hendak kira inflasi

Posted on September 21st, 2010 in 1Malaysia,Bahasa,Ekonomi by Amin007

ketika sedang ambil harga di suatu tempat di muar, ada amoi tanya untuk apa saya ambil harga ini, jawapan saya adalah  “nak kira inflasi”. kawan dia cakap “inflasi tu apa”, kawan dia cakap dekat dia “inflasi tak tahu kah”. lepas tu dia terangkan dalam bahasa cina. lepas tu kawan dia yang lain nyampuk “waa, saya tak faham”

bahasa sms baik atau buruk

Posted on April 6th, 2010 in Bahasa,Komputer by Amin007

saya rasa isu sama ada bahasa sms baik atau buruk banyak diperkatakan orang. sampai Puan Ainon sendiri dedahkan kandungan surat orang minta kerja kosong dekat PTS kalau tak silaplah. sampai ustaz hasrizal pun ada komen dalam blognya

namun saya rasa tahap kesabaran melayan kerenah mereka yang guna bahasa sms dalam forum adalah serupa menunggu gunung berapi meletup sahaja. antara ayat-ayat yang menyakitkan hati seperti berikut

cakap betul tempat salah

Posted on September 6th, 2009 in Agama,Bahasa by Amin007

saya masih ingat lagi, masa itu dato siti nurhaliza binti tajuddin menang pertandingan di mtv singapura. ayat yang mula-mula dato siti nurhaliza ucapkan Alhamdulillah. jadi masa itu saya menjadi kaget sekejap. bukan apa cakap dato siti nurhaliza betul tapi diucapkan di tempat yang salah iaitu di pertandingan mtv. ialah maksud Alhamdulillah adalah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. jadi dato siti nurhaliza yang kita sayangi walaupun dah kawin dengan dato k buat satu perkara

cakap yang betul di tempat yang salah

tersirat di sebalik tersurat

Posted on Ogos 11th, 2009 in 1Malaysia,Agama,Bahasa by Amin007

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

Bahasa Melayu Tinggi

Posted on Julai 20th, 2009 in Bahasa by Amin007

pada kebiasaannya apabila saya masuk forum atau blog, saya suka guna bahasa melayu penuh. sampai ada orang berkata kepada saya ketika dia melihat saya asyik menulis ayat-ayat pada satu forum komputer “ala guna aje bahasa sms atau shortcut, orang faham laa“.

kenapa aku tulis dalam bahasa melayu

Posted on Julai 7th, 2009 in Bahasa by Amin007

ikutkan banyak-banyak iklan aku suka google ads sebab dia pakai teks. aku cubalah daftar dalam google ads tapi sekali dia orang email kat aku dia nak dalam bahasa inggeris daa. ada pun aku suka berfikir dalam bahasa melayu. jarang laa aku berfikir dalam bahasa inggeris ker arab ker. lagipun banyak idea-idea kreatif dan inovatif aku terhasil dari pemikiran dalam bahasa melayu. paling tidak pun aku akan guna bahasa rojak iaitu melayu campur inggeris.

jadi sebarang pendapat aku kat sini akan aku tulis dalam bahasa melayu yang biasa aku cakap laa. berfikir dalam bahasa inggeris amat menyukarkan aku. tu pasal banyak istilah ekonomi aku cuba cari terjermahan dalam bahasa melayu. nak cari kod industri pun aku rujuk bahasa melayu punya. apa tah lagi kod barangan dalam sektor pembuatan.

hatta dalam bahasa pengaturcaraan pun aku banyak guna bahasa melayu. kebanyakan kawan-kawan aku pening tengok kod php aku dibuat dalam bahasa melayu hehehe terutama dalam bab pembolehubah/pemcam, nama fungsi dan juga kelas. tapi amin macam mana ko boleh ingat senarai kata kunci php???

tu laa macam mana pun ko orang kena faham logik. php adalah terbitan dari c,c++ dan juga java. lagipun bahasa inggeris yang digunakan adalah tahap asas, serupa guna bahasa inggeris dalam windows xp. bahasa inggeris asas kena tahu laa serba sedikit, tapi ko orang kena fikir dalam bahasa ibunda ko laa. melainkan sejak kecil mak bapak ko cakap inggeris ker arab ker, tu lain cerita laa. tu terpaksa fikir dalam bahasa arab/inggeris semasa nak buat kod php hehehe tapi ko dah biasa kan.

kadang kala semasa mengajar php, aku suka guna bahasa melayu, saja nak sakat pelajar aku tu. faham tak apa yang di ajar. aku pun dalam proses nak kayakan perbendaraan kata dalam bahasa melayu serta inggeris serta arab. ada pun terdapat perbezaan makna yang ketara ketika nak fahamkan konsep bahasa inggeris dalam lingkungan bahasa melayu. tapi apa yang aku perasan bahasa inggeris ni kalau nak amalkan, dalam lingkungan bahasa melayu boleh dianggap kurang ajar.

ialah bahasa inggeris i and you, bahasa melayu saya,aku,anda, kamu, engkau. dari segi tatasusila, i and you mewakili aku dan engkau dalam bahasa melayu pada pendapat aku laa. tapi biasanya untuk panggilan nama ni aku akan guna panggilan yang biasa orang panggil kepada seseorang laa. melainkan nama pendek orang tu I, aku lebih suka orang panggil nama aku amin dari muhaimin atau abdul atau aimin. tu pasal tanda nama aku letak perkataan amin