar juga cimb ada buat pelaburan untuk simpanan. tapi nak kena masuk duit ikut kaunter. aku akan fikir banyak kali sebelum melabur. tak suka melabur di banyak tempat. yang penting bagi aku, bila tiba masanya aku dapat keluarkan duit aku dari pelaburan bila diperlukan.

apa pun masa depan dalam tangan Allah. kita hanya mampu merancang. aku jenis tak akan tergoda kalau duit banyak dalam tangan. biasanya kalau ada duit, aku akan bagi terus kepada mereka yang berhak seperti kedai makan, pedai buku, kawan-kawan. dalam lain perkataan ada duit belanja laa hehehe.

ikutkan aku lebih suka dompet nipis dari dompet tebal. dapat belajar tawakal yang Allah sahaja yang mampu selesaikan masalah kita.

bersambung ….