nilai tambah

Posted on Julai 13th, 2009 in Ekonomi by Amin007

hanya dalam perangkaan aje aku baru jumpa istilah nilai tambah. secara asas laa nilai tambah bermaksud output tolak input. berikut adalah petikan makna dari internet.

syarikat wakaf malaysia

Posted on Jun 29th, 2009 in Agama,Ekonomi by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ini adalah respon kepada blog ni – http://www.pakdi.my/blog/cerita-open-tender/

aku ada komen balik pada pakdi ayatnya macam di bawah.

pakdi kata “Memandangkan kos penyelenggaraannya tinggi, barangkali satu konsep syarikat waqaf berhad perlu diterokai untuk menggantikan konsep penswastaan yang diamalkan dalam perkara-perkara yang Islam sebut sebagai harta awam atau harta orang ramai ini.Saya pernah tulis secara umum pasal konsep syarikat waqaf berhad ini dalam post ini.”

syarikat wakaf??? habis dividen tu bagaimana nak bagi?
kalau dah wakaf, kita dapat pahala
namun syarat yang penting, perkhidmatan kena percuma laa

duit zakat banyak namun agak payah juga kalau ditakdirkan melabur dalam syarikat wakaf
atau kwsp ker pnb berminat nak melabur dalam syarikat wakaf
namun pulangan dari segi duit tu yang agak payah juga
nak menarik perhatian dia orang

tapi kalau semua perkhidmatan kerajaan dibayar dari syarikat wakaf ni, mahu ker kita letak duit dalam syarikat ni???
berapa banyak yang sanggup kita laburkan???

kena ingat kalau melabur di syarikat wakaf, takde dividen. cuma pahala aje kan kan kan

pakdi, kalau tak silap aku laa. ada 2 badan yang kendalikan harta wakaf
1) jabatan agama islam
2) anak syarikat JCORP – johor punya laabukan ker Johor ada keluarkan amanah saham wakaf. tapi aku masih belum melabur sebab kurang jelas tentang konsepnya. mungkin ni akan jadi asas nak buat
syarikat wakaf

tapi kalau perangkaan nak ambil data dari syarikat ni, macam mana nak kira taraf sah??? besar kemungkinan diletak bawah pertubuhan yang tak membawa keuntungan.

kalau nak contoh satu syarikat tak bawa keuntungan, rasanya ada satu syarikat yang slogannya “sama beramal sama beruntung” kalau tak silap laa hehehe :D . ala yang buat sabun mandi, pakaian dan sebagainya. jadi keuntungan tu dibagi terus kepada badan kebajikan. dengan kata lain badan kebajikan ini jadi pemegang syer laa.

apa pun mungkin kena perbincangkan lagi tentang konsep syarikat wakaf ni yer

biasanya wakaf banyak orang faham adalah masjid, rumah anak yatim dan sebagainya. jadi bagai mana intitusi tersebut dapat dana adalah dengan kutipan derma. kalau yang advance jual barang, lepas tu untung masuk dalam intitusi berikut. ada juga yang jual meja, ribu-ribu pulak tu satu meja. tapi meja hotel laa. sanggup hotel tu jual meja untuk intitusi tersebut hehehe.

sekarang yang aku nampak amanah saham wakaf johor. cuma bagi duit aje dalam saham ni, tapi dapat dividen pahala aje laa. duit tak dapat sebab konsepnya wakaf. aku tak pasti sama ada UZAR ada komen pasal syarikat wakaf malaysia atau pun amanah saham wakaf johor.

katalah kita nak wakafkan elektrik, air, jalan raya. jadi kita perlukan kemasukan pelaburan yang besar. kalau setiap seorang rakyat malaysia melabur RM 12 setahun, adalah cukup nak cover kos dalam pengurusan???. jadi mahu tak mahu kwsp atau pnb atau bank-bank islam kena suntik modal dalam ni.

tapi masalahnya ni syarikat wakaf, dah masuk duit mana boleh ambil dividen kan kan kan. aku tak fikir duit zakat boleh disuntik dalam syarikat wakaf sebab zakat kena bahagi kat orang bukannya syarikat.

cuma bank-bank islam mungkin boleh gunakan kaedah derma dalam syarikat wakaf ni. tapi nak ker kwsp dan pnb nak derma keuntungan dia orang???

namun jika ada peluang ….

bersambung …

apa yang aku faham tentang ekonomi

Posted on Jun 29th, 2009 in Ekonomi by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ekonomi adalah duit, duit adalah ekonomi

ekonomi adalah jimat, jimat adalah ekonomi

sekarang ni dah jadi satu amalan bertukar link antara satu blog ke blog lain. jadi aku nak buat link ke blog pakdi ok pakdi aku dah promosi blog ko hehehe

ko orang mesti tak tak puas hati dengan jawapan aku yer kan kan kan. apa kaitan ekonomi dengan jimat, kalau dengan duit tu logik laa kan

ko orang tak perasan ker asalkan benda yang berkait perjimatan dia dipanggil berekonomi seperti naik air asia kelas ekonomi, berbasikal ke tempat kerja (aku laa) dan sebagainya
——————————————————————————————————-

berikut adalah makna ekonomi

Ekonomi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Lihat juga: Ekonomi (sistem)

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek ????? [oikos], ‘rumah’, and ???? [nemo], ‘peraturan,’ iaitu “pengurusan rumah tangga”) merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

——————————————————————————————————-
adapun jabatan perangkaan / statistik malaysia adalah salah satu agensi di bawah jabatan perdana menteri ( bawah pak lah en silap dah tukar ds najib ) bertanggungjawap mengumpul data-data berkaitan ekonomi terutama mengutip data-data akaun syarikat-syarikat kecil ataupun besar di malaysia yang tercinta ni. data dikumpul secara mingguan,bulanan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan,

yang tukang kutip data adalah orang-orang macam aku iaitu pembantu perangkaan E17 selepas dinaiktaraf dari N17. tapi kan kami semua ada masalah nak kutip data namun tiada tempat kami nak mengadu segala permasalahan kami :(
kebanyakan orang tahu perangkaan adalah buat banci penduduk dan apa-apa yang berkaitan dengannya. tapi dalam bab ekonomi??? kami kurang popular sikit, kdnk yang selalu disebut oleh bank negara datanya didapati dari perangkaan laa tapi macam bank negara yang buat kerja. yang kami ni di pejabat operasi semacam tidak dihargai pengorbanannya

jauh betul lari topik ko ni. bukan apa sekarang aku dalam rangka nak promosi jabatan melalui blog aku ni hehehe. masalah yang sering dihadap oleh aku adalah masalah tak capai target survey pada setiap tarikh tutup survey.

ibu pejabat ada sediakan tarikh tutp bagi satu-satu survey, masalah kat kita orang responen ada perkara yang lebih penting dari isi borang perangkaan. ada yang aku semak satu syarikat terima 2/3 borang dari perangkaan. alasan yang ibu pejabat bagi adalah permintaan dari stade holder. lagipun dari apa yang aku tengok, dia orang di atas tak kreatif dan inovatif dalam membuat soalan. kutuk orang atas nampak

aku lupa satu perkata, sekarang aku berada di seksyen ekonomi jaga mdt, bts, pan, pjp. jadi sebagai tambahan kepada duit dan jimat, ekonomi juga bermaksud kerja-kerja kawalan kemasukkan borang dan semak nilai-nilai pada borang tersebut. juga unit r&d untuk analisa data-data dari borang tersebut.

ikutkan masa aku tingkatan 5, aku tak mahu ambil ekonomi sebab aku yakin boleh skor subjek sains tulen. tapi terpaksa ambil juga sebab nak belajar aje. dari situ baru tahu asal usul duit.

jadi bahasa mudah bagi ekonomi adalah mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. kehendak manusia tak terbatas tapi sumber terbatas. perantaraannya adalah duit. duit cuma satu sistem nak mudahkan urusan sahaja. kerja aku pulak menyediakan data yang cukup bagi pihak prosesan menangkap data dan hantar ke ibu pejabat serta bersedia menjawap sebarang pertanyaan tentang data yang aku kawal tersebut

ooo, kerja ko ada kaitan dengan ekonomi laa. lebih kurang laa. dah hari-hari mengadap borang. orang-orang lama buat kawalan berdasarkan no siri dan no daftar, aku buat kawalan berdasarkan nama syarikat dan juga fid pertubuhan. hatta kalau responden tak isi maklumat borang dengan lengkap pun takde masalah bagi aku kalau aku dapat tahu nama syarikat sahaja.

sekarang aku dalam proses buat kajian terhadap data-data yang aku buat scan icr iaitu data tahunan. mungkin ko orang tanya data perangkaan bagi tu data betul atau anggaran. kebanyakan data diambil dari akaun, jadi kena tanya akauntan laa sama ada betul ker tak. kadang kala aku pelik kenapa aku kira untung syarikat dengan akaun punya keuntungan tak sama

tapi hargga pun berkaitan dengan ekonomi. tapi setakat yang aku kutip harga pengguna, harga tak banyak beza sangat. ada macam nak tetap pun kena kutip harga seperti yuran tuision. yang banyak beza adalah harga di kedai runcit dan pasaraya.

jadi adakah soalan di atas aku dah jawap dengan betul??? ko orang puas hati tak dengan jawapan aku ni???

« Laman Sebelumnya