Barcode Scanner Di Pejabat Saya

Posted on Mac 3rd, 2010 in Komputer by Amin007

barcode diperkenalkan selepas banyak masalah dalam memproses data eks dalam tahun 2005. berikut adalah imej barcode scanner di pejabat saya

Image2049 Image2048 Image2050

ikutkan saya nak cari sebijik macam ini untuk kegunaan sendirilah. ada sesiapa yang boleh buat tawaran kepada saya tak? saya nak ambil satu. hari tu dah suruh tunbendahara cari sekali dah habis stok daa. janji bawah RM 200 kira ok laa. kalau boleh usb.

pikat kakak dapat adik namun

Posted on Februari 27th, 2010 in Personal by Amin007

ada seseorang cerita dengan saya dia kata kalau nak pikat seseorang, kalau boleh jumpa keluarga dia dulu. mana tahu terjumpa antara adik-beradik dia yang lagi lawa dari dia. jadi tak menyesal kemudian kalau nak pikat dia.

jadi adalah seseorang yang aku berkenan hati namum kalau ikut petua di atas, saya kena jumpa keluarga dia dulu. nasib baik sekarang ada facebook. jadi dapatlah saya lihat adik-beradik dia. rupanya adik-adik dia lagi lawa dari dia huhuhu. seorang pakai baju warna hijau, seorang lagi pakai baju biru kundang.saya tanyalah dia yang adik-adik dia dah ada yang punya, dia jawap …

apa pilihan yang amin007 ada???

Posted on Januari 12th, 2010 in Ekonomi, Komputer, Matematik by Amin007

saya masih teringat lagi tatkala rombakan struktur jabatan perangkaan. masa tu kalau tak silap nak letak seorang juruteknik komputer dan penolong pengawai sistem maklumat di jabatan perangkaan johor. tapi akhirnya hanya seorang juruteknik komputer diluluskan. rasa kecewa juga tapi apa nak buat, Allah buat keputusan taknak ada seorang penolong pegawai sistem maklumat.

iphone atau pda

Posted on Januari 8th, 2010 in Ekonomi, Komputer by Amin007

saya ingat nak upgrade handset saya pada tahap yang baru. nak cuba cari yang tahan lasak. jenis baling ke atas tak pecah hehehe. boleh buat panggilan dalam kapal selam.

saya ada dengar berita yang jabatan perangkaan malaysia akan guna pda untuk ambil harga barangan/perkhidmatan untuk pungutan harga pengguna. saya ada syor pada boss pakai laa iphone hehehe. jadi kalau jabatan perangkaan malaysia pakai iphone, saya tahu ada seorang yang boleh buat aplikasi dalam iphone. orangnya adalah …

Kelemahan Sistem ICR terletak pada orang ker pada komputer atau data

Posted on November 13th, 2009 in Komputer by Amin007

aku mula bekerja di jabatan perangkaan di muar pada 15 Mac 2005. sebagai tangkapan data untuk Banci Pertanian. lepas tu terlibat dalam Banci EKS. sejak tu baru aku tahu sistem ICR ini apa kebendanya

secara amnya, sistem icr adalah menukar data dari borang manual kepada digital melalui ada mesin khas besar macam mesin basuh. ini adalah vendor yang terlibat dalam icr – http://www.datamationgroup.com/products/prods_bs_fps_rs_frms.htm. ini makna yang detail pasal icr.

http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jun04/lawatanAIMS.htm.

tip ingat password atau kata laluan

Posted on Oktober 9th, 2009 in Komputer by Amin007

ikutkan ada banyak cara nak ingat kata laluan. tapi saya syorkan kalau anda pakai email percuma dan suka sertai rangkaian sosial, pakai sahaja username sama dengan email, password adalah email anda.

tapi kalau nak simpan semua kata laluan dalam satu aplikasi saya ada caranya. nak tahu macam mana???

apa itu sistem

Posted on Ogos 18th, 2009 in Ekonomi by Amin007

saya suka bagi tahu dekat orang yang ingin belajar buat sistem dengan saya mengunakan php, matlamat dari sistem yang dibina adalah kita dapat selesaikan masalah orang. kalau kita buat sistem tapi masalah masih tidak selesai, orang tidak akan guna sistem yang kita bina.

pergi lebih jauh

Posted on Jun 29th, 2009 in Ekonomi, Komputer by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir apa yang aku nak dalam kehidupan. masa kecil dulu cita-cita nak jadi ahli sains, mata-mata gelap. akhirnya aku ambil diploma sains komputer. belajar bab programming, hardware, network.

lepas tu alih-alih kerja kat jabatan perangkaan muar sebagai E17 – pembantu perangkaan yang mana kerjanya macam-macam. lepas ni aku terfikir kerja kerajaan tak boleh jadi kaya-raya. tak boleh beli rumah atau kereta dalam tunai. a

apakah caranya kita mampu beli tunai terhadap barang/perkhidmatan yang kita nak? mahu tak mahu terpaksa berniaga. jadi aku mulakan traning orang tentang php. setakat ni dah ada 6-7 orang belajar php kat aku

aku target, lepas ni ada 5 orang belajar php secara berkumpulan kat aku. seorang belajar satu hari RM 100. jadi seminggu dapat RM 500. kalau sebulan dapat RM 2000. latihan banyak tertumpu pada menaip kod php, membetulkan logik dan output. takdenya nak pakai dw8 ker.

kalau ada pakailah, kalau takde memanglah aku guna open source merangkap portable lagi iaitu notepad++. tinggal buku php yang sesuai aje yang selesa orang menaip kod sambil memegang buku. ada satu buku aku kira dah sesuai budak yang takde basic html sebab dalam buku tu dah termasuk kod html dan php kira ajar 2 benda dalam satu laa.

satu yang bestnya, budak-budak ni masing-masing bawa laptop sendiri. aku cuma sediakan extension dan juga wireless ke internet. sekarang ni pun tengah cari khemah yang kalis air hujan berserta tempias, macam khemah kat jomheboh

ruang laman aku cukup untuk muatkan pelajar seramai 20 orang dengan selesa. cuma tempat makan aje yang aku tengah fikir sekarang, nak buat stail hotel atau stail raya atau stail kampung. terpaksalah mintak mak aku masak sebab aku belum kahwin. mak aku masak sedap sehingga menjilat pinggan dan jari jemari :D
tulah sekarang ni tengah cari isteri yang boleh masak untuk 20 orang punya laa. yang pandai masak macam mak aku :D lepas tu ada kebolehan menjahit pakaian, langsir dan sebagainya. rumah aku ada mesin jahitlah, siapa nak mewarisi kalau bukan isterin aku. adik-adik aku semua tak pandai jahit

jadi memang mencari harsat aku cari isteri yang boleh memasak dan menjahit sebab aku ada plan yang sangat besar untuk bagi dia pegang. kalau dia bekerja kerajaan atau swasta, memang aku akan pujuk raju dia supaya berhenti. kena denda pun tak apa kalaulah dia jadi guru.

Amin007.org