Arkib Kategori: wp

#ceritaharirabu #bisnes #surattanya Bismilah. Surat penat berniaga. Salam tuan. Saya segan mahu bertanya dengan puan ainon jadi tanya dengan tuan. Saya buka kedai dengan adik beradik selama 2 tahun. Jualan tidak seberapa malah terpaksa guna duit simpanan untuk beli stok. Saya mahu berhenti tapi adik-beradik mahu teruskan. Apa pandangan tuan? Jawapan : Kalau ikut apa yang kita tahu, pn ainon ada cakap tentang kapal titanic. Apa orang akan buat bila lihat kapal titanic tenggelam?

April 08, 2015 at 08:50AM

#ceritahariisnin #programming #aturcara Bismilah. Belanjawan dalam aturcara/programming. Tidak semestinya kita turun kl semata-mata ada projek training. Kita pun berbelanja belajar ilmu-ilmu baru. Ada sekali itu kawan kirim air liur beli barang2 komputer di loyat. Dia orang masih belum tahu kalau ikut jalan lain naik lrt/komuter/monoril kos perjalanan meningkat. Itu sebab kita biasanya minta duit dahulu baru kita beli sebab kita bukan buka syarikat spare part komputer yang beli harga borong. Namun kalau ada duit lebih baru kita beli, rasanya dalam RM 60 habis beli barang2 tersebut. Asal jumpa dia terus bagi barang tersebut dengan hutang sebab belum gaji lagi. Masa gaji minta jelaskan bayaran tapi dia minta resit pada hal resit sudah bagi dia. Dia hutang dekat kita, kita pula kena ingat hutang. Minta bayar RM 50 kira selesai hutang enggan bayar. Itu yang makan hati dengan kawan-kawan macam ini. p/s saya bukan baitulmal. #sakitnyadisini

April 07, 2015 at 12:22AM

#ceritahariisnin #programming #aturcara Bismilah. Belanjawan dalam aturcara/programming. Sudah lama kita tidak peruntukan belanjawan dalam buku. Buat masa sekarang banyak cari ebook sahaja. Buku yang paling banyak dan berulang-ulang beli adalah buku ini – http://ift.tt/1abpDaf Satu buku berharga dalam RM 25. Kalau 10 buah buku sudah RM 250. Ada beberapa buku kita bagi pinjam namun masih belum dipulangkan lagi. Suruh ganti balik harga asal masih belum berbayar lagi. Tahu tak kita menyimpan setiap bulan dalam beberapa bulan demi dapat beli buku ini secara banyak? Ini ada orang mahu buat training tentang php asas dan pertengahan. Di mana kita mahu mencari duit membeli buku ini kalau kita tidak menyimpan setiap bulan? p/s kita bukan baituimal. #sakitnyadisini

April 07, 2015 at 12:02AM

#ceritahariisnin #programming #aturcara #bajet Bismilah. Belanjawan dalam aturcara/programming. Kos belajar aturcara/programming sangat mahal. Ada kalanya mencecah RM 1000++ sehari ke dua hari. Ada kalanya terpaksa ambil cuti lama sedikit. Jadi kalau tertengok dalam akaun simpanan kita macam banyak, itu maksudnya kita sedang mengumpul duit untuk belajar benda baharu. Atas sebab itu kita caj orang belajar programming RM 200 sehari. Orang cuba tawar menawar yuran pun kita tolak. Sudah lama tidak mengambil pelajar/student baru. Agak memilih sedikit selepas peristiwa lepas. p/s saya bukan baitumal. #sakitnyadisini

April 06, 2015 at 11:42PM

#ceritahariisnin #programming #aturcara Bismilah. Belanjawan dalam aturcara/programming. Allah sahaja yang tahu berapa kita peruntukan belanjawan/bajet dalam bab belajar benda baru dalam aturcara/programming. Namun kita juga ada hati dan perasaan. Kawan-kawan dalam kesusahan dalam belanja harian meminta geran tambahan dari kita yang naik basikal hari-hari. Sekali dia orang pusing ayat, habis belanjawan kita mahu belajar benda baru. Harapan untuk menuntut balik geran yang dapat? Tidak mengapa kita akan tuntut balik di akhirat kelak. Surat perjanjian hutang akan kita bawa bersama dalam kubur. Perintah Allah tentang hutang pasti kita taat dengan membuat surat hutang yang baru. p/s esok mahu kemaskini surat hutang dalam dompet.

April 06, 2015 at 11:12PM

#ceritahariisnin #programming #aturcara Bismilah. Mengajar orang lama tentang programming/aturcara. Ada sekali itu orang lama baya bapa kita ingin belajar buat website dari asas. Jadi kita bawa buku html asas dan ajar dia guna notepad sahaja. Selepas 8 jam, dia menyerah kalah dan terus upah kita buatkan website untuknya. Kita cakap kita tidak ambil upah website dan bagi nombor kawan-kawan kita. Harap lepas itu dia tidak tawar menawar tentang harga website lagi, Bersambung …

April 06, 2015 at 10:32PM

#ceritaharijumaat #tanya #pnainonmohd Bismilah. Soalan kepada Pn Ainon Mohd. Ikutkan kita sudah tanya perbagai soalan kepada beliau dalam satu kursus tahun lepas. Orang lain ada 3 hari namun kita ada 2 hari. Dapat tanda tangan beliau pada satu buku sudah cukup bagi kita. Sekarang tengah cari anak murid beliau seorang demi seorang untuk berguru. Kita tahu 2 hari tidak cukup untuk digelar anak murid pasal dropout kelas awal. Jika ada peluang mahu pergi Janda Baik bawa khemah sekali. Mungkin mahu cari peluang bisnes ikan air tawar pula. Bersambung …

April 03, 2015 at 10:08PM

#ceritaharikhamis #pelaburan #orangtua Bismilah. Pelaburan untuk orang-orang tua. Biasanya mereka agak lambat menerima teknologi. Jadi kalau mereka mula membeli pelaburan seperti telefon pintar, dia aka cari tuan guru. Orang muda macam kita jadi mangsa. Mahu ajar facebook, instagram dan sebagainya satu hal. Ajar berbisnes dalam itu satu hal. Buka kelas belajar facebook tapi dapat nexus percuma. Yurannya dalam RM 3,000 seorang Bersambung …

March 26, 2015 at 07:52PM

#iklan Bismilah. Tanya soalan yang betul. Pada kebiasaan kita akan bertanya “Boleh tak …” Ini menyebabkan kemungkinan 50% mereka akan menjawap “Tidak”. Kita boleh bertukar ayat dengan “Adakah boleh …” Mereka akan berusaha sedaya upaya akan cuba jawap soalan kita tanpa guna ayat “Tidak”. Namun kalau dalam sejuta kalau ada seorang yang masih berani menjawap “Tidak boleh” Apa yang kita boleh buat? Bersambung …

March 17, 2015 at 08:51PM

#ceritahariselasa #perisian #kawan Bismilah. Kita agak memilih kawan walaupun dalam facebook. Kalau orang itu kenalkan nama dan apa yang dia buat, kita senang hendak kategori. Ini sudahlah tiada kawan atas kawan, kenal nama pun tak dalam profil. Gambar lagilah jauh. Kalau di luar pun sesiapa yang terjumpa kita di mana-mana dan hendak “add” kita dalam facebook, kita luluskan dengan segera. Dalam tempoh 30 saat, itu pun kalau telefon pintar ada bateri dan kredit :D Perasaan kita pada mereka yang suka-suka “add” orang tanpa bertegur sapa umpama jumpa kita di tengah jalan dan halang kita dari pergi mana-mana. Rupanya hendak berkawan dengan kita … Bersambung …

March 17, 2015 at 08:21PM

#ceritahariisnin #programming #aturcara Bismilah. Ilmu vs kos. Biasanya orang yang mahir programming ada kalanya bukan datang dari bidang ict. Dia orang jadi mahir sebab hari-hari mengadap benda yang sama. Cuma nasib tidak baik kerja hakiki bukan bidang ict. Orang seperti ini akan menjadi harapan ketua kalau ada keperluan bangunkan perisian dalam organisasi. Ketua akan mainkan emosi orang ini supaya tetap dalam organisasi. Cuma … Bersambung …

March 16, 2015 at 04:19PM

#ceritahariahad #berfikir Bismilah. Tulis vs fikir. Zaman kecil kita banyak berfikir. Kurang menulis sebab tulisan kita ayam pun pening hendak baca. Tulisan paling baik semasa menulis surat cinta kepada seseorang. Lebih 300 patah perkataan. Walaupun gambar mewakili 1000 perkataan, kita masih suka menulis. Namun kalau tulisan kita dibukukan, ada sesiapa yang sudi membacanya? Yang menulis rencana pun masih tidak berani hubungi pihak majalah PC. Bersambung …

March 15, 2015 at 06:29PM