Arkib Tag: ASB

status gaji aku bulan 9

dalam slip gaji aku bulan 9, ada ditunjukkan pendapatan dan potongan. jadi jumlah terperinci

pendapatan
gaji pokok = 921.73
imbuhan tetap khidmat awam = 115.00
bantuan sara hidup = 200.00
bantuan sewa rumah = 100.00

potongan
KWSP = 157.00
YPEIM = 5.00
Angkasa / Bank Rakyat = 197.00
ASB = 50.00
Tabung Haji = 50.00

jadi jumlah pendapatan – potongan = gaji bersih
1416.71 – 459.00 = 957.71
kalau saya nak simpan 30% dari baki gaji bersih, berapa yer???

Sambung membaca status gaji aku bulan 9

kenapa ASB kurang popular di kalangan melayu

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ada kalanya aku terfikir kenapa ASB kurang popular di kalangan melayu?
antara sebabnya sila rujuk link ni
http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=117
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=226&Itemid=63

bagi sayalah antara salah satu sebab utama –
SB tidak iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

walaupun JAKIM kata harus, tapi SC kata ASB tak senarai dalam Malaysian Islamic Funds. aku ada tanya juga PNB, dia orang suruh refer http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925

aku ada juga berbahas dengan kawan aku pasal ni. soalan yang paling menarik
adalah ko ada melabur dalam ASB“??? aku jawap ada

jadi aku dah tambah 7000 dalam ASB dan jumlahnya dekat 10,000. rasanya aku nak tambah 100 sebulan dalam ASB. dari duit tu aku simpan dalam maybank2u. masa tu aku terpaksa pergi ke maybank dan beratur di kaunter. nasib baik aku tak keluarkan duit sebanyak 7000 manual lepas tu masuk pulak balik dalam maybank. semuanya secara online aje tapi kat bank laa.

namun sekarang aku dah boleh masuk duit terus dalam asb melalui maybank2u. aku baru cuba 10 ringgit sahaja. nanti nak semak sama ada duit aku tu masuk ker tak.