jatuh hati kepada kawan baik
ikutkan dulu kalau boleh tak nak jatuh hati semasa belajar kat sekolah atau pun kat kolej atau pun kat universiti. dalam rancangan dah kerja tetap setahun baru nak cari awek seorang, itu pun kalau dah lulus kereta/motor.
Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
ikutkan dulu kalau boleh tak nak jatuh hati semasa belajar kat sekolah atau pun kat kolej atau pun kat universiti. dalam rancangan dah kerja tetap setahun baru nak cari awek seorang, itu pun kalau dah lulus kereta/motor.
SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM
Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.
dalam slip gaji aku bulan 9, ada ditunjukkan pendapatan dan potongan. jadi jumlah terperinci
pendapatan
gaji pokok = 921.73
imbuhan tetap khidmat awam = 115.00
bantuan sara hidup = 200.00
bantuan sewa rumah = 100.00
potongan
KWSP = 157.00
YPEIM = 5.00
Angkasa / Bank Rakyat = 197.00
ASB = 50.00
Tabung Haji = 50.00
jadi jumlah pendapatan – potongan = gaji bersih
1416.71 – 459.00 = 957.71
kalau saya nak simpan 30% dari baki gaji bersih, berapa yer???
adapun soalan datang dari sini
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/menyambut-merdeka.html
jawapannya pulak datang dari sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/
http://saifulislam.com/?p=6615
tapi adalah sudah terjawap persoalan???
di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.
namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.
jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
ok, masalah sekarang macam mana na pastikan syarikat di atas scam ker tak. jadi apa pun aku akan rujuk panduan dari sini – http://www.pakdi.my/blog/apa-pelaburan-pilihan-anda/
katakan idea perternakan lembu susu ni satu yang baharu. anda hanya berani nak tubuhkan sendirian berhad. kalau nak kumpul modal tanpa perlu pinjam kat bank, anda hanya perlu cari orang seramai 50 sahaja yang mana dia orang sanggup beli seekor lembu untuk anda. aku cakap 50 orang sebab dalam syarikat sdb bhd hanya boleh terima syer seramai 50 orang sahaja.
tapi setakat 50 ekor aje mana cukup nak buat kilang susu setuju nak terima. jadi pilihan lain terpaksa anda juga cara multilevel markerting. katakan seekor lembu susu berharga 30,000. kalau kilang susu letak sekurang-kurang 10,000 lembu baru dia orang nak proses, yang mana seekor lembu paling kurang 10 liter sehari, agak-agaknya berapa ribu diperlukan nak membeli lembu tu???
kalau dateline dibahagi sebulan sahaja, macam mana nak cari orang supaya masuk mlm lembu susu ni???. kalau nak order lembu susu ni dari NZ ikut kapal terbang, paling maksima oleh angkut 300 ekor. kalau 10,000 ekor, berapa kali kena angkut pakai kapal terbang?
tapi kan tu tak apa lagi. aku sanggup melabur walaupun tengok kos dia agak mahal, susu lembu beb boleh buat macam-macam. serupa juga macam kes dalam cerita pakdi ni
Usahawan B pula adalah usahawan teknologi. Dia menyahut cabaran Multimedia Super Corridor (MSC) Dia sedang membangunkan satu teknologi baru dalam pemprosesan microchip. Microchip ini menggunakan teknologi nano dalam semiconductor device yang membolehkan microchip nya diletakkan dalam widget-widget yang kecil dan terus mengekalkan prestasi berkuasa tinggi yang setanding dengan microchip yang dikeluarkan oleh syarikat luar. Dalam tempoh 1 tahun, microchip ini dijangka akan menarik perhatian multinational electronic manufacturer kerana kemampuan teknologi yang paling pantas dan terbaru. Dia juga memerlukan sejumlah wang dari para pelabur untuk membuka kilang microchip nya sendiri.
tapi kalau dah mintak sain MoU kat situ juga tanpa ada peguam yang kita kenal yang dia tu peguam, aku pun sangsi juga. patutnya dibagi masa bertenang. ni kan projek jangka panjang. ko bagi potongan ker, insuran atas lembu ker, percutian ker aku apa peduli.
yang penting aku kena study macam mana nak cari duit untuk melabur. dah ler aku ada plan nak beli printer 4 dalam 1. dekat 300 ringgit. aku memang bercadang nak melabur dalam dunia komputer ni. dah beli laptop satu. setakat nak pinjam duit kat bank, lepas tu bagi kat ko, sorry laa. kalau aku nak melabur, aku akan bayar setiap bulan. ko berani terima cadangan aku? kalau aku tak bayar, ko boleh naik mahkamah apa? apa macam berani ker?
namun jika ada peluang ….
artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat
kawan aku nidzam, dia bekerja di bank rakyat. masa datang raya kat rumah dia, dia ada tunjuk kad kredit bank rakyat.
macam menarik aje kad kredit bank rakyat. tiada yuran tahunan, boleh bayar zakat dan juga ada rebit/hadiah pergi umrah atau haji.
rasanya macam nak mintak cuma terfikir bahawa kad ini masih kad kredit bukan kat debit mastercard sebaik tunai (promosi pulak)
berikut adalah link pasal ni
http://www.bankrakyat.com.my/index.php?ch=5&pg=10&ac=21162&lang=en
http://www.bankrakyat.com.my/view.php?dbIndex=0&website_id=1&id=1082
mentang-mentang aku baru pinjam kat bank rakyat, kawan aku ni syor pulak kad kredit ![]()
nantilah dulu aku fikir, bukan ker kalau ada kad kredit, maknanya kita pinjam kat bank??? serupa aje pinjam personal loan kan kan kan