apa itu bank masa depan

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Ekonomi by Amin007

di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.

namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.

jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi :D

pergi tak kembali lagi

Posted on Ogos 15th, 2009 in Uncategorized by Amin007

adapun ini antara lagu nasyid yang saya suka kerana ingatkan saya tentang mati. tapi dari apa  yang  terperasan tahun ini ramai artis yang mati. tu tak termasuk pesakit H1N1. namun …

tersirat di sebalik tersurat

Posted on Ogos 11th, 2009 in 1Malaysia,Agama,Bahasa by Amin007

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

kenapa harus berhenti disini, banyak sangat halangan ker

Posted on Julai 13th, 2009 in Personal by Amin007

Malam ini bukan sebarang malam
malam ini datang selepas siang
malam ini tiada haba dibebaskan
dan tiada cahaya disebarkan
dunia menjadi gelap gelita

bank islam dibicara dalam mahkamah syariah???

Posted on Julai 11th, 2009 in Uncategorized by Amin007

ada pun aku ingin mengulas artikel pakdi ni

http://www.pakdi.my/blog/cadangan-pas-untuk-perbankan-islam/

mungkin sudah sampai masanya mahkamah syariah diperluaskan bidangnya dari tertumpu hal ehwal orang islam serta perkahwinan.  cuma yang menjadi persoalan kes-kes perceraian yang banyak tertangguh apa tindakan yang perlu dibuat

Kuiz Matematik dalam bulan rejab, syaban dan ramadan

Posted on Jun 29th, 2009 in Agama,Matematik by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

Dipetik dari http://keretamayat.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

1)Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,
Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.

2) Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?

3)Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.

4) Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu
dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, maksudnya:
Kami bersama-sama Rasulullah Saw, maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat.
Beliau bersabda: “Tahukah kamu sekalian suara apakah ini”.
Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”.
Beliau bersabda: “Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam
sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya.

Sekiranya saiz batu itu adalah sebesar kepala manusia dan berjisim 3.56 kg, dan isipadunya di anggap tumpat, dan dengan mengaggap graviti neraka adalah sama dengan bumi iaitu 9.81 Newton, berapakah kedalaman neraka sekiranya 70 tahun masa yang di ambil untuk batu itu jatuh.

5) Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6) Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

ikutkan aku dah post soalan ni kepada beberapa forum macam http://www.php.net.my, http://www.putera.com, http://www.ittutor.net, dan juga http://www.sifoo.com tapi tiada seorang pun yang sudi jawap soalan ni.

jadi demi ingin menjadi jawapannya walaupun menyedari angkanya mungkin lebih tinggi dari bajet 2009, juga kiraannya lagi kompleks dari kiraan indeks dalam bursa saham malaysia. namun ku pasti jumlahnya pasti dapat dikira sebab daku dapat menjawap soalan 4 dan 6. tapi baki soalan yang lain susah sikit sebab

1) tak tahu kuda paling pantas pecut berapa kilometer sejam??? tapi kuda paling baik adalah kuda arab

2)  perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun. jadi kena tahu berapa meter seseorang boleh jalan dalam satu minit???

3) berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini??? atau kadar liter nak matikan sepokok???

4) satu tahun akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. batu tu jatuh ambil masa 70 tahun akhirat. jadi ikutkan boleh buat kiraan tu.

5) satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan. seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.  Panjang titian sirat adalah 1500 tahun akhirat. kalau boleh buat soalan 4, soalan 5 adalah sangat senang

6) sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya. jadi kena kira berapa kali jumaat dalam satu tahun masihi sebab hanya tahun masihi sahaja yang ada tahun lompat. jangan jupa dalam setahun ada 4 kali jumaat dalam bulan ramadan.

jadi demi mengalakan kanak-kanak malaysia  dan orang – orang malaysia terutama orang melayu menjawap soalan ni, maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku akan bagi DUIT RAYA bagi sesiapa yang boleh menjawap 6 soalan tersebut. satu soalan RM 50 sahaja. jadi semua sekali 6 X 50 = 300 ringgit

kalau boleh siap bagi jalan kerja. nanti aku akan semak dengan pakar matematik di universiti di malaysia. kalau betul baru aku akan bahagi. payah-payah tanya kat cikgu aku kat sekolah dato sri amar diraja.

Nafsu lelaki dikunci oleh perempuan???

Posted on Jun 29th, 2009 in Agama by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

kadang kala aku terfikir boleh ker nafsu lelaki dikunci, kiranya walaupun perempuan tu sangat seksi, dia punya … masih tak naik-naik

dalam sejarah, pada zaman nabi ibrahim. ada sekali nabi ibrahim dan isteri nak masuk satu negeri tapi ditahan oleh orang-orang suruhan raja kat situ. rasanya sepanjang ingatan aku laa, nabi ibrahim nak pergi berdakwah satu tempat tapi kena lalu negeri tersebut

jadi raja bagi syarat kalau nak lalu, kena tinggal isterinya kat istana. tapi semua sedia maklum yang raya ni kaki perempuan, pantang lihat perempuan cantik. oleh kerana tu terpaksalah nabi ibrahin tinggalkan isterinya dan bertawakal kepada Allah

dipendekkan cerita, asal raja nak sentuh aje isteri nabi ibrahim,  jadi kaku. kemudian raja tu janji tak buat lagi. lepas aje isteri nabi ibrahim berdoa kepada Allah supaya pulihkan raja tersebut, raja tu mungkir janji dan sekali lagi jadi kaku sehingga beberapa kali sampailah kali yang …

lepas nabi ibrahim kembali, raja tersebut pun hadiahkan hamba perempuan kat nabi ibrahim. rasanya raja tersebut dah bertaubat sebab dah kaku banyak kali kot

jadi dari peristiwa di atas sebenarnya menunjukkan bahawa perempuan ada cara nak kawal nafsu lelaki terutama kalau peringkat kena rogol. cuba ko orang perempuan bayangkan, asal lelaki nak cuba sentuh ko orang, badan dia orang jadi kaku. tinggal mulut aje boleh bercakap. nak sentuh disini maksudnya cuba nak rogol laa.

ko orang hanya baca doa apabila nak lepaskan aje lelaki tersebut bukan baca doa sebelum dia orang nak rogol ko orang. mungkin tu lebih baik kot sebab masa kena tangkap, fikiran ko orang tengah panik. manalah sempat nak baca apa-apa kan kan kan :D

tapi bagaimana bapa bagi seorang anak perempuan nak jaga anak dia dari dirogol secara sukalera (istilah undang-undang malaysia, zina di bawah umur dikira rogol) , boleh ker kaedah di atas digunakan???

jadi bayangkan ko orang lelaki sebagai bapa, boleh ker kaedah tersebut digunakan pada hal tahap iman anak perempuan kamu sedang turun mendadak?

adalah Allah dengan izinNya boleh cegah dari berlakunya zina dengan membekukan teman lelaki anak perempuan kamu???

mungkin orang akan bertanya kepada aku, ko tahu ker apa doa yang dibaca oleh nabi ibrahim atau isterinya sampai raja tu boleh jadi kaku???

jawapannya adalah …

syarikat wakaf malaysia

Posted on Jun 29th, 2009 in Agama,Ekonomi by Amin007

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

ini adalah respon kepada blog ni – http://www.pakdi.my/blog/cerita-open-tender/

aku ada komen balik pada pakdi ayatnya macam di bawah.

pakdi kata “Memandangkan kos penyelenggaraannya tinggi, barangkali satu konsep syarikat waqaf berhad perlu diterokai untuk menggantikan konsep penswastaan yang diamalkan dalam perkara-perkara yang Islam sebut sebagai harta awam atau harta orang ramai ini.Saya pernah tulis secara umum pasal konsep syarikat waqaf berhad ini dalam post ini.”

syarikat wakaf??? habis dividen tu bagaimana nak bagi?
kalau dah wakaf, kita dapat pahala
namun syarat yang penting, perkhidmatan kena percuma laa

duit zakat banyak namun agak payah juga kalau ditakdirkan melabur dalam syarikat wakaf
atau kwsp ker pnb berminat nak melabur dalam syarikat wakaf
namun pulangan dari segi duit tu yang agak payah juga
nak menarik perhatian dia orang

tapi kalau semua perkhidmatan kerajaan dibayar dari syarikat wakaf ni, mahu ker kita letak duit dalam syarikat ni???
berapa banyak yang sanggup kita laburkan???

kena ingat kalau melabur di syarikat wakaf, takde dividen. cuma pahala aje kan kan kan

pakdi, kalau tak silap aku laa. ada 2 badan yang kendalikan harta wakaf
1) jabatan agama islam
2) anak syarikat JCORP – johor punya laabukan ker Johor ada keluarkan amanah saham wakaf. tapi aku masih belum melabur sebab kurang jelas tentang konsepnya. mungkin ni akan jadi asas nak buat
syarikat wakaf

tapi kalau perangkaan nak ambil data dari syarikat ni, macam mana nak kira taraf sah??? besar kemungkinan diletak bawah pertubuhan yang tak membawa keuntungan.

kalau nak contoh satu syarikat tak bawa keuntungan, rasanya ada satu syarikat yang slogannya “sama beramal sama beruntung” kalau tak silap laa hehehe :D . ala yang buat sabun mandi, pakaian dan sebagainya. jadi keuntungan tu dibagi terus kepada badan kebajikan. dengan kata lain badan kebajikan ini jadi pemegang syer laa.

apa pun mungkin kena perbincangkan lagi tentang konsep syarikat wakaf ni yer

biasanya wakaf banyak orang faham adalah masjid, rumah anak yatim dan sebagainya. jadi bagai mana intitusi tersebut dapat dana adalah dengan kutipan derma. kalau yang advance jual barang, lepas tu untung masuk dalam intitusi berikut. ada juga yang jual meja, ribu-ribu pulak tu satu meja. tapi meja hotel laa. sanggup hotel tu jual meja untuk intitusi tersebut hehehe.

sekarang yang aku nampak amanah saham wakaf johor. cuma bagi duit aje dalam saham ni, tapi dapat dividen pahala aje laa. duit tak dapat sebab konsepnya wakaf. aku tak pasti sama ada UZAR ada komen pasal syarikat wakaf malaysia atau pun amanah saham wakaf johor.

katalah kita nak wakafkan elektrik, air, jalan raya. jadi kita perlukan kemasukan pelaburan yang besar. kalau setiap seorang rakyat malaysia melabur RM 12 setahun, adalah cukup nak cover kos dalam pengurusan???. jadi mahu tak mahu kwsp atau pnb atau bank-bank islam kena suntik modal dalam ni.

tapi masalahnya ni syarikat wakaf, dah masuk duit mana boleh ambil dividen kan kan kan. aku tak fikir duit zakat boleh disuntik dalam syarikat wakaf sebab zakat kena bahagi kat orang bukannya syarikat.

cuma bank-bank islam mungkin boleh gunakan kaedah derma dalam syarikat wakaf ni. tapi nak ker kwsp dan pnb nak derma keuntungan dia orang???

namun jika ada peluang ….

bersambung …

« Laman Sebelumnya