Arkib Tag: inggeris

tersirat di sebalik tersurat

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

Sambung membaca tersirat di sebalik tersurat

kenapa aku tulis dalam bahasa melayu

ikutkan banyak-banyak iklan aku suka google ads sebab dia pakai teks. aku cubalah daftar dalam google ads tapi sekali dia orang email kat aku dia nak dalam bahasa inggeris daa. ada pun aku suka berfikir dalam bahasa melayu. jarang laa aku berfikir dalam bahasa inggeris ker arab ker. lagipun banyak idea-idea kreatif dan inovatif aku terhasil dari pemikiran dalam bahasa melayu. paling tidak pun aku akan guna bahasa rojak iaitu melayu campur inggeris.

jadi sebarang pendapat aku kat sini akan aku tulis dalam bahasa melayu yang biasa aku cakap laa. berfikir dalam bahasa inggeris amat menyukarkan aku. tu pasal banyak istilah ekonomi aku cuba cari terjermahan dalam bahasa melayu. nak cari kod industri pun aku rujuk bahasa melayu punya. apa tah lagi kod barangan dalam sektor pembuatan.

hatta dalam bahasa pengaturcaraan pun aku banyak guna bahasa melayu. kebanyakan kawan-kawan aku pening tengok kod php aku dibuat dalam bahasa melayu hehehe terutama dalam bab pembolehubah/pemcam, nama fungsi dan juga kelas. tapi amin macam mana ko boleh ingat senarai kata kunci php???

tu laa macam mana pun ko orang kena faham logik. php adalah terbitan dari c,c++ dan juga java. lagipun bahasa inggeris yang digunakan adalah tahap asas, serupa guna bahasa inggeris dalam windows xp. bahasa inggeris asas kena tahu laa serba sedikit, tapi ko orang kena fikir dalam bahasa ibunda ko laa. melainkan sejak kecil mak bapak ko cakap inggeris ker arab ker, tu lain cerita laa. tu terpaksa fikir dalam bahasa arab/inggeris semasa nak buat kod php hehehe tapi ko dah biasa kan.

kadang kala semasa mengajar php, aku suka guna bahasa melayu, saja nak sakat pelajar aku tu. faham tak apa yang di ajar. aku pun dalam proses nak kayakan perbendaraan kata dalam bahasa melayu serta inggeris serta arab. ada pun terdapat perbezaan makna yang ketara ketika nak fahamkan konsep bahasa inggeris dalam lingkungan bahasa melayu. tapi apa yang aku perasan bahasa inggeris ni kalau nak amalkan, dalam lingkungan bahasa melayu boleh dianggap kurang ajar.

ialah bahasa inggeris i and you, bahasa melayu saya,aku,anda, kamu, engkau. dari segi tatasusila, i and you mewakili aku dan engkau dalam bahasa melayu pada pendapat aku laa. tapi biasanya untuk panggilan nama ni aku akan guna panggilan yang biasa orang panggil kepada seseorang laa. melainkan nama pendek orang tu I, aku lebih suka orang panggil nama aku amin dari muhaimin atau abdul atau aimin. tu pasal tanda nama aku letak perkataan amin

Isu PPSMI apa cerita sekarang

isu terbaru sekarang ni dia orang akan bincang kat kabinet sama ada nak teruskan atau kekal. esok pada 8 Julai 2009 akan dapat tahu sama ada TPM akan teruskan atau tidak. jangkaan ko macam mana amin

bagi aku laa, buat masa sekarang Menteri Pelajaran sedang buat kajian terperinci tentang isu PPSMI. tapi aku tak pasti laa sama ada jawapan yang akan terima memuaskan hati kita sedangkan Tun Mahadir pun sokong PPSMI. jangkaan anda pulak macam mana???

kalau ko nak tanya jangkaan aku, rasanya Menteri Pelajaran akan teruskan juga dasar tersebut namun mungkin kena ubahsuai sikit laa. aku jangkakan yang PPSMI akan dimula di peringkat sekolah menengah, tapi di sekolah rendah akan diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa melayu semula.

tapi macam mana pun isi kandungan mata pelajaaran bahasa inggeris perlu dikaji semula laa. mungkin kena masukkan unsur sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah lebih berkesan dari masukkan unsur inggeris dalam sains dan matematik.

Sambung membaca Isu PPSMI apa cerita sekarang

Technorati Tags: ,