apa itu bank masa depan

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Ekonomi by Amin007

di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.

namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.

jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi :D

nilai tambah

Posted on Julai 13th, 2009 in Ekonomi by Amin007

hanya dalam perangkaan aje aku baru jumpa istilah nilai tambah. secara asas laa nilai tambah bermaksud output tolak input. berikut adalah petikan makna dari internet.

bank islam dibicara dalam mahkamah syariah???

Posted on Julai 11th, 2009 in Uncategorized by Amin007

ada pun aku ingin mengulas artikel pakdi ni

http://www.pakdi.my/blog/cadangan-pas-untuk-perbankan-islam/

mungkin sudah sampai masanya mahkamah syariah diperluaskan bidangnya dari tertumpu hal ehwal orang islam serta perkahwinan.  cuma yang menjadi persoalan kes-kes perceraian yang banyak tertangguh apa tindakan yang perlu dibuat

nak berubah tapi …

Posted on Julai 10th, 2009 in Personal,Uncategorized by Amin007

selama 3 hari 2 malam aku berada di gunung ledang resort untuk taklimat mm dan bst.  aku hanya bawa RM 90 aje, sekali aku tanya-tanya orang 190. ah mahalnya dah ler duit aku tinggal sikit kat bank, tawakal aje laa. ni pun bil telefon dah sampai. entah cukup ker tak nak bayar. takde tunggu gaji masuk aje laa. tapi macam iklan satu syarikat minuman di malaysia, aku ubah versi lagu tu sikit.

ku gembira sentiasa, badan ku sihat dan kuat.

biar panas atau sejuk ku mandi di kaki gunung ledang penuh minat.

bermain , melompat sini sana, dapat bergambar sebelah tuan puteri :D

beli apa yang perlu sahaja

Posted on Jun 29th, 2009 in Ekonomi,Komputer by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

pada hari ahad lepas 2 Nov 2008, aku telah datang berkunjung ke lot yat semata-mata nak lihat apa yang terbaru dalam dunia komputer. antaranya rak casing beroda, penutup keyboard, harddisk tanpa bekas dan juga dvd mudahalih

akhirnya aku cuma beli dvd mudahalih yang pakai usb sahaja. bayar pakai kad debit maybank warna kuning. kena caj 1% dari harga dvd tu.kira oklah.

lepas ni hajat aku nak beli laptop sahaja. ingat nak tunggu pc fair hujung tahun ni. tak pasti sama ada boleh pakai kad debit maybank warna kuning tak. aku juga baru beli buku dari rais, baru terima khamis lepas.

apa pun satu aje yang aku tak beli, handset baru. ramai kawan aku tanya, apasal ko taknak beli handset baru

aku jawap sebab …

apa pun aku suka beli satu benda jika benda tu beri faedah kat aku walaupun ada kalanya benda tu tak tahan lama namun …