Jangkaan Amin007.Ledang - namun jika ada peluang ... » perpustakaan

tersirat di sebalik tersurat
saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

anda dah jadi Perdana Menteri selama 20 tahun dan sudah 4 penggal memegang tampok kepimpinan negara. sampai masa nak serah dekat orang lain. lagipun hutang negara baru selesai dilunaskan. jadi anda sudah kurangkan beban kepada orang lain untuk fikir pasal hutang negara.

akan tetapi ada seseorang telah mengucar-kacir negara anda. orang lain pulak syorkan kat anda buat pinjaman kat agensi antarabangsa. bukan anda tidak hendak pinjam, memandangkan anda lihat negara jiran anda jadi kucar-kacir selepas pinjam kat agensi antarabangsa membuatkan anda fikir banyak kali.

tiba-tiba orang lain ini dah berada diluar negara bersedia nak tandatangani pinjaman dengan agensi antarabangsa tadi. dari sumber risikan anda, rupanya orang lain ini ada kepentingan dengan orang dalaman agensi antarabangsa tadi. jadi anda perlu buat keputusan segera macam mana nak elak dari meminjam dengan agensi tersebut.

mestipun anda tahu ada 2 orang suami isteri yang kreatif dan inovatif yang anda rasa dapat bagi idea hendak atasi masalah tersebut. namun macam mana hendak buat satu cerita yang mana dia adalah persamaan dengan orang lain tersebut tanpa 2 orang ini tahu yang anda cerita pasal orang lain ini.

memandangkan masa tidak cukup hendak buat satu cerita, terpaksa anda serahkan kepada anak buah anda atasi masalah tersebut. caranya adalah dengan memfitnah orang lain tersebut dengan pembuatan menyalahi adat negara anda serta agama rasmi negara anda.

jadi dengan itu anda boleh memecat orang lain tersebut aras sebab skandal tersebut. mungkin anda terfikir macam tidak patut buat namun atas keselamatan negara, anda terpaksa lakukan. baru habis langsaikan hutang, hendak hutang lagi??? tidak sama sekali. itu belum lagi ada maklumat lain tentang orang lain tersebut yang anda rasa mampu mengugat keselamatan negara.

baiklah tamat di situ ceritanya. jadi adalah dibolehkan kita jatuhkan seseorang atas sebab keselamatan negara??? apa pandangan anda? anda rasa saya cerita pasal siapa? siapakah 2 orang suami isteri yang kreatif dan inovatif tersebut?

anda boleh baca cerita kematian sahabat nabi iaitu saitdatina usman dan saitdatina ali dan bandingkan dengan cerita di atas. anda juga boleh baca cerita di kalbala serta fahami keadaan sebenarnya. rasanya ada cerita di halaman http://drmaza.com/ tentang kalbala ini.

ikutkan semasa orang lain itu dipecat, saya ada satu persoalan bermain di kepala, dia dituduh atas fitnah yang dibuat atau rasuah sebab kes fitnah tersebut. kenapa perlu bicara di mahkamah sivil bukannya syariah. jadi masa itu maklumat jadi huru-hara. tiada pasti mana satu betul. kena pulak masa itu blog masih belum wujud. jadi saya masih di persimpangan delima.

secara peribadi saya tiadalah suka sangat dekat orang lain itu sebab suka sangat buat huru-hara. apabila saya membaca di http://saifulislam.com/?p=3543, terdapat satu ayat yang diungkapkan di sini

“Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.

ikutkan banyak yang tersirat dalam cerita di atas. agak sukar nak mengenal pasti siapa yang betul siapa yang salah. adalah wajib menjatuhkan seseorang atas sebab keselamatan negara masih dalam keadaan samar-samar.

maaflah kalau cerita ini ada kaitan dengan james bond sikit sebab saya minat tentang cerita risikan ini. dekat malaysia ini sukar sikitlah hendak buat cerita pasal ini walaupun atas nama rekaan sahaja.

namun jika ada peluang …

Bahasa Melayu Tinggi
pada kebiasaannya apabila saya masuk forum atau blog, saya suka guna bahasa melayu penuh. sampai ada orang berkata kepada saya ketika dia melihat saya asyik menulis ayat-ayat pada satu forum komputer “ala guna aje bahasa sms atau shortcut, orang faham laa“.

tapi macam mana pun saya suka tulis penuh takut orang salah mengerti akan maksud saya. ada kalanya saya tegur kepada ahli forum yang tak tulis bahasa melayu atau inggeris sepenuhnya, ada yang suka guna bahasa sms. susah tahu nak fahamkan apa maksudnya. ada kalanya saya tanya apa maksud ayat yang diguna untuk kefahaman walaupun saya tahu maksudnya apa.

kadang kala saya tulis penuh dalam yahoo mesengger juga dalam menulis atau balas sms. secara teori kalau anda pakai internet guna komputer atau laptop, anda tak dikenakan caj bagi setiap perkataan. jadi mengapa perlu hadkan tulisan anda. lagipun sms sekarang dah murah, sewajarnya anda boleh taip penuh dalam telefon bimbit anda tu.

lepas ni nak sahut cabaran Puan Ainon yang kendalikan halaman PTS.com.my untuk gunakan bahasa melayu tinggi dalam penulisan blog. anda rasa adalah blog saya ni boleh dianggap mengunakan bahasa melayu tinggi???

apa pun agak penat juga menaip guna 2 jari sahaja   ingat lepas ni nak belajar kursus menaip pantas. sekadar maklumat, ikutkan DBP ada keluarkan senarai bahasa pendek yang boleh digunakan dalam penulisan ataupun sms. tak pasti pula sama ada Puan Ainon bersetuju dengan bahasa pendek tersebut.

adapun saya dah jumpa satu halaman yang mengunakan bahasa melayu tinggi. ini adalah halaman tersebut, http://www.sangpelangi.com/eksperimen-tatabahasa-melayu-tinggi-berhasil.html

tapi sekarang saya dalam peringkat nak terjemahkan bahasa inggeris berkaitan dengan komputer dengan guna bahasa melayu dalam budaya bangsa kita. ada kalanya saya terjemah terus seperti halaman untuk website, cermin sisi untuk site server dan sebagainya. nanti la akan datang kita bicara soal ni

Belajar PHP dari kosong hingga pandai
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir berapa lama nak mahir belajar programming dari kosong hingga pandai. jadi apa topik yang perlu dikuasai sehingga kita dapat membuat sesuatu sistem yang baik diterima orang dan pensyarah (sama ada latihan atau final projek)

secara amnya ada beberapa topik yang perlu dikuasai

kenalpasti kata kunci

tahu macam mana nak isytihar nilai pencam dan nilai konstan

tahu macam mana nak buat logik macam if else dan case

tahu buat ulangan macam while, do, for , foreach

tahu macam mana nak setkan tarikh dan masa

tahu nak buka fail, panggil database,

cari editor yang sesuai dengan programming

oleh kerana tu, mungkin orang ada tanya berapa lama masa yang perlu diambil untuk kuasai programming??? bagi aku, banyak mana latihan atas kertas dan latihan di depan komputer menaip programming yang sanggup ko orang buat laa.

rasanya kalau ko orang luangkan satu hari pun, ko orang dah dapat kuasainya walaupun ko baru kenal komputer tu apa. Usaha tangga kejayaan betul tak???

aku sebenarnya dah mula mengajar php pada tahun ni. kali pertama aku mengajar orang tentang php, rasanya dekat 5 jam. tak makan tengah hari aku. nasib baik buat kat rumah aku aje. tapi masa tu lebih nak design sistem kerana aku nak tahu juga flow sistem yang budak tu buat. kalau tak faham flow, payah nak buat sistem

rasanya kali kedua baru aku start mengajar php dari kosong hingga pandai. aku guna buku karangan mohd rais dari universiti tun hussin onn, ni adalah contoh bukunya – http://hujungjari.com/archives/20

sepanjang aku beli buku komputer terutama programming, Buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn antara buku yang paling senang nak faham walaupun pada orang yang tak tahu asas html.

tapi dekat 5 jam jugalah aku ajar orang. mungkin masalah kat sini, orang tu kena taip koding satu-satu. tu pasal ambil masa yang lama. lepas tu aku kerap kali promosi buku ni sehingga ada orang nak beli buku ni dengan harga RM 50. apa lagi aku pun jual, bukan apa masa tu aku takde duit nak pulang balik. bagi RM 50 sekeping

semasa bulan puasa, aku dapat mesej lagi ada budak final year nak belajar php. aku cakap lepas raya laa. aku pun order buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn dari rais lagi. order lepas naik raya. alih-alih dia kata hantar pada hari jumaat 10-Okt-2008. aku pulak nak mengajar pada hari sabtu 11-Okt-2008. kacau-kacau kalau macam tu

jadi pada malam sabtu, lepas solat Maghrib terus aku pergi gaint muar ke kedai buku sri tanjung. harap-harap dapat jumpa buku php yang lain ker. fuh, Allah makbulkan doa aku, aku beli sampai 2 buku.

jadi esok harinya aku ke kl naik bas, sampai masjid buhari kat jalan hang tuah naik lrt star ke titiwangsa, jalan kaki ke perpustakaan negara malaysia. rasanya sampai dalam pukul 11. dari aku pun mengajar budak final year dari pukul 11 pagi hingga 6.15 petang. ooooo, lama tu, dekat 7 jam tu, tapi ada rehat pukul 3 petang

jadi sepanjang pengamatan aku, mahu tak mahu memang kena beli satu buku rujukan programming. aku syor beli buku dalam bahasa melayu sebab dia

murah

keluaran tempatan

ditulis oleh orang yang pengalaman

ada cd free (harap-harap laa hehehe  )

sesuai dibaca orang pelajar final year

boleh faham dalam satu hari sahaja ( tengok tebal buku laa)

jadi pada mereka yanng nak belajar php, boleh lawati website saya di http://www.amin007.org/melayu/?link=kursus%20php

murah aje cajnya. tapi kalau ada sesiapa ambil pakej satu hari, saya tetapkan jumlah bayaran adalah RM 100 dan anda bakal mendapat satu buku free dari saya. kalau nak caj satu jam RM 20 aje, dapat nasihat free laa dari saya hehehe

tapi kalau anda dah bekerja, saya caj RM 40. tapi saya lebih suka anda cari kursus belajar php beramai-ramai. biarlah syarikat/jabatan anda bayar. kurang-kurang dapat sijil. saya mengajar personal aje.

setakat ni belum ada offer mengajar beramai-ramai. saya mungkin akan pertimbangkan kalau berbaloi dengan kos saya mengajar. mati tu nak bagi buku free pada 20-30 orang hehehe