Patutkah daku meminjam lagi?
Sekarang ini sedang berkira-kira hendak beli laptop baru. Kalau ikut emosi macam hendak ambil asus siri games punya yang ada 4 usb. Lepas itu hendak ambil samsung tab galaksi s.
namun …
Sekarang ini sedang berkira-kira hendak beli laptop baru. Kalau ikut emosi macam hendak ambil asus siri games punya yang ada 4 usb. Lepas itu hendak ambil samsung tab galaksi s.
namun …
teringat di masa lalu masa mula-mula jadi amatur di bidang ini
banyak tak tahu. dah baca buku pun masih tak faham.
akhirnya pergi ke UiTM untuk belajar. fahamlah sikit-sikit lepas tu.
pantang sahaja dengar ada kursus, terus nak pergi.
banyak belanja untuk buku, kursus dan sebagainya
kini sudah sampai level pentengahan. banyak permasalahan mereka yang amatur dapat daku atasi
hasil dari pengalaman. daku juga bantuan dari rakan-rakan bidang ini jika daku ada masalah juga.
boleh kata ramai juga peminat-peminat terutama awek-awek cun.
nama daku sudah jadi terkenal dalam bidang ini.
namun kini daku ingin beralih kepada profesional.
tengah melobi kelab2 yang elit dalam bidang ini.
sudah hantar permohonan, cuma tunggu jawapan.
adakah daku akan berjaya??? tunggu …
calon suami? adakah daku bersedia jadi seorang suami? masih tertanya-tanya dalam hati. adakah perangai daku mengambarkan keadaan demikian rupa.
daku suka membaca blog yang bercerita soal ini, antaranya
adapun pun pada dulu kala (zaman kecil-kecil) seorang budak bernama Amin suka baca buku cerita. antara buku cerita yang budak ini suka adalah yang berbentuk penyiasatan bersiri. habis buku-buku di perpustakaan awan johor cawangan muar dekat stadium muar sudah budak ini khatam. selepas itu buku-buku berbentuk sains pula dihadapnya.
oleh sebab itu Amin suka cerita filem james bond sebab dalam cerita ini ada ciri-ciri penyiasatan dan sains. cuma apa yang budak ini belum jumpa dalam perpustakaan tersebut adalah panduan cara-cara nak mengurat perempuan. amat susah hendak cari buku tersebut. kalau ada pun novel cinta, itu pun akak yang jaga perpustakaan tidak izin sebab belum ada kad dewasa. jadi terpaksa budak ini tunggu sampai dewasa.
setelah merancang selama sebulan, akhirnya berjumpa juga dengan seseorang di klcc. perancangan awal akan terus pergi ke “kolam binatang”. awal pagi sabtu set jam bangun pukul 7.15 pagi tapi bangun dekat pukul 9.00 pagi. terasa lapar lalu pergi ke dapur. makan apa yang ada, lepas itu sms kepada orang tersebut yang saya mungkin sampai lewat sikit sebab baru bangun tidur. setelah bersiap alih-alih hujan sudah turun.sedih rasanya namun hujan turun sebentar sahaja. setelah itu, pergi menunggu bas henti-henti di jalan utama tanjung agas. dekat pukul 10.00 pagi baru bas sampai. antara tanjung agas ke bentayan tambangnya RM 1.00.
setelah sampai saya terus berjalan ke kaunter tapi pelik tak ada orang sambut saya hehehe. ingat engkau itu orang besar ker ada orang sambut??? tapi biasanya ada orang sambut huhuhu. akhirnya saya naik bas mayangsari pada pukul 10.30 pagi. masa perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit. apa lagi tidurlah dalam bas tersebut.
tapo kerepek dah kawin. tinggal musa dan saya. tak tahu siapa yang akan habiskan zaman bujang dahulu. dulu saya punya plan, dah kerja setahun saya akan cari seorang awek untuk dijadikan isteri. tapi rasanya dah 2 tahun ini masih tak jumpa hajat di hati mencari bakal isteri . duit dikumpul untuk belanja perkahwinan masih tak cukup. tiba-tiba kena bagi mak buat belanja. nampak gaya saya kena buka satu akaun khas supaya mak saya tak tahu yang saya ni ada duit huhuhu
saya ada tanya tapo kerepek berapa dia punya belanja, namun dia bagi tahu adalah dekat …
dulu kat zaman persekolahan, saya tak beberapa minat nak mengurat rakan sebaya/sekelas walaupun rakan sebaya/sekelas cun gila. saya lebih berminat nak mengurat perempuan yang lebih muda dari saya.
teringat kali pertama jatuh hati, kalau tak silap darjah 5 sekolah agama di sekolah kebangsaan bakri batu 2. tertarik kepada seseorang tak pasti kenapa hati ini suka dekat dia. ada sesuatu dalam diri dia yang tiada pada orang lain namun …
mesti anda semua nak tahu kenapa dalam facebook nama saya bertukar daripada abdul muhaimin kepada amin ledang???
ikutkan facebook tak benarkan guna nombor dalam nama, jadi terpaksa pilih huruf juga.
kenapa ledang jadi pilihan???
antara nak bagi pinjam atau bagi terus, saya suka bagi terus duit. kira macam sedekah laa. ialah orang dalam kesusahan, kita patut bagi sedekah bukannya pinjam duit siap tambah bunga.
berikut gaji saya bulan 2 tahun 2010
| gaji pokok | 921.71 |
| imbuhan tetap kidmat awam | 115.00 |
| bantuan sara hidup | 200.00 |
| bantuan sewa rumah | 180.00 |
| jumlah pendapatan | 1416.71 |
| kwsp pekerja | 157.00 |
| ypeim | 5.00 |
| angkasa | 205.00 |
| asb | 50.00 |
| tabung haji | 50.00 |
| jumlah potongan | 467.00 |
| gaji bersih | 949.71 |