Arkib Tag: isteri

daku akan kahwin pada …

tapo kerepek dah kawin. tinggal musa dan saya. tak tahu siapa yang akan habiskan zaman bujang dahulu. dulu saya punya plan, dah kerja setahun saya akan cari seorang awek untuk dijadikan isteri. tapi rasanya dah 2 tahun ini masih tak jumpa hajat di hati mencari bakal isteri . duit dikumpul untuk belanja perkahwinan masih tak cukup. tiba-tiba kena bagi mak buat belanja. nampak gaya saya kena buka satu akaun khas supaya mak saya tak tahu yang saya ni ada duit huhuhu

saya ada tanya tapo kerepek berapa dia punya belanja, namun dia bagi tahu adalah dekat …


Sambung membaca daku akan kahwin pada …

pikat kakak dapat adik namun

ada seseorang cerita dengan saya dia kata kalau nak pikat seseorang, kalau boleh jumpa keluarga dia dulu. mana tahu terjumpa antara adik-beradik dia yang lagi lawa dari dia. jadi tak menyesal kemudian kalau nak pikat dia.

jadi adalah seseorang yang aku berkenan hati namum kalau ikut petua di atas, saya kena jumpa keluarga dia dulu. nasib baik sekarang ada facebook. jadi dapatlah saya lihat adik-beradik dia. rupanya adik-adik dia lagi lawa dari dia huhuhu. seorang pakai baju warna hijau, seorang lagi pakai baju biru kundang.saya tanyalah dia yang adik-adik dia dah ada yang punya, dia jawap …

Sambung membaca pikat kakak dapat adik namun

adab bercakap di telefon atau handset

pada kebiasaaannya walaupun saya selalu bercakap dengan kawan-kawan saya namun apabila kalau nak bercakap di telefon, biasanya saya akan ambil masa nak kenalpasti siapa yang bercakap di hujung talian. kalau ayat yang diucapkan “kenal tak siapa ni?” saya akan cakap kenal atau tak berdasarkan berapa rapat hubungan saya dengan dia.

Sambung membaca adab bercakap di telefon atau handset

lelaki melayu terakhir

pada suatu hari sedang daku berkerja, tiba-tiba 2 orang gadis bergosip dengan berkata “orang tu ada ciri-ciri lelaki melayu terakhir”

aku menyampuk dengan berkata “siapa gerangannya”

si gadis tu berkata “awak laa siapa lagi”

aku mengaru kepala yang tak gatal “kenapa pulak saya ada ciri-ciri tersebut”

si gadis tu berkata “sebab awak pakai baju melayu”

aku cakap “pak long pun pakai baju melayu”

nak tahu jawapannya …

Sambung membaca lelaki melayu terakhir

pergi lebih jauh

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir apa yang aku nak dalam kehidupan. masa kecil dulu cita-cita nak jadi ahli sains, mata-mata gelap. akhirnya aku ambil diploma sains komputer. belajar bab programming, hardware, network.

lepas tu alih-alih kerja kat jabatan perangkaan muar sebagai E17 – pembantu perangkaan yang mana kerjanya macam-macam. lepas ni aku terfikir kerja kerajaan tak boleh jadi kaya-raya. tak boleh beli rumah atau kereta dalam tunai. a

apakah caranya kita mampu beli tunai terhadap barang/perkhidmatan yang kita nak? mahu tak mahu terpaksa berniaga. jadi aku mulakan traning orang tentang php. setakat ni dah ada 6-7 orang belajar php kat aku

aku target, lepas ni ada 5 orang belajar php secara berkumpulan kat aku. seorang belajar satu hari RM 100. jadi seminggu dapat RM 500. kalau sebulan dapat RM 2000. latihan banyak tertumpu pada menaip kod php, membetulkan logik dan output. takdenya nak pakai dw8 ker.

kalau ada pakailah, kalau takde memanglah aku guna open source merangkap portable lagi iaitu notepad++. tinggal buku php yang sesuai aje yang selesa orang menaip kod sambil memegang buku. ada satu buku aku kira dah sesuai budak yang takde basic html sebab dalam buku tu dah termasuk kod html dan php kira ajar 2 benda dalam satu laa.

satu yang bestnya, budak-budak ni masing-masing bawa laptop sendiri. aku cuma sediakan extension dan juga wireless ke internet. sekarang ni pun tengah cari khemah yang kalis air hujan berserta tempias, macam khemah kat jomheboh

ruang laman aku cukup untuk muatkan pelajar seramai 20 orang dengan selesa. cuma tempat makan aje yang aku tengah fikir sekarang, nak buat stail hotel atau stail raya atau stail kampung. terpaksalah mintak mak aku masak sebab aku belum kahwin. mak aku masak sedap sehingga menjilat pinggan dan jari jemari :D
tulah sekarang ni tengah cari isteri yang boleh masak untuk 20 orang punya laa. yang pandai masak macam mak aku :D lepas tu ada kebolehan menjahit pakaian, langsir dan sebagainya. rumah aku ada mesin jahitlah, siapa nak mewarisi kalau bukan isterin aku. adik-adik aku semua tak pandai jahit

jadi memang mencari harsat aku cari isteri yang boleh memasak dan menjahit sebab aku ada plan yang sangat besar untuk bagi dia pegang. kalau dia bekerja kerajaan atau swasta, memang aku akan pujuk raju dia supaya berhenti. kena denda pun tak apa kalaulah dia jadi guru.