Arkib Tag: rumah

kenapa saya perlu beli kereta yang pakai petrol?

semalam kawan ada lawat kedai kereta yang jual kereta yang pakai petrol. jadi saya ikut sekali. harga kereta tersebut dalam RM 32,900. jurujual itu cakap kalau dapat bayar deposit sebanyak RM 2900, harga kereta yang pakai petrol itu jadi RM 30,000. dengan kadar keuntungan bank 4.25%, kita hanya perlu bayar RM 370 selama 9 tahun. untuk makluman kereta ini kedua murah dalam pasaran.

tapi sebelum saya buat keputusan hendak beli kereta, kena baca blog pakdi iaitu

http://www.pakdi.net/time-value-of-money/
http://www.pakdi.net/suami-terburu-buru-beli-kereta-baru/

Sambung membaca kenapa saya perlu beli kereta yang pakai petrol?

pergi lebih jauh

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir apa yang aku nak dalam kehidupan. masa kecil dulu cita-cita nak jadi ahli sains, mata-mata gelap. akhirnya aku ambil diploma sains komputer. belajar bab programming, hardware, network.

lepas tu alih-alih kerja kat jabatan perangkaan muar sebagai E17 – pembantu perangkaan yang mana kerjanya macam-macam. lepas ni aku terfikir kerja kerajaan tak boleh jadi kaya-raya. tak boleh beli rumah atau kereta dalam tunai. a

apakah caranya kita mampu beli tunai terhadap barang/perkhidmatan yang kita nak? mahu tak mahu terpaksa berniaga. jadi aku mulakan traning orang tentang php. setakat ni dah ada 6-7 orang belajar php kat aku

aku target, lepas ni ada 5 orang belajar php secara berkumpulan kat aku. seorang belajar satu hari RM 100. jadi seminggu dapat RM 500. kalau sebulan dapat RM 2000. latihan banyak tertumpu pada menaip kod php, membetulkan logik dan output. takdenya nak pakai dw8 ker.

kalau ada pakailah, kalau takde memanglah aku guna open source merangkap portable lagi iaitu notepad++. tinggal buku php yang sesuai aje yang selesa orang menaip kod sambil memegang buku. ada satu buku aku kira dah sesuai budak yang takde basic html sebab dalam buku tu dah termasuk kod html dan php kira ajar 2 benda dalam satu laa.

satu yang bestnya, budak-budak ni masing-masing bawa laptop sendiri. aku cuma sediakan extension dan juga wireless ke internet. sekarang ni pun tengah cari khemah yang kalis air hujan berserta tempias, macam khemah kat jomheboh

ruang laman aku cukup untuk muatkan pelajar seramai 20 orang dengan selesa. cuma tempat makan aje yang aku tengah fikir sekarang, nak buat stail hotel atau stail raya atau stail kampung. terpaksalah mintak mak aku masak sebab aku belum kahwin. mak aku masak sedap sehingga menjilat pinggan dan jari jemari :D
tulah sekarang ni tengah cari isteri yang boleh masak untuk 20 orang punya laa. yang pandai masak macam mak aku :D lepas tu ada kebolehan menjahit pakaian, langsir dan sebagainya. rumah aku ada mesin jahitlah, siapa nak mewarisi kalau bukan isterin aku. adik-adik aku semua tak pandai jahit

jadi memang mencari harsat aku cari isteri yang boleh memasak dan menjahit sebab aku ada plan yang sangat besar untuk bagi dia pegang. kalau dia bekerja kerajaan atau swasta, memang aku akan pujuk raju dia supaya berhenti. kena denda pun tak apa kalaulah dia jadi guru.