salam idulfitri pada 20.09.2009

Posted on September 19th, 2009 in 1Malaysia,Personal by Amin007

ini adalah pantun raya

tepi sungai ada jeti
tunggu sampan sampainya belum
ingin bertanya di dalam hati
dah ada yang punya ke belum

eh silap pulak ini pantun mengurat anak dara orang semasa beraya nanti

riang ria dihari raya
buluh ditebang buat pelita
salam lebaran dari saya
ampun maaf jua kupinta

diskaun atau percuma bagi tol raya

Posted on September 12th, 2009 in 1Malaysia,Matematik by Amin007

kadang kala aku lihat orang samggup berkempen sampai kat tempat laluan kutip tol. siap bagi beg yang diisi dengan berbagai benda. buat pertama kalinya PLUS akan bagi diskaun sebanyak 20%

tapi aku rasa masih tak cukup lagi, kenapa? sebab …

dakwah dalam filem/drama/lagu

Posted on September 10th, 2009 in 1Malaysia,Agama by Amin007

adapun islam berkembang sebab sahabat sanggup berkorban demi islam. merantau ke tempat yang jauh-jauh hatta di tempat yang tak tahu bahasa apa pun. namun sekarang sains dan teknologi berkembang pesat. ramai menggunakan media seperti tv, radio serta internet atas maksud berdakwah.

tapi adalah anda faham akan maksud dakwah???

soal jawab sebat peminum arak di 1malaysia

Posted on September 6th, 2009 in 1Malaysia,Agama by Amin007

adapun soalan datang dari sini

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/menyambut-merdeka.html

jawapannya pulak datang dari sini

http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/

http://saifulislam.com/?p=6615

http://saifulislam.com/?p=545

tapi adalah sudah terjawap persoalan???

tersirat di sebalik tersurat

Posted on Ogos 11th, 2009 in 1Malaysia,Agama,Bahasa by Amin007

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

kenapa PM tak dengar rintihan rakyat malaysia

Posted on Julai 13th, 2009 in 1Malaysia by Amin007

berikut adalah 11 hadiah dari PM

  1. Diskaun tol -> Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
  2. Rumah rakyat -> 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
  3. Lesen penjaja -> Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.
  4. Permit teksi -> 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.
  5. Cegah jenayah -> Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.
  6. Daftar kelahiran -> Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.
  7. Jalan luar bandar -> Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
  8. Bekalan air dan elektrik -> Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
  9. Latihan motosikal -> Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.
  10. Tambah peruntukan -> Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.
  11. Unit amanah -> Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.
« Laman Sebelumnya