buat pilihan yang sukar

Posted on Mac 19th, 2010 in Personal by Amin007

sepanjang saya membuat keputusan dalam hidup, pada hari sabtu ini adalah antara pilihan yang sukar.
sebabnya dalam kl dan sekitarnya ada banyak acara yang menarik, antaranya

  1. pameran buku di pwtc
  2. belon panas di putrajaya
  3. kl drift di dataran merdeka
  4. php meetup di pinggiran putra

mana satu pilihan hati ini???

iphone atau pda

Posted on Januari 8th, 2010 in Ekonomi,Komputer by Amin007

saya ingat nak upgrade handset saya pada tahap yang baru. nak cuba cari yang tahan lasak. jenis baling ke atas tak pecah hehehe. boleh buat panggilan dalam kapal selam.

saya ada dengar berita yang jabatan perangkaan malaysia akan guna pda untuk ambil harga barangan/perkhidmatan untuk pungutan harga pengguna. saya ada syor pada boss pakai laa iphone hehehe. jadi kalau jabatan perangkaan malaysia pakai iphone, saya tahu ada seorang yang boleh buat aplikasi dalam iphone. orangnya adalah …

tip ingat password atau kata laluan

Posted on Oktober 9th, 2009 in Komputer by Amin007

ikutkan ada banyak cara nak ingat kata laluan. tapi saya syorkan kalau anda pakai email percuma dan suka sertai rangkaian sosial, pakai sahaja username sama dengan email, password adalah email anda.

tapi kalau nak simpan semua kata laluan dalam satu aplikasi saya ada caranya. nak tahu macam mana???

kenapa aku caj RM 20 sejam

Posted on Jun 29th, 2009 in Ekonomi,Komputer by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada orang kata pada aku kenapa tak mintak tinggi lagi???
ko orang kena faham, aku duduk kat muar
kira kos yang nampak dan tak nampak
lepas tu fikir berapa kadar keuntungan yang patut aku kaut
kena pulak aku buat part time tu
baru pulak nak test market macam mana

jadi aku cajlah RM 20 seorang dalam satu jam.
kalau 5 jam, dapatlah RM 100.
lepas nak banyak bil streamyx dan tnb.
tu belum bagi komisen kat mak aku 50%
mak aku ni macam banker laa
simpan duit kalau ada banyak
lepas tu kalau ada kecemasan
mintak balik hehehe

jadi kalau setiap minggu pada bulan tu ada aje orang nak belajar
20×5×4=400 ringggit
dua orang = 800 ringgit
tiga orang = 1200 ringgit
empat orang = 1600 ringgit
lima orang = 2000 ringgit

lebih 5 orang, kena buka khemah kat laman rumah aku
mungkin masa tu kalau cukup duit nak beli projektor
tak pun sewa orang punya ker

aku baru nak start, jadi nak tengok kos yang terlibat
aku ambil kira apa yang nampak aje
yang tak nampak susah nak kira
tu mungkin kira kemudian

kat muar ada hotel murah iaitu hotel leewa
nak hotel mahal sikit hotel classic
kalau nak berkhemah kat rumah aku pun boleh
belakang rumah hutan rimba
binatang paling besar pun biawak

takde pun sewa rumah mak ngah aku, tapi masalah kalau
hujan, banjir rumah mak ngah aku tu