Arkib Tag: nilai tambah

apa pilihan yang amin007 ada???

saya masih teringat lagi tatkala rombakan struktur jabatan perangkaan. masa tu kalau tak silap nak letak seorang juruteknik komputer dan penolong pengawai sistem maklumat di jabatan perangkaan johor. tapi akhirnya hanya seorang juruteknik komputer diluluskan. rasa kecewa juga tapi apa nak buat, Allah buat keputusan taknak ada seorang penolong pegawai sistem maklumat.

Sambung membaca apa pilihan yang amin007 ada???

nak berubah tapi …

selama 3 hari 2 malam aku berada di gunung ledang resort untuk taklimat mm dan bst.  aku hanya bawa RM 90 aje, sekali aku tanya-tanya orang 190. ah mahalnya dah ler duit aku tinggal sikit kat bank, tawakal aje laa. ni pun bil telefon dah sampai. entah cukup ker tak nak bayar. takde tunggu gaji masuk aje laa. tapi macam iklan satu syarikat minuman di malaysia, aku ubah versi lagu tu sikit.

ku gembira sentiasa, badan ku sihat dan kuat.

biar panas atau sejuk ku mandi di kaki gunung ledang penuh minat.

bermain , melompat sini sana, dapat bergambar sebelah tuan puteri 😀

Sambung membaca nak berubah tapi …

macam mana nak kira kdnk

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

Keluaran dalam negara kasar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari KDNK)
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):

KDNK = penggunaan (consumption atau “C”) + pelaburan kasar (gross investment atau “I”) + perbelanjaan awam (government spending atau “G”) + (eksport atau “X” ? import atau “M”), atau,
KDNK = C + I + G + (X-M)

Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.

KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):

KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan

Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.

———————————————————–———————————————————————————————–

ok, di atas adalah formula nak kira kdnk. rasanya Malaysia pakai formula ini menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):

KDNK = penggunaan (consumption atau “C”) +
pelaburan kasar (gross investment atau “I”) +
perbelanjaan awam (government spending atau “G”) +
(eksport atau “X” ? import atau “M”)

KDNK = C + I + G + (X-M)

Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.

masalah sekarang kat mana nak cari input tentang kiraan ni.

1) C atau penggunaan yang mana merujuk kepada perbelanjaan isi rumah. rasanya dalam perangkaan ada survey HIS atau HES atau HIES. kalau betul info ni, rasanya ada kawan kat perangkaan boleh tolong aku dapatkan input ni

2) I atau pelaburan kasar yang mana merujuk kepada pelaburan kasar oleh sektor industri. pelaburan??? ada ker survey dalam perangkaan yang buat pasal ni. dalam survey mm dan mdt hanya disebut nilai jualan dan stok. mungkin ada disebut dalam pjp dan bts. nanti aku tengok borangnya macam mana.

3) G atau perbelanjaan awam yang mana merujuk kepada perbelanjaan awam oleh kerajaan. kerajaan??? mana nak dapat jumlah kerajaan berbelanja. salah satunya dalam belanjawan. satu lagi kena rujuk jabatan akaun negara. ini payah sikit sebab data di luar perangkaan.

4) X – M atau export tolak import yang mana merujuk kepada eksport dan import melibatkan sektor luar negeri. rasanya perangkaan ada bahagian berkaitan dengan import export.  tapi tak tau survey apa. nanti aku cuba cari.

ok aku dah jelas sikit macam mana nak kira kdnk. masalahnya ada data yang perangkaan susah nak dapat. kalau semua ada senang sikit. aku nak bagitau satu info laa. dalam banci ekonomi 2006 tahun rujukan 2005, kita boleh dapatkan 7 perkara dari sesebuah syarikat iaitu pendapatan, perbelanjaan, gaji, pekerja, aset, nilai input dan nilai output. data ni penting sebab dia jadi tahun asas nak kira kdnk.

tapi kalau perangkaan boleh dapatkan 7 data ni pada setiap bulan, rasa akulah dari data ni dah lengkap. tak payah nak buat mm, mdt, pan, bst, pjp, bts. masalah sekarang dalam survey ada tempoh masa untuk kutip data. biasanya dalam tempoh 3 bulan sebab KDNK disebut pada suku tahun.

masalah ada akaun yang masih belum audit dari responden. tapi setiap survey ada tarikh tutup. ni yang jadi masalah bagi kebanyakan pejabat operasi. teknologi yang ada sekarang adalah fax. email masih belum meluas. mungkin pasal borang terlalu banyak nak isi agak membebenkan bagi responden tapi kerajaan masih macam tak nampak nak tolong. atau dia orang tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat.

jadi secara teori laa, 3 input dah ada kat perangkaan. hanya satu aje bukan dalam tangan perangkaan. jadi kalau aku tahu pun 3 input, ada satu input yang agak susah nak dapat. patut ler boss aku yang ambil ekonomi pun masih tak tahu macam mana nak kira kdnk sebab ada input susah nak cari.

bersambung …