pikat kakak dapat adik namun

Posted on Februari 27th, 2010 in Personal by Amin007

ada seseorang cerita dengan saya dia kata kalau nak pikat seseorang, kalau boleh jumpa keluarga dia dulu. mana tahu terjumpa antara adik-beradik dia yang lagi lawa dari dia. jadi tak menyesal kemudian kalau nak pikat dia.

jadi adalah seseorang yang aku berkenan hati namum kalau ikut petua di atas, saya kena jumpa keluarga dia dulu. nasib baik sekarang ada facebook. jadi dapatlah saya lihat adik-beradik dia. rupanya adik-adik dia lagi lawa dari dia huhuhu. seorang pakai baju warna hijau, seorang lagi pakai baju biru kundang.saya tanyalah dia yang adik-adik dia dah ada yang punya, dia jawap …

tunjukkan saya makna menjadi sepi

Posted on November 21st, 2009 in Personal by Amin007

sekarang saya dalam mood sepi. baru buat laporan ekonomi tahunan 2009. banyak borang punya nak kemaskini status. pembantu pulak sibuk dengan kerja-kerja lain. kena buat kerja seorang diri huhuhu.

Show me the meaning of being lonely – tunjukkan saya makna menjadi sepi
So many words for the broken heart – Jadi banyak perkataan untuk hati hancur
It’s hard to see, in a crimson love – Ia susah untuk melihat dalam sebuah cinta merah padam
So hard to breathe walk with me, and maybe – Jadi susah untuk bernafas berjalan dengan saya dan mungkin

kenapa Allah turunkan hujan pada awal ramadhan?

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Uncategorized by Amin007

masa aku kecil-kecil dahulu, tak pernah terjadi hujan turun pada awal-awal ramadhan. kalau tak tentu budak-budak sebaya aku suka sangat.

tapi sejak 2-3 tahun ni hujan kebanyakan turun pada awal ramadhan. mungkin ada sebab tertentu yang Allah buat keputusan nak turunkan hujan???

cinta pandang pertama

Posted on Jun 30th, 2009 in Personal by Amin007

ada kalanya aku terfikir berapa kali aku jatuh hati pandang pertama.tapi sayang semua orang yang aku suka dah ada yang berpunya. tu pasal aku semacam berjauh hati kepada orang yang aku suka. biasa yang aku buat adalah tak hubungi dia langsung seolah-olah dia tak pernah wujud dalam hidup ini

namun kini sudah ada sinar baru muncul kembali dalam hidup ni. umpama kehadiran pelangi selepas hujan lebat namun kehadirnya cuma seketika. 2 minggu lagi pelangi ni akan hilang. daku tidak pasti sama ada mahu mengejar pelangi ni ker tidak.

selepas pelangi ni hilang, daku akan terasa kesunyian melanda hidup ni dan mungkin ku akan cakap kepada penyelia “boss, sunyilah opis kita hari ni” pada hal orang ramai ada dalam opis tu hehehe

namun jika ada peluang …

kalau diizinkan Allah, daku akan datang ke tempat asal pelangi tu datang mungkin semasa raya nanti. daku akan cakap kepada tuan punya tempayan yang menghasilkan pelangi tersebut kalau boleh nak bawa balik pelangi tu masuk dalam rumah aku agar daku dapat tengok pelangi tu hari-hari

Amin007.org