Arkib Tag: amin

kisah poligami

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

adapun seseorang yang bernama amin(bukan nama sebenar) berkawin dengan hasanah isteri tua dan juga hamidah isteri muda. jadi telah tiba giliran isteri tua. jadi si suami ni pun bersolat sunat bersama dengan isteri tua.

jadi apabila si suami sudah membaca fatihah, kemudian menyebut dengan kuat “AMIN”, isteri tua mengomel dalam hatinya “saya tahulah nama abang, buat apa sebut kuat-kuat, nanti orang dengar”

semasa iktidal, si suami menyebut bacaan yang akhir ayatnya berbunyi ” … hamidah “, isteri tua mengomel dalam hatinya “sikit-sikit hamidah, aku langsung tak disebutnya. tapi tak apa harap-harap rakaat kedua suami aku sebut nama aku ”

sampai rakaat kedua, si suami masih menyebut “hamidah” dalam bacaan iktidalnya. apa lagi sangat cemburu si isteri tua. selepas solat, si isteri terus bangun dari solat, lalu si suami pun bertanya “kenapa bangun???” isteri menjawap “dalam solat abang asyik sebut nama hamidah aje”. suami pun berkata “ala, nanti dalam doa abang sebut nama hasanah , abang sayang hasanah dunia dan akhirat  kan kan kan ”

ada seorang perempuan bertanya kepada aku apasal orang suka berpoligami. aku jawap tu semua adalah jodoh. ada orang nak poligami tapi tak berpeluang. ada ada peluang tapi tak nak pologami.

lagipun dalam alquran kenapa Allah nyatakan kena kawin 2 atau 3 atau 4 kerana dalam ayat sebelum ada ayat pasal berlaku adil pada anak yatim. jadi kalau kita kawin dengan anak yatim, takut termakan harta anak yatim. oleh tu, Allah syorkan kita baiklah kawin perempuan lain yang bukan anak yatim. nak 2 ker 3 ker 4 ker suka hatilah janji dapat elak berlaku ketidak-adilan pada anak yatim tu sendiri.

tapi Allah pesan, jika takut kalau kawin 2 ker 3 ker 4 ker tak berkalu adil, maka kawin satu aje laa.

masalahnya kalau tanya ustaz adakah ayat keadilan poligami ada kaitan dengan ayat makan anak yatim, mesti dia orang cakap takde kaitan. bagi aku ikutkan salah. ustaz ni tak faham soalan :p

dia orang akan sentuh bab poligami lebih banyak dari bab anak yatim tu sendiri. ni tak adil. bukan ker anak yatim tu berada dalam satu ayat dengan poligami??? mana keADILan nya???

aku nak tunggu Ust Zaharuddin ker Dr Asri mengulas persoalan ni iaitu kaitan anak yatim dan poligami. kalau Pakdi, kesan ekonomi pada anak yatim dan juga poligami. yang pasti kalau si suami mati, maka bertambahlah anak yatim yang kaya atau miskin.

bersambung