Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara
Bismilah. Sistem giliran nombor bank.

Melihat nombor naik di public bank.

Pelik sikit kenapa sistem cakap bahasa melayu walaupun di sini ramai orang cina. hello

Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara
Bismilah. Biasa kita jumpa soalan ada orang mahu sorokkkan fail js dan css dari pandangan umum.

Antara jawapan-jawapan yang kita bagi adalah

1. JS dan CSS adalah pada client-side. Susah sikit mahu sorok. Kalau tekan F12 pun sudah nampak, inikan pula kalau tengok source code.

2. Macam mana kita mahu elak orang tekan F12 pada browser / pelayar web masing-masing?

3. Macam mana kita mahu elak orang cetak page di kertas dan atas skrin?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara
Bismllah. Buat aturcara dalam php agak senang sikit.

Guna html5, css3 dan bootstrap twitter sudah boleh masuk telefon pintar yang biasa-biasa.

Cuma kalau hendak pertimbangkan guna APK, macam kena belajar android hardcore punya.

Boleh ker guna editor ide macam notepad++ atau gedit untuk android? hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #harga #kualiti
Bismilah. Harga VS Kualiti.

Ada pelanggan memang ingin cari harga yang paling murah kerana peruntukan belanjawan yang rendah.

Kita pula caj pelanggan ikut sejauh mana kita sanggup buat pada kualiti yang minimum.

Pesaing marah sebab kita potong harga, katanya kacau harga pasaran.

Jadi macam mana kita ingin hasilkan barang/perkhidmatan pada harga yang patut untuk pelanggan, kita dan pesaing?

Ikutkan dalam bab ekonomi, keluk permintaan melibatkan kita dan pelanggan sahaja.

Untuk supaya pesaing tidak terasa hati, kita boleh cakap dalam bmc kita ada buat Customer Segment atau Segmen Pelanggan.

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #google #kawan
Bismilah. Google sedikit sebanyak membantu kita mencari maklumat.

Ada kalanya google tidak bagi kita semua jawapan yang ada.

Jadi kita tanya kawan-kawan kita.

Namun kalau kawan-kawan kita bagi jawapan serupa dengan google?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir
Bismilah. Mencari hotel/homestay berdekatan Menara TM.

Amalan biasa kalau ada event, kita akan cari tempat bermalam yang paling dekat dengan event kalau tidak ada orang pergi kitalah.

Kalau cari dekat map google, dia suka-suka hati pilih hotel mahal.

Patut ke kita pilih yang ada kolam renang? hello

Post

#ceritaharisabtu #rnd #sensor #aquaponics
Bismilah. Sensor dalam elektronik.

Dari siang tadi tengah cari sensor untuk semak kualiti air dalam aquaponik.

Kira-kira tentang kos yang perlu dikeluarkan. hello

Post

#ceritaharirabu #bisnes #cina
Bismilah. Bila cina cuti raya.

Tadi singgah satu kedai runcit.

Grill tutup tapi pulas tombol buka.

Ambil botol air sambil bagi salam dalam bahasa inggeris aka hello.

Sudah bayar kita buka botol dan minum.

Kena halau sebab hendak tutup kedai.

Tidak tahu boleh hidup tidak selama 4 hari ini …. hello

Post

#ceritahariselasa #perisian #email
Bismilah.

Email yahoo kita dalam inbox ada 3637 yang belum dibaca.

PTS selalu tawarkan benda yang kita terlepas pandang.

Belum yang lain-lain.

Sudah filter pun masih lagi masuk inbox.

Kena cuti lama untuk filterkan email tersebut hello

Post

#ceritahariisnin #aturcara #programming
Bismilah. Rasanya hendak buat soalan terbuka

Boleh buat hastang #tanyaamintentangaturcara

Untuk 2 hari ini sahaja.

Ada hadiah misteri untuk soalan 10,20,50,60,80,90 hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #awek #staf #isteri
Bismilah. Staf atau awek atau isteri.

Ada orang boleh rapat gila dengan kita namun hanya sekadar hubungan kerja.

Ada orang cuba menghampiri kita serapat mungkin namun tidak cukup kuat mengoda kita.

Ada orang sesuai jadi calun isteri cuma kita bukannya bakal suaminya.

Ada orang cakap susah hendak bercakap dengan kita.

Well, kita bukan jenis yang suka bercakap.

Kalau bercakap pun banyak tentang programming.

Kiranya susah seseorang awek cuba hacking hati kita.

Apakah tanda kita sukakan seseorang?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #perisian #software
Bismilah. Ada kawan kita tanya kenapa kita tidak cuba menjual perisian jika kita pandai programming?

Kita jawap kita ada masalah bab sokongan perisian.

Kita manusia biasa, tetap ada kelemahan.

Buat perisian tapi ada lalat aka bug.

Hendak bunuh lalat kena ada duit yang banyak.

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #programmer
Bismilah. Bagaimana kita boleh jadi programmer yang baik?

Apabila kita mengadap komputer, kita tekan satu butang, harap dia ikut cakap kita.

Kalau ia tidak ikut cakap kita, ia sepatutnya keluar mesej amaran.

JIka tidak, kita boleh maki kalau hendak.

Kalau dia hendak jawap pun mungkin sebab mesej amaran dikeluarkan di pembesar suara.

Jadi adakah kita seorang programmer yang baik?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir
Bismilah. Skill menjual.

Kita ada masalah dalam bab menjual.

Mencari orang yang berbakat dalam menjual pun ada masalah.

Mencari orang yang boleh taat arahan kita pun masalah.

Tunggu duit banyak cari staf atau …

Berapa banyak kita sanggup rugi?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #untung #rugi
Bismilah. Untung rugi dalam berniaga.

BMC adalah salah satu kaedah kita merancang sebelum berniaga.

Tapi kalau sudah merancang pun, yang penting berani bertindak.

Rugi pasti untung belum tentu.

Jadi berapa yang kita sanggup rugi?

Bersambung … hello

Post

#ceritaharisabtu #luarkotak
Bismilah. Ada kalanya kita hadapi masalah luar jangka.

Jadi kalau ada sistem pun kita ada cara untuk selesaikan tugas ketika sistem turun aka down. hello

Post

#ceritaharisabtu #caralama #carabaru
Bismilah. Dulu bas suka pindah2 penumpang untuk cukupkan bas.

Sekarang undang2 melarang berbuat demikian.

Adakah di masa hadapan kita boleh pindah bas sesuka hati? hello

Post

#ceritaharisabtu #keskajian
Bismilah. Bas kadang kala ada kapasiti minima penumpang yang dibenarkan bergerak.

Hipotatis mengatakan kalau hanya 5 orang, akan dipindahkan bas yang ramai sikit.

Paling teruk masa bertolak lewat sikit.

Cuma kalau di tbs ada masalah sikit.

Rasanya apa? hello

Post

#ceritaharisabtu #rnd #aquaponik
Bismilah. Sudah tangguh projek ini selama 2 minggu.

Tunggu kanvas baru kot baru mula buat.

Ikutkan tengah cari bekas plastik lutsinar saiz tangki ibc.

Kita boleh nampak ikan berenang dan akar sayur dan pergerakkan air dari tangki ikan ke tangki sayur.

Kilang plastik di muar tidak pasti boleh buat. hello

Post

#ceritaharijumaat #jjcm #gombak
Bismilah. Sudah sampai rumah kawan punya kawan.

Rumah bujang katakan.

Betul2 ingatkan zaman pelajar dahulu.

Bilik hanya untuk tidur.

Tiada perabut hello

Post

#ceritahariselasa #perisian #kaumtua #kaummuda
Bismilah. Borang kertas vs borang online.

Dalam urusan pejabat kita biasa berjumpa dengan banyak borang perlu diisi.

Ada kalanya data diisi berulang-ulang kali.

Untuk pengetahuan dalam nombor kad pengenalan kita ada simpan 3 data utama iaitu tarikh lahir, jantina dan tempat kelahiran.

Biasa yang kita hadapi ketika tukar borang kertas ke borang online apa yang dalam kertas kena ada dalam online.

Pada hal dalam borang kertas boleh diringkaskan.

Cabarannya hendak yakinkan orang yang sudah lama guna format lama ditukar kepada format baru.

Guna format baru kena belajar balik, guna format lama senangkan kerja.

Tidak semua dalam kertas boleh dipindahkan dalam online.

Cabarannya adakah kita sanggup belajar semula isi borang online?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariselasa #perisian #orangtua #orangmuda
Bismilah. Penggunaan perisian antara orang tua dan muda.

Teknologi dalam perisian kian berkembang.

Orang muda cepat tangkap namun orang tua lambat tangkap.

Kenapa?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara
Bismilah. Tatasusunan dalam php.

Biasa kita lihat orang buat selepas arahan sql, dia akan guna mysql_fetch_array dengan cara yang salah.

Contoh 1.

Masalah yang biasa kita jumpa kalau buat macam ini, data dia keluar sekali sahaja, tidak banyak kali.

Cikgu kita ajar macam ini. Contoh 2.

Tapi memandangkan mysql akan dimatikan tidak lama lagi, kita cadangkan guna mysqli atau pdo. Contoh 3

query(“SELECT ‘Hello, dear MySQL user!’ AS _message FROM DUAL”);
$row = $result->fetch_assoc();
echo htmlentities($row[‘_message’]);

// PDO
$pdo = new PDO(‘mysql:host=example.com;dbname=database’, ‘user’, ‘password’);
$statement = $pdo->query(“SELECT ‘Hello, dear MySQL user!’ AS _message FROM DUAL”);
$row = $statement->fetch(PDO::FETCH_ASSOC);
echo htmlentities($row[‘_message’]);
?> hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #eropah #doktorumum
Bismilah. Sistem dan Kaedah :

Buku Doktor Umum Bab 30 – Orang Eropah – Karya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Banyak yang boleh kita tafsirkan tentang bab ini.

Adakah orang eropah baik atau jahat?

Apakah yang dikatakan baik?

Apakah yang dikatakan jahat?

Orang eropah dikatakan membina sistem dan kaedah tertentu.

Jadi semua orang boleh tiru buat-buat.

Contoh yang dibagi dalam buku tersebut adalah rumah bali dan rumah eropah.

Mana satu rumah yang senang dibuat?

Bersambung … hello

Post

#ceritahariahad #berfikir #mazhab
Bismilah. Berbeza pendapat.

Kita kata kita belajar dari Nabi Muhammad, guru yang sama.

Kita kata kita amalkan ahli sunnah wal jamaah.

Kenapa ada antara kita ada amalan yang berbeza?

Lepas itu kata ada 4 mazhab, semua betul.

Tapi kena pilih satu sahaja, kenapa?

Hari itu dalam twitter kena tegur tentang #ajl29 dalam bahasa inggeris.

Rasanya dia itu tidak ikut habis apa yang ingin kita sampaikan.

Hendak balas balik hujah kena tulis balik dalam bahasa inggeris.

Ah abaikan sahaja.

Kita dibenarkan berbeza pendapat namun tidak boleh paksa pendapat kita ke atas orang lain.

Kena cari cara macam mana mahu “hacking” pendapat kita atas orang lain.

Bersambung … hello

Post

#ceritahariselasa #aplikasi Bismilah. Pergi pasaraya cari parking susah. Akhirnya jumpa di c41 depan kedai basuh kereta. Kan best kalau beli tiket parking terus tahu parking kat mana hello

Post

#ceritahariisnin #aturcara #programming #harga #saham
Bismillah. Kalau kita google “get stock price in php”, akan muncul data dari yahoo finance.

Ikutkan mahu tarik data dari bursa saham tapi dia orang sudah buat pdf http://ift.tt/1uQHs2v

Tengok data berubah-ubah setiap kali laporan keluar.

Ini data pada 24 November 2014 untuk saham berkaitan teknologi.

1. 0051 Cuscapi Bhd
2. 7204 D&O Green Technologies Bhd
3. 4456 Dagang Nexchange Bhd
4. 8338 Dataprep Holdings Bhd
5. 5162 ECS ICT Bhd
6. 0118 ETI Tech Corporation Bhd
7. 0021 GHL Systems Bhd
8. 7022 Globetronics Technology Bhd
9. 0056 Grand-Flo Bhd
10. 0082 Green Packet Bhd
11. 5028 HeiTech Padu Bhd
12. 0166 Inari Amertron Bhd
13. 9393 Industronics Bhd
14. 5161 JCY International Bhd
15. 0143 Key Asic Bhd
16. 3867 Malaysian Pacific Industries Bhd
17. 5011 Mesiniaga Bhd
18. 0083 Notion Vtec Bhd
19. 9008 Omesti Bhd
20. 0041 Panpages Bhd
21. 7160 Pentamaster Corporation Bhd
22. 9075 Theta Edge Bhd
23. 5005 Unisem (M) Bhd
24. 0097 Vitrox Corporation Bhd

Kalau dia orang tidak bagi api data secara json atau xml, terpaksa kita mengodek data guna http://ift.tt/1D5alPh

Bersambung … hello

Post

#ceritaharijumaat #daribawahkeatas
Bismilah.

Kalau kita naik bas dari muar – melaka, nanti akan lalu merlimau.

Akan perasan dekat gereja ada benda alah ini.

Mungkin Tuan +Hasbullah Bin Pit tahu kot. hello

Post

#ceritaharijumaat #ikan #talapia #jadeperch
Bismilah. Dalam aquaponik biasa orang akan bela ikan talapia merah.

Mungkin sebab anak ikan senang dapat di kedai aquarium biasa.

Kita sudah test ikan talapia dalam air hijau selama 2 bulan sehingga pam aquarium terhenti beroperasi.

Yang berjaya hidup adalah dalam 10 ekor. Yang lain die in action.

Ikan lampam jawa awal-awal sudah mati. Tulang pun tidak jumpa dalam tong ikan itu.

Tahu-tahu hilang, sudahlah gelap.

Sekarang ini mahu ujikaji ikan jade perch.

Susah mahu cari di kedai aquarium.

Di malaysia baru diperkenalkan tahun lepas oleh jabatan perikanan.

Dia orang ada buat kajian sikitlah.

Kalau di luar negara, dikatakan ikan ini yang paling lasak.

Jadi kita mahu ujikaji di malaysia pula dengan keadaan yang lasak.

Benih anak ikan kata Tuan Mohd Khairi Abdullah boleh dapat di Hong Leng Aquatic di Kuang, Selangor.

RM 3 untuk 3 inci, boleh hubungi 019-213 9283.

KIta pula ada dapat sumber dari negeri sembilan.

Boleh hubungi Chen Kim To – 0136201877.

Kalau masa kecil 1 inci dalam RM 1.50

Cuma kita perlukan dana R&D sikit.

Bukan dalam bentuk duit, tapi bentuk barang/perkhidmatan.

Boleh pm kita untuk maklumat lanjut.

Sekian. hello

Post

#ceritaharijumaat #ajl29 #surah #fatihah
Bismilah. Minggu lepas kita ada cerita kenapa kawan kita suka baca surah fatihah berulang-ulang kali.

Jawapanya adalah dia baru masuk islam.

Memandangkan surah al-fatihah rukun dalam solat, terpaksalah dia menghafal surah al-fatihah.

Teringat dulu masa mula-mula dia menyatakan hasrat ingin memeluk islam.

Kelam kabut cari kawan tanya apa patut buat.

Kebetulan ada jemaah tabligh baru keluar berdekatan dengan tempat belajar.

Masuk islam sebelum solat margrib.

Ajar pergerakan dalam solat dahulu.

Bacaan dalam solat ajar lepas itu.

Semoga Allah ampunkan daku ajar solat tidak habis pada kawan daku. hello

Post

#ceritahariselasa #perisian #hacker #mas
Bismilah. Laman web mas kena pecah masuk?

Ada beberapa perisian hacker yang perlu digunakan untuk pecah masuk?

Ada kata orang dns kena keracunan.

Apakah itu DNS?

Bersambung …

p/s kalau hendak godek ilmu tersebut pengerasnya RM 2600 😀 hello

Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara #mvc
Bismilah. Model dalam mvc.

Ada beberapa istilah yang dia orang gunakan untuk terangkan konsep model dalam mvc.

Kita suka gunakan model kereta mainan dengan kereta betul.

Kereta besar = big data, kereta kecil = small data.

Tapi kenapa dalam mvc melayu, Model dinamakan Tanya?

Mungkin masa itu terbayang supermodel perempuan yang meragakan pakaian yang bernama … (biarlah rahsia)

Jadi Tanya tugasnya jadikan kereta besar kepada kereta kecil atau pastikan baju yang dipakai jadi fesyen dan boleh dijual.

Bersambung …

p/s susah betul terangkan istilah komputer dengan dunia sebenar hello

Post

#ceritaharijumaat #ajl29
Bismilah. Dengar lagu – bahagian 3.

Kita dapat tahu juara ajl29 pun dari laman sosial.

Tapi entah macam mana nama Tuan Afyan yang naik pula.

Mentang-mentang AJL juga bermaksud Akta Jualan Langsung.

Tiba-tiba Cikpuan Azizah Aling sebut tentang CALIPH BUSKERS – ROMAN CINTA.

Teringat pula prof yang matanya buta tapi jadi pakar rujuk ekonomi.

Bersambung … hello

Post

#ceritaharijumaat #ajl29
Bismilah. Dengar lagu – bahagian 2.

KIta suka dengar lagu secara percuma.

Tidak suka bayar duit semata-mata hendak dengar lagu.

Tidak suka beli album atau pergi konsert.

Dengar AJL seolah-oleh cakap “bagilah duit pada kami”

Kalaulah lagu boleh dibuat CC = Creative Commons.

Bersambung …

p/s mentang-mentang pejuang FOSS, semua hendak percuma!!! hello

Post

#ceritaharijumaat #ajl29
Bismilah. Dengar lagu – bahagian 1.

Kita ada pernah dengar dulu Nabi Muhammad S.A.W masa kecil-kecil dapat tahu ada hiburan di suatu tempat.

Semasa berjalan ke sana baginda terasa penat dan tertidur.

Selepas tersedar, dapat tahu yang tempat hiburan itu sudah bersurai.

Hari ahad lepas pun kita rasa penat dan tertidur.

Terlupa ada AJL29 di tv3.

Allah ingin selamatkan kita dari kelalaian?

Atau Dato Siti Nurhaliza tidak bertanding?

Bersambung … hello

Post

#ceritaharikhamis #tentangsaham
Bismilah. Tengah mencari duit untuk sedia masuk pasaran saham.

Tunggu dekat 7 tahun jugalah.

Harap2 saham indeks bawah harga rm 6 seunit hihihi hello

Post

#ceritahariselasa #tentangperisian
Bismilah. Kalau sudah ramai orang buat perisian yang sama, patut ke kita buat aplikasi yang sama juga?

Kalau pihak berkuasa membuat satu perisian dan mengarahkan kita menggunakan perisian tersebut.

Adakah kita masih boleh menbuat perisian yang fungsinya hampir sama dengan perisian tadi?

Kalau masuk KIK adakah dibenarkan atas masuk kreatif dan inovatif?

Namun kebanyakan kita jarang berkongsi database sahaja.

Kita suka suruh orang pakai perisian yang kita buat berserta data-data tersebut.

Membenarkan orang lain gunakan data yang kita kutip dengan UX/UI masing-masing sangat mengetarkan jiwa.

Google pun benarkan staf dia orang hasilkan beberapa aplikasi yang lebih kurang serupa tapi boleh berkongsi data yang sama.

Kenapa kita tidak boleh? hello

Post

#ceritahariisnin #naikbas
Bismilah. Tadi lalu depan the summit jumpa bas.

Tahan dari jauh.

Tiket cuma 80 sen.

Dengar macam 50 sen.

Kena tambah lagi 30 sen.

Rugi syiling hari ini. hello

Post

#ceritahariisnin #programming #aturcara
Bismilah usah percaya org akan hantar data yg betul melalui form. Pasang filter dlm php. Filter pada ux/ui biasanya boleh lepas. Setelah itu baru guna pdo atau mysqli utk db. hello