milik siapa hati ini

Posted on Mei 7th, 2010 in Personal by Amin007

dulu kat zaman persekolahan, saya tak beberapa minat nak mengurat rakan sebaya/sekelas walaupun rakan sebaya/sekelas cun gila. saya lebih berminat nak mengurat perempuan yang lebih muda dari saya.

teringat kali pertama jatuh hati, kalau tak silap darjah 5 sekolah agama di sekolah kebangsaan bakri batu 2. tertarik kepada seseorang tak pasti kenapa hati ini suka dekat dia. ada sesuatu dalam diri dia yang tiada pada orang lain namun …

cinta pandang pertama

Posted on Jun 30th, 2009 in Personal by Amin007

ada kalanya aku terfikir berapa kali aku jatuh hati pandang pertama.tapi sayang semua orang yang aku suka dah ada yang berpunya. tu pasal aku semacam berjauh hati kepada orang yang aku suka. biasa yang aku buat adalah tak hubungi dia langsung seolah-olah dia tak pernah wujud dalam hidup ini

namun kini sudah ada sinar baru muncul kembali dalam hidup ni. umpama kehadiran pelangi selepas hujan lebat namun kehadirnya cuma seketika. 2 minggu lagi pelangi ni akan hilang. daku tidak pasti sama ada mahu mengejar pelangi ni ker tidak.

selepas pelangi ni hilang, daku akan terasa kesunyian melanda hidup ni dan mungkin ku akan cakap kepada penyelia “boss, sunyilah opis kita hari ni” pada hal orang ramai ada dalam opis tu hehehe

namun jika ada peluang …

kalau diizinkan Allah, daku akan datang ke tempat asal pelangi tu datang mungkin semasa raya nanti. daku akan cakap kepada tuan punya tempayan yang menghasilkan pelangi tersebut kalau boleh nak bawa balik pelangi tu masuk dalam rumah aku agar daku dapat tengok pelangi tu hari-hari

Amin007.org