json to php untuk waktu solat jakim
Kredit kepada https://www.facebook.com/muhammad.hamizi
Ok katakan tuan hamizi dah bersusah payah buat json untuk waktu solat dari jakim
Kredit kepada https://www.facebook.com/muhammad.hamizi
Ok katakan tuan hamizi dah bersusah payah buat json untuk waktu solat dari jakim
teringat di masa lalu masa mula-mula jadi amatur di bidang ini
banyak tak tahu. dah baca buku pun masih tak faham.
akhirnya pergi ke UiTM untuk belajar. fahamlah sikit-sikit lepas tu.
pantang sahaja dengar ada kursus, terus nak pergi.
banyak belanja untuk buku, kursus dan sebagainya
kini sudah sampai level pentengahan. banyak permasalahan mereka yang amatur dapat daku atasi
hasil dari pengalaman. daku juga bantuan dari rakan-rakan bidang ini jika daku ada masalah juga.
boleh kata ramai juga peminat-peminat terutama awek-awek cun.
nama daku sudah jadi terkenal dalam bidang ini.
namun kini daku ingin beralih kepada profesional.
tengah melobi kelab2 yang elit dalam bidang ini.
sudah hantar permohonan, cuma tunggu jawapan.
adakah daku akan berjaya??? tunggu …
adapun dimaklumkan bahawa sesungguhnya PHP.net.my ingin menganjurkan PHP Meetup 2010 akan dibuat di MIMOS, Technology Park pada 26-6-2010.. Booth akan dibuka kepada mereka yang berminat. datanglah beramai-ramai di sama. kepada yang pakar dijemput memberi buah fikiran dengan bercakap selama 30 minit hingga 60 minit.
Tema untuk meetup tahun ni ialah: The Effective Programmer. Menjadi programmer efektif bukanlah mengenai menulis kod semata2 tetapi melibatkan pelbagai faktor lain seperti cara kerja, attitude, tools, cara pengurusan dan lain2. Jadi dalam usaha membina lebih ramai pengaturcara efektif (untuk kita upah dan berkongsi ilmu)
untuk maklumat lanjut, layari halaman sesawang – http://www.php.net.my/forum/php-meetup-2010-talk-invite-booth-opportunity
terjumpa di http://cikgucyber.blogspot.com/
berikut ada 4 jenis email alaf baru 2010 ( bagi aku laa )
http://www.dbmail.org/
http://www.horde.org/
http://myworkspace.oscc.org.my/
http://www.songketmail.org/
pendapat anda???
ikutkan ada banyak cara nak ingat kata laluan. tapi saya syorkan kalau anda pakai email percuma dan suka sertai rangkaian sosial, pakai sahaja username sama dengan email, password adalah email anda.
tapi kalau nak simpan semua kata laluan dalam satu aplikasi saya ada caranya. nak tahu macam mana???
isu terbaru sekarang ni dia orang akan bincang kat kabinet sama ada nak teruskan atau kekal. esok pada 8 Julai 2009 akan dapat tahu sama ada TPM akan teruskan atau tidak. jangkaan ko macam mana amin
bagi aku laa, buat masa sekarang Menteri Pelajaran sedang buat kajian terperinci tentang isu PPSMI. tapi aku tak pasti laa sama ada jawapan yang akan terima memuaskan hati kita sedangkan Tun Mahadir pun sokong PPSMI. jangkaan anda pulak macam mana???
kalau ko nak tanya jangkaan aku, rasanya Menteri Pelajaran akan teruskan juga dasar tersebut namun mungkin kena ubahsuai sikit laa. aku jangkakan yang PPSMI akan dimula di peringkat sekolah menengah, tapi di sekolah rendah akan diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa melayu semula.
tapi macam mana pun isi kandungan mata pelajaaran bahasa inggeris perlu dikaji semula laa. mungkin kena masukkan unsur sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah lebih berkesan dari masukkan unsur inggeris dalam sains dan matematik.
Technorati Tags: TPM, Menteri Pelajaran
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
ada kalanya aku terfikir apa yang aku nak dalam kehidupan. masa kecil dulu cita-cita nak jadi ahli sains, mata-mata gelap. akhirnya aku ambil diploma sains komputer. belajar bab programming, hardware, network.
lepas tu alih-alih kerja kat jabatan perangkaan muar sebagai E17 – pembantu perangkaan yang mana kerjanya macam-macam. lepas ni aku terfikir kerja kerajaan tak boleh jadi kaya-raya. tak boleh beli rumah atau kereta dalam tunai. a
apakah caranya kita mampu beli tunai terhadap barang/perkhidmatan yang kita nak? mahu tak mahu terpaksa berniaga. jadi aku mulakan traning orang tentang php. setakat ni dah ada 6-7 orang belajar php kat aku
aku target, lepas ni ada 5 orang belajar php secara berkumpulan kat aku. seorang belajar satu hari RM 100. jadi seminggu dapat RM 500. kalau sebulan dapat RM 2000. latihan banyak tertumpu pada menaip kod php, membetulkan logik dan output. takdenya nak pakai dw8 ker.
kalau ada pakailah, kalau takde memanglah aku guna open source merangkap portable lagi iaitu notepad++. tinggal buku php yang sesuai aje yang selesa orang menaip kod sambil memegang buku. ada satu buku aku kira dah sesuai budak yang takde basic html sebab dalam buku tu dah termasuk kod html dan php kira ajar 2 benda dalam satu laa.
satu yang bestnya, budak-budak ni masing-masing bawa laptop sendiri. aku cuma sediakan extension dan juga wireless ke internet. sekarang ni pun tengah cari khemah yang kalis air hujan berserta tempias, macam khemah kat jomheboh
ruang laman aku cukup untuk muatkan pelajar seramai 20 orang dengan selesa. cuma tempat makan aje yang aku tengah fikir sekarang, nak buat stail hotel atau stail raya atau stail kampung. terpaksalah mintak mak aku masak sebab aku belum kahwin. mak aku masak sedap sehingga menjilat pinggan dan jari jemari ![]()
tulah sekarang ni tengah cari isteri yang boleh masak untuk 20 orang punya laa. yang pandai masak macam mak aku
lepas tu ada kebolehan menjahit pakaian, langsir dan sebagainya. rumah aku ada mesin jahitlah, siapa nak mewarisi kalau bukan isterin aku. adik-adik aku semua tak pandai jahit
jadi memang mencari harsat aku cari isteri yang boleh memasak dan menjahit sebab aku ada plan yang sangat besar untuk bagi dia pegang. kalau dia bekerja kerajaan atau swasta, memang aku akan pujuk raju dia supaya berhenti. kena denda pun tak apa kalaulah dia jadi guru.
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
ada kalanya aku terfikir berapa lama nak mahir belajar programming dari kosong hingga pandai. jadi apa topik yang perlu dikuasai sehingga kita dapat membuat sesuatu sistem yang baik diterima orang dan pensyarah (sama ada latihan atau final projek)
secara amnya ada beberapa topik yang perlu dikuasai
oleh kerana tu, mungkin orang ada tanya berapa lama masa yang perlu diambil untuk kuasai programming??? bagi aku, banyak mana latihan atas kertas dan latihan di depan komputer menaip programming yang sanggup ko orang buat laa.
rasanya kalau ko orang luangkan satu hari pun, ko orang dah dapat kuasainya walaupun ko baru kenal komputer tu apa. Usaha tangga kejayaan betul tak???
aku sebenarnya dah mula mengajar php pada tahun ni. kali pertama aku mengajar orang tentang php, rasanya dekat 5 jam. tak makan tengah hari aku. nasib baik buat kat rumah aku aje. tapi masa tu lebih nak design sistem kerana aku nak tahu juga flow sistem yang budak tu buat. kalau tak faham flow, payah nak buat sistem
rasanya kali kedua baru aku start mengajar php dari kosong hingga pandai. aku guna buku karangan mohd rais dari universiti tun hussin onn, ni adalah contoh bukunya – http://hujungjari.com/archives/20
sepanjang aku beli buku komputer terutama programming, Buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn antara buku yang paling senang nak faham walaupun pada orang yang tak tahu asas html.
tapi dekat 5 jam jugalah aku ajar orang. mungkin masalah kat sini, orang tu kena taip koding satu-satu. tu pasal ambil masa yang lama. lepas tu aku kerap kali promosi buku ni sehingga ada orang nak beli buku ni dengan harga RM 50. apa lagi aku pun jual, bukan apa masa tu aku takde duit nak pulang balik. bagi RM 50 sekeping
semasa bulan puasa, aku dapat mesej lagi ada budak final year nak belajar php. aku cakap lepas raya laa. aku pun order buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn dari rais lagi. order lepas naik raya. alih-alih dia kata hantar pada hari jumaat 10-Okt-2008. aku pulak nak mengajar pada hari sabtu 11-Okt-2008. kacau-kacau kalau macam tu
jadi pada malam sabtu, lepas solat Maghrib terus aku pergi gaint muar ke kedai buku sri tanjung. harap-harap dapat jumpa buku php yang lain ker. fuh, Allah makbulkan doa aku, aku beli sampai 2 buku.
jadi esok harinya aku ke kl naik bas, sampai masjid buhari kat jalan hang tuah naik lrt star ke titiwangsa, jalan kaki ke perpustakaan negara malaysia. rasanya sampai dalam pukul 11. dari aku pun mengajar budak final year dari pukul 11 pagi hingga 6.15 petang. ooooo, lama tu, dekat 7 jam tu, tapi ada rehat pukul 3 petang
jadi sepanjang pengamatan aku, mahu tak mahu memang kena beli satu buku rujukan programming. aku syor beli buku dalam bahasa melayu sebab dia
jadi pada mereka yanng nak belajar php, boleh lawati website saya di http://www.amin007.org/melayu/?link=kursus%20php
murah aje cajnya. tapi kalau ada sesiapa ambil pakej satu hari, saya tetapkan jumlah bayaran adalah RM 100 dan anda bakal mendapat satu buku free dari saya. kalau nak caj satu jam RM 20 aje, dapat nasihat free laa dari saya hehehe
tapi kalau anda dah bekerja, saya caj RM 40. tapi saya lebih suka anda cari kursus belajar php beramai-ramai. biarlah syarikat/jabatan anda bayar. kurang-kurang dapat sijil. saya mengajar personal aje.
setakat ni belum ada offer mengajar beramai-ramai. saya mungkin akan pertimbangkan kalau berbaloi dengan kos saya mengajar. mati tu nak bagi buku free pada 20-30 orang hehehe