Rancang Wang Dari Sekarang

Posted on September 5th, 2010 in Agama,Ekonomi by Amin007

Ini adalah ringkasan atau isi penting dari Rancang Wang Dari Sekarang oleh pakdi.
saya mula kenal pakdi sewaktu bermain games cashflow. masih ingat saya antara orang yang terawal keluar dari “rat-race”.
itu pun sebab harga rumah naik dan saya ada aset tersebut ( dalam permainanlah hehehe). setelah tamat permainan ada seseorang tawarkan pakdi menulis buku. hasilnya kita sudah nampak sekarang. ini tak boleh jadi, saya juga akan cabar diri saya menulis buku.

keistimewaan buku ini adala setiap bab ada ayat quran/hadith tentang pengurusan kewangan. jadi kita akan dapat lihat pandangan islam dalam buku ini antara isi penting adalah …

Isu PPSMI apa cerita sekarang

Posted on Julai 3rd, 2009 in Matematik by Amin007

isu terbaru sekarang ni dia orang akan bincang kat kabinet sama ada nak teruskan atau kekal. esok pada 8 Julai 2009 akan dapat tahu sama ada TPM akan teruskan atau tidak. jangkaan ko macam mana amin

bagi aku laa, buat masa sekarang Menteri Pelajaran sedang buat kajian terperinci tentang isu PPSMI. tapi aku tak pasti laa sama ada jawapan yang akan terima memuaskan hati kita sedangkan Tun Mahadir pun sokong PPSMI. jangkaan anda pulak macam mana???

kalau ko nak tanya jangkaan aku, rasanya Menteri Pelajaran akan teruskan juga dasar tersebut namun mungkin kena ubahsuai sikit laa. aku jangkakan yang PPSMI akan dimula di peringkat sekolah menengah, tapi di sekolah rendah akan diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa melayu semula.

tapi macam mana pun isi kandungan mata pelajaaran bahasa inggeris perlu dikaji semula laa. mungkin kena masukkan unsur sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah lebih berkesan dari masukkan unsur inggeris dalam sains dan matematik.

Technorati Tags: ,