Patutkah daku meminjam lagi?

Posted on Oktober 15th, 2011 in Ekonomi,Matematik,Personal by Amin007

Sekarang ini sedang berkira-kira hendak beli laptop baru. Kalau ikut emosi macam hendak ambil asus siri games punya yang ada 4 usb. Lepas itu hendak ambil samsung tab galaksi s.

namun …

Rancang Wang Dari Sekarang

Posted on September 5th, 2010 in Agama,Ekonomi by Amin007

Ini adalah ringkasan atau isi penting dari Rancang Wang Dari Sekarang oleh pakdi.
saya mula kenal pakdi sewaktu bermain games cashflow. masih ingat saya antara orang yang terawal keluar dari “rat-race”.
itu pun sebab harga rumah naik dan saya ada aset tersebut ( dalam permainanlah hehehe). setelah tamat permainan ada seseorang tawarkan pakdi menulis buku. hasilnya kita sudah nampak sekarang. ini tak boleh jadi, saya juga akan cabar diri saya menulis buku.

keistimewaan buku ini adala setiap bab ada ayat quran/hadith tentang pengurusan kewangan. jadi kita akan dapat lihat pandangan islam dalam buku ini antara isi penting adalah …

patut tak saya bagi pinjam duit???

Posted on Mac 25th, 2010 in Ekonomi,Personal by Amin007

antara nak bagi pinjam atau bagi terus, saya suka bagi terus duit. kira macam sedekah laa. ialah orang dalam kesusahan, kita patut bagi sedekah bukannya pinjam duit siap tambah bunga.

basikal masa depan

Posted on Mac 12th, 2010 in Personal by Amin007

atas permintaan ramai, maka akan saya tunjukkan basikal masa depan ni hehehe

bakul basikal bakul basikal\
tayar depan tayar depan
tayar belakang tayar belakang
lampu depan depan
belakang belakang
sisi sisi

status gaji aku bulan 9

Posted on Oktober 8th, 2009 in Ekonomi,Matematik by Amin007

dalam slip gaji aku bulan 9, ada ditunjukkan pendapatan dan potongan. jadi jumlah terperinci

pendapatan
gaji pokok = 921.73
imbuhan tetap khidmat awam = 115.00
bantuan sara hidup = 200.00
bantuan sewa rumah = 100.00

potongan
KWSP = 157.00
YPEIM = 5.00
Angkasa / Bank Rakyat = 197.00
ASB = 50.00
Tabung Haji = 50.00

jadi jumlah pendapatan – potongan = gaji bersih
1416.71 – 459.00 = 957.71
kalau saya nak simpan 30% dari baki gaji bersih, berapa yer???

hukum najis anjing babi

Posted on September 23rd, 2009 in 1Malaysia,Agama by Amin007

siang tadi tengah saya tonton cerita Mr Bean Holiday, ada orang tanya tentang najis babi ini. rasanya bab kasut yang diperbuat dari babi. jadi google laa kejap cari jawapan. maka saya syorkan kepada kawan saya ini, cari lopak air dekat dengan tanah, lepas tu celup kaki dia hehehe. tu jawapan spontan saya sahaja, nak cepat.

tapi rasanya macam susahkan dia pulak nak cari air tanah. ikutkan apa yang saya tahu banyak pendapat tentang najis anjing dan babi, antara website tentang pendapat ni adalah …

diskaun atau percuma bagi tol raya

Posted on September 12th, 2009 in 1Malaysia,Matematik by Amin007

kadang kala aku lihat orang samggup berkempen sampai kat tempat laluan kutip tol. siap bagi beg yang diisi dengan berbagai benda. buat pertama kalinya PLUS akan bagi diskaun sebanyak 20%

tapi aku rasa masih tak cukup lagi, kenapa? sebab …

dakwah dalam filem/drama/lagu

Posted on September 10th, 2009 in 1Malaysia,Agama by Amin007

adapun islam berkembang sebab sahabat sanggup berkorban demi islam. merantau ke tempat yang jauh-jauh hatta di tempat yang tak tahu bahasa apa pun. namun sekarang sains dan teknologi berkembang pesat. ramai menggunakan media seperti tv, radio serta internet atas maksud berdakwah.

tapi adalah anda faham akan maksud dakwah???

soal jawab sebat peminum arak di 1malaysia

Posted on September 6th, 2009 in 1Malaysia,Agama by Amin007

adapun soalan datang dari sini

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/menyambut-merdeka.html

jawapannya pulak datang dari sini

http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/

http://saifulislam.com/?p=6615

http://saifulislam.com/?p=545

tapi adalah sudah terjawap persoalan???

kisah poligami

Posted on Jun 29th, 2009 in Agama by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

adapun seseorang yang bernama amin(bukan nama sebenar) berkawin dengan hasanah isteri tua dan juga hamidah isteri muda. jadi telah tiba giliran isteri tua. jadi si suami ni pun bersolat sunat bersama dengan isteri tua.

jadi apabila si suami sudah membaca fatihah, kemudian menyebut dengan kuat “AMIN”, isteri tua mengomel dalam hatinya “saya tahulah nama abang, buat apa sebut kuat-kuat, nanti orang dengar”

semasa iktidal, si suami menyebut bacaan yang akhir ayatnya berbunyi ” … hamidah “, isteri tua mengomel dalam hatinya “sikit-sikit hamidah, aku langsung tak disebutnya. tapi tak apa harap-harap rakaat kedua suami aku sebut nama aku ”

sampai rakaat kedua, si suami masih menyebut “hamidah” dalam bacaan iktidalnya. apa lagi sangat cemburu si isteri tua. selepas solat, si isteri terus bangun dari solat, lalu si suami pun bertanya “kenapa bangun???” isteri menjawap “dalam solat abang asyik sebut nama hamidah aje”. suami pun berkata “ala, nanti dalam doa abang sebut nama hasanah , abang sayang hasanah dunia dan akhirat  kan kan kan ”

ada seorang perempuan bertanya kepada aku apasal orang suka berpoligami. aku jawap tu semua adalah jodoh. ada orang nak poligami tapi tak berpeluang. ada ada peluang tapi tak nak pologami.

lagipun dalam alquran kenapa Allah nyatakan kena kawin 2 atau 3 atau 4 kerana dalam ayat sebelum ada ayat pasal berlaku adil pada anak yatim. jadi kalau kita kawin dengan anak yatim, takut termakan harta anak yatim. oleh tu, Allah syorkan kita baiklah kawin perempuan lain yang bukan anak yatim. nak 2 ker 3 ker 4 ker suka hatilah janji dapat elak berlaku ketidak-adilan pada anak yatim tu sendiri.

tapi Allah pesan, jika takut kalau kawin 2 ker 3 ker 4 ker tak berkalu adil, maka kawin satu aje laa.

masalahnya kalau tanya ustaz adakah ayat keadilan poligami ada kaitan dengan ayat makan anak yatim, mesti dia orang cakap takde kaitan. bagi aku ikutkan salah. ustaz ni tak faham soalan :p

dia orang akan sentuh bab poligami lebih banyak dari bab anak yatim tu sendiri. ni tak adil. bukan ker anak yatim tu berada dalam satu ayat dengan poligami??? mana keADILan nya???

aku nak tunggu Ust Zaharuddin ker Dr Asri mengulas persoalan ni iaitu kaitan anak yatim dan poligami. kalau Pakdi, kesan ekonomi pada anak yatim dan juga poligami. yang pasti kalau si suami mati, maka bertambahlah anak yatim yang kaya atau miskin.

bersambung

Laman Berikutnya »