awek idaman amin ledang episod 1
adapun pun pada dulu kala (zaman kecil-kecil) seorang budak bernama Amin suka baca buku cerita. antara buku cerita yang budak ini suka adalah yang berbentuk penyiasatan bersiri. habis buku-buku di perpustakaan awan johor cawangan muar dekat stadium muar sudah budak ini khatam. selepas itu buku-buku berbentuk sains pula dihadapnya.
oleh sebab itu Amin suka cerita filem james bond sebab dalam cerita ini ada ciri-ciri penyiasatan dan sains. cuma apa yang budak ini belum jumpa dalam perpustakaan tersebut adalah panduan cara-cara nak mengurat perempuan. amat susah hendak cari buku tersebut. kalau ada pun novel cinta, itu pun akak yang jaga perpustakaan tidak izin sebab belum ada kad dewasa. jadi terpaksa budak ini tunggu sampai dewasa.









