iphone atau pda

Posted on Januari 8th, 2010 in Ekonomi,Komputer by Amin007

saya ingat nak upgrade handset saya pada tahap yang baru. nak cuba cari yang tahan lasak. jenis baling ke atas tak pecah hehehe. boleh buat panggilan dalam kapal selam.

saya ada dengar berita yang jabatan perangkaan malaysia akan guna pda untuk ambil harga barangan/perkhidmatan untuk pungutan harga pengguna. saya ada syor pada boss pakai laa iphone hehehe. jadi kalau jabatan perangkaan malaysia pakai iphone, saya tahu ada seorang yang boleh buat aplikasi dalam iphone. orangnya adalah …

baki duit pada 1 januari 2009

Posted on Januari 3rd, 2010 in Ekonomi,Matematik,Personal by Amin007

adapun tabiat saya suka simpan duit kertas dalam buku agar bila masa terdesak boleh pakai. buku apa yang dijadikan tempat simpanan biarlah rahsia huhuhu. nanti tak pasal-pasal ramai orang nak pinjam buku kat perpustakaan mini saya hehehe. berikut adalah jumlah simpanan duit-duit saya di dalam buku juga di dalam botol

gaji saya bulan 11 dan kadar zakat tahun ini

Posted on Disember 17th, 2009 in Agama,Ekonomi,Matematik by Amin007

berikut gaji saya bulan 11. bulan 10 punya slip gaji entah campak kat mana hehehe

gaji pokok 921.71
imbuhan tetap kidmat awam 115.00
bantuan sara hidup 200.00
bantuan sewa rumah 180.00
jumlah pendapatan 1416.71
kwsp pekerja 157.00
ypeim 5.00
angkasa 197.00
asb 50.00
tabung haji 50.00
jumlah potongan 459.00
gaji bersih 957.71

status hutang semasa

Posted on Oktober 13th, 2009 in Ekonomi by Amin007

berikut adalah baki dua hutang terbesar saya

Baki Bank Rakyat: 20,473.00
Baki Pinjaman Pelajaran Mara : 28,111.00

berikut adalah kiraan kalau nak bayar dalam masa 5 tahun
bermula dari tahun hadapan

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Posted on Oktober 13th, 2009 in Agama,Ekonomi by Amin007

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.

status gaji aku bulan 9

Posted on Oktober 8th, 2009 in Ekonomi,Matematik by Amin007

dalam slip gaji aku bulan 9, ada ditunjukkan pendapatan dan potongan. jadi jumlah terperinci

pendapatan
gaji pokok = 921.73
imbuhan tetap khidmat awam = 115.00
bantuan sara hidup = 200.00
bantuan sewa rumah = 100.00

potongan
KWSP = 157.00
YPEIM = 5.00
Angkasa / Bank Rakyat = 197.00
ASB = 50.00
Tabung Haji = 50.00

jadi jumlah pendapatan – potongan = gaji bersih
1416.71 – 459.00 = 957.71
kalau saya nak simpan 30% dari baki gaji bersih, berapa yer???

klik dan bayar

Posted on September 25th, 2009 in 1Malaysia,Ekonomi by Amin007

ikutkan antara banyak-banyak iklan di internet, saya lebih berminat nak letak google adsense dari nuffnang. tapi memandangkan google adsense dia memilih bahasa inggeris dari bahasa melayu, maka terpaksa saya letak nuffnang dalam blog ini dan website rasmi saya http://www.amin007.org.

tapi ada kalanya terfikit juga apa yang membuat orang akan klik iklan nuffang itu yer? anda rasa macam mana?

apa itu bank masa depan

Posted on Ogos 22nd, 2009 in Ekonomi by Amin007

di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.

namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.

jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi :D

apa itu sistem

Posted on Ogos 18th, 2009 in Ekonomi by Amin007

saya suka bagi tahu dekat orang yang ingin belajar buat sistem dengan saya mengunakan php, matlamat dari sistem yang dibina adalah kita dapat selesaikan masalah orang. kalau kita buat sistem tapi masalah masih tidak selesai, orang tidak akan guna sistem yang kita bina.

nilai tambah

Posted on Julai 13th, 2009 in Ekonomi by Amin007

hanya dalam perangkaan aje aku baru jumpa istilah nilai tambah. secara asas laa nilai tambah bermaksud output tolak input. berikut adalah petikan makna dari internet.

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »