Semua kiriman oleh Amin007

Personal PHP Coach. mengajar komputer, programming dan Blog. harga berpatutan, Perbagai pakej. jumpa saya di http://www.amin007.org Tanjung Agas, Ledang, Johor · http://jangkaan.name.my/blog

kenangan bercuti di selangor

adapun pada haribulan 25 disember 2009, saya telah pun pergi ke rumah kawan lama saya di bangi selangor. tujuan ke sana sebabnya ada seorang kawan perempuan yang saya kenal di internet ajak saya pergi kenduri rumah dia di banting selangor. saya pun suruh kawan saya jemput kat hentian serdang PLUS dekat upm.

semasa balik ke rumah kawan lama saya ni di bangi selangor, kawan lama saya ini tanya dekat saya “ko ni biar betul-betul nak pergi banting, ada apa kat sana??? ” saya cakap “ada kawan internet ajak aku pi kenduri rumah dia”. dia cakap “lelaki ker perempuan???” saya cuma tersengih macam kerang busuk huhuhu

Sambung membaca kenangan bercuti di selangor

gaji saya bulan 11 dan kadar zakat tahun ini

berikut gaji saya bulan 11. bulan 10 punya slip gaji entah campak kat mana hehehe

gaji pokok 921.71
imbuhan tetap kidmat awam 115.00
bantuan sara hidup 200.00
bantuan sewa rumah 180.00
jumlah pendapatan 1416.71
kwsp pekerja 157.00
ypeim 5.00
angkasa 197.00
asb 50.00
tabung haji 50.00
jumlah potongan 459.00
gaji bersih 957.71

Sambung membaca gaji saya bulan 11 dan kadar zakat tahun ini

ada benda amin007 tak boleh tolong

dalam mysql ada fungsi limit, tujuan limit adalah supaya pengguna dapat memaparkan sebahagian sahaja dari sql yang dijanakan. dalam mssal pulak dia orang guna top. tapi dari hasil percubaan aku dalam mssql penggunaan top macam payah sikit. tak menjanjikan result yang menepati citarasa aku hehehe

mungkin ada orang tanya, apa akan jadi kalau kita tak guna limit??? hasilnya anda boleh lihat di
Sambung membaca ada benda amin007 tak boleh tolong

tunjukkan saya makna menjadi sepi

sekarang saya dalam mood sepi. baru buat laporan ekonomi tahunan 2009. banyak borang punya nak kemaskini status. pembantu pulak sibuk dengan kerja-kerja lain. kena buat kerja seorang diri huhuhu.

Show me the meaning of being lonely – tunjukkan saya makna menjadi sepi
So many words for the broken heart – Jadi banyak perkataan untuk hati hancur
It’s hard to see, in a crimson love – Ia susah untuk melihat dalam sebuah cinta merah padam
So hard to breathe walk with me, and maybe – Jadi susah untuk bernafas berjalan dengan saya dan mungkin

Sambung membaca tunjukkan saya makna menjadi sepi

Kelemahan Sistem ICR terletak pada orang ker pada komputer atau data

aku mula bekerja di jabatan perangkaan di muar pada 15 Mac 2005. sebagai tangkapan data untuk Banci Pertanian. lepas tu terlibat dalam Banci EKS. sejak tu baru aku tahu sistem ICR ini apa kebendanya

secara amnya, sistem icr adalah menukar data dari borang manual kepada digital melalui ada mesin khas besar macam mesin basuh. ini adalah vendor yang terlibat dalam icr – http://www.datamationgroup.com/products/prods_bs_fps_rs_frms.htm. ini makna yang detail pasal icr.

http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jun04/lawatanAIMS.htm.

Sambung membaca Kelemahan Sistem ICR terletak pada orang ker pada komputer atau data

Teman Tapi Mesra

Teman Tapi Mesra
Artist: Ratu
Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia selalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Sambung membaca Teman Tapi Mesra

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.

Sambung membaca SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

status gaji aku bulan 9

dalam slip gaji aku bulan 9, ada ditunjukkan pendapatan dan potongan. jadi jumlah terperinci

pendapatan
gaji pokok = 921.73
imbuhan tetap khidmat awam = 115.00
bantuan sara hidup = 200.00
bantuan sewa rumah = 100.00

potongan
KWSP = 157.00
YPEIM = 5.00
Angkasa / Bank Rakyat = 197.00
ASB = 50.00
Tabung Haji = 50.00

jadi jumlah pendapatan – potongan = gaji bersih
1416.71 – 459.00 = 957.71
kalau saya nak simpan 30% dari baki gaji bersih, berapa yer???

Sambung membaca status gaji aku bulan 9

andai kata saya jadi popular

dalam facebook saya ada nyatakan hasrat di hati, dan ada orang
Abdul Muhaimin
andai kata saya jadi sepopular mawi atau nabil, agak-agaknya sebab apa saya jadi popular yer???

pada Sel pukul 10.29 ptg

Saifuddin Ilyas
Saifuddin Ilyas
x de sebab ko nak popular hahaha

pada Sel pukul 10.38 ptg

Maysheraah Mayidin

Maysheraah Mayidin

ada sbb nape amin popular,amin kan popular dalam dunia PHP…sebagai insan berhati mulia yang selalu tolong kawan2 PHP yang jammed kepala pk coding. dan hanya amin tempat mengadu masalah…tul tak amin???…huhu…
pada Sel pukul 10.44 ptg ·

Abdul Muhaimin

Abdul Muhaimin

nantilah biar tv3 buat rancangan tentang programming, mungkin muka saya yang keluar hehehe
namun …

pada Sel pukul 11.30 ptg ·

——————————————————————————————————-

Sambung membaca andai kata saya jadi popular

klik dan bayar

ikutkan antara banyak-banyak iklan di internet, saya lebih berminat nak letak google adsense dari nuffnang. tapi memandangkan google adsense dia memilih bahasa inggeris dari bahasa melayu, maka terpaksa saya letak nuffnang dalam blog ini dan website rasmi saya http://www.amin007.org.

tapi ada kalanya terfikit juga apa yang membuat orang akan klik iklan nuffang itu yer? anda rasa macam mana?

Sambung membaca klik dan bayar

hukum najis anjing babi

siang tadi tengah saya tonton cerita Mr Bean Holiday, ada orang tanya tentang najis babi ini. rasanya bab kasut yang diperbuat dari babi. jadi google laa kejap cari jawapan. maka saya syorkan kepada kawan saya ini, cari lopak air dekat dengan tanah, lepas tu celup kaki dia hehehe. tu jawapan spontan saya sahaja, nak cepat.

tapi rasanya macam susahkan dia pulak nak cari air tanah. ikutkan apa yang saya tahu banyak pendapat tentang najis anjing dan babi, antara website tentang pendapat ni adalah …

Sambung membaca hukum najis anjing babi

dakwah dalam filem/drama/lagu

adapun islam berkembang sebab sahabat sanggup berkorban demi islam. merantau ke tempat yang jauh-jauh hatta di tempat yang tak tahu bahasa apa pun. namun sekarang sains dan teknologi berkembang pesat. ramai menggunakan media seperti tv, radio serta internet atas maksud berdakwah.

tapi adalah anda faham akan maksud dakwah???

Sambung membaca dakwah dalam filem/drama/lagu

cakap betul tempat salah

saya masih ingat lagi, masa itu dato siti nurhaliza binti tajuddin menang pertandingan di mtv singapura. ayat yang mula-mula dato siti nurhaliza ucapkan Alhamdulillah. jadi masa itu saya menjadi kaget sekejap. bukan apa cakap dato siti nurhaliza betul tapi diucapkan di tempat yang salah iaitu di pertandingan mtv. ialah maksud Alhamdulillah adalah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. jadi dato siti nurhaliza yang kita sayangi walaupun dah kawin dengan dato k buat satu perkara

cakap yang betul di tempat yang salah

Sambung membaca cakap betul tempat salah

soal jawab sebat peminum arak di 1malaysia

adapun soalan datang dari sini

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/menyambut-merdeka.html

jawapannya pulak datang dari sini

http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/

http://saifulislam.com/?p=6615

http://saifulislam.com/?p=545

tapi adalah sudah terjawap persoalan???

Sambung membaca soal jawab sebat peminum arak di 1malaysia

macam mana nak niat dalam solat

biasanya dalam sekolah dulu kita diajar niat solat macam ni

sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu margrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu isyak 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu suboh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala

dan sebagainya. tapi ada masalah kalau nak niat macam ni, nak tahu kenapa???

Sambung membaca macam mana nak niat dalam solat

apa itu bank masa depan

di zaman nabi dulu orang selalu simpan kat baginda samaada barang-barang ataupun duit. di kalangan sahabat pun ada seorang yang menjadi tumpuan orang untuk buat simpanan duit-duit mereka. jadi dari zaman dahulu pun konsep simpan barang berharga pun diamalkan, tapi masa tu orang sebagai sandaran.

namun kini bank pulak ambil alih tugas orang tadi sebagai pemegang amanah. sekarang kita lihat bermacam traksaksi duit yang kita boleh buat menerusi atas talian sahaja. namun jangan lupa jasa pejabat pos yang fungsinya hampir sama macam bank walaupun tugas utamanya hantar surat.

jadi bagi aku apa itu bank masa depan adalah bermaksud tempat penyimpanan duit yang mana kita boleh lakukan aktiviti jualbeli secara online tanpa pegang duit lagi 😀

Sambung membaca apa itu bank masa depan

segalanya bermula di sini

ikutkan aku ni jenis yang tahan pengaruh dari sesiapa pun. aku tak kan mudah terima pendapat orang melainkan ianya lepas dalam sistem logik yang aku bina sendiri dalam hidup ni

tu pasal tabligh memberi impak yang besar dalam hidup aku sebabnya dia melepasi sistem logik aku. lagipun aku ingin mencari persatuan yang suka berjalan dan yang kuat beragama islam serta suka kat masjid. tabligh adalah memenuhi keperluan aku ni terutama bab berjalan-jalan.

tapi ada satu isu yang aku tengok masih orang melayu terpengaruh iaitu rokok, tak kisah sama ada orang masjid, orang kampung, orang bandar hatta juga tabligh tak terlepas dari masalah rokok. susah nak hilang rasa gian rokok pada dia orang.

mahu tak mahu aku kena juga bercampur dengan dia orang yang hisap rokok. mak aku marah aku teruk-teruk pasal baju aku penuh dengan bau asap rokok, sedih rasa di hati walaupun tak hisap rokok tapi kena marah.

tu belum pasal judi lagi termasuk nombor ekor, daut terup, lumba kuda, laga ayam dan sebagainya. aku dulu pun pernah juga nak belajar tanpa guna duit main terop. antara permainannya poker, 5 street, dan sebagainya. siap beli daun terup semata-mata nak belajar main. sekarang dah lupa mana letak.

namun aku terfikir bilalah orang melayu akan berhenti hisap rokok dan main judi??? rasanya kalau orang melayu berhenti kan, kesannya

  1. budak-budak lelaki akan lagi lebih pandai
  2. budak-budak lelaki ramai yang masuk universiti
  3. budak-budak lelaki ramai yang jadi saintis, doktor, peguam

lepas tu barulah budak-budak lelaki melayu tawan hati budak perempuan cina dan islamkan dia orang. kena pulak orang melayu masa tu digalakkan kawan ramai-ramai. masa tu poligami perempuan islam amat suka :D tak tentang seperti yang ada sekarang. jadi ada 4 orang isteri, 2 melayu, 1 cina. sorang lagi tengah mencari.

lepas tu orang melayu tawan ekonomi dunia. serta tawan majlis peguam. silap gaya buat undang-undang hudud yang mana tak nampak macam undang-undang hudud tapi sebenarnya undang-undang hudud. macam mana tu amin

senang aje. kalau mencuri lebih 100,000. kena potong tangan. tak kira siapa pun yang mencuri sama ada rakyat malaysia atau tidak. merompak pulak kena potong tangan dan kaki bersilang. dalam bab jinayat kan ada tulis apa syarat-syarat kena potong tangan. kalau mencuri pasal lapar, tak potong tangan. ala ko oran study laa dulu.

namun jika ada peluang …

google bukan jawapannya

ada kalanya hidup ni penuh dengan masalahnya. terkadang kala daku mencari di google namun hampa tiada terjumpa jawapan yang ingin dicari.

sudah dicari macam-macam kata kunci namun daku sering jumpa dalam forum hasil dari pencarianku di google yang mengatakan dalam google ada jawapannya

tapi daku berharap akan ada blog yang memberi jawapan percuma terhadap pencarianku juga rakan-rakan dalam forum yang sudi membantu daku mencari jawapan yang pasti.

p/s tertekan dengan masalah pemacu mudahalih usb (pendrive laa) yang boleh baca sahaja, tulis tak boleh. gila aku dibuatnya

tersirat di sebalik tersurat

saya masih ingat lagi ketika belajar bahasa melayu dan inggeris, kita akan diberi latihan memahami petikan lalu kena bagi ringkasan yang tersurat dan yang tersirat. kalau tersurat kita boleh dapat dari petikan tapi kalau tersirat???

ada kalanya aku terfikir mungkin yang kita fikir tersirat bukannya jawapan yang cikgu kita hendak bukan? tapi akan tetapi kebanyakan kita keluarkan isi tersirat itu sebijik dengan apa yang cikgu kita hendak. saya sampai sekarang masih terfikir-fikir macam mana boleh sama hehehe

jadi atas maksud itu, saya ingin memberi anda satu cerita dan bagi saya apa maksud tersirat yang ada dekat kepala saya. kalau sesiapa yang berjaya teka akan dapat hadiah. nanti saya bagi semasa raya nanti tapi kena datang rumah saya laa hahaha. ceritanya macam ini.

Sambung membaca tersirat di sebalik tersurat

lelaki melayu terakhir

pada suatu hari sedang daku berkerja, tiba-tiba 2 orang gadis bergosip dengan berkata “orang tu ada ciri-ciri lelaki melayu terakhir”

aku menyampuk dengan berkata “siapa gerangannya”

si gadis tu berkata “awak laa siapa lagi”

aku mengaru kepala yang tak gatal “kenapa pulak saya ada ciri-ciri tersebut”

si gadis tu berkata “sebab awak pakai baju melayu”

aku cakap “pak long pun pakai baju melayu”

nak tahu jawapannya …

Sambung membaca lelaki melayu terakhir

kenapa PM tak dengar rintihan rakyat malaysia

berikut adalah 11 hadiah dari PM

  1. Diskaun tol -> Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
  2. Rumah rakyat -> 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
  3. Lesen penjaja -> Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.
  4. Permit teksi -> 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.
  5. Cegah jenayah -> Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.
  6. Daftar kelahiran -> Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.
  7. Jalan luar bandar -> Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
  8. Bekalan air dan elektrik -> Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
  9. Latihan motosikal -> Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.
  10. Tambah peruntukan -> Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.
  11. Unit amanah -> Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

Sambung membaca kenapa PM tak dengar rintihan rakyat malaysia

bank islam dibicara dalam mahkamah syariah???

ada pun aku ingin mengulas artikel pakdi ni

http://www.pakdi.my/blog/cadangan-pas-untuk-perbankan-islam/

mungkin sudah sampai masanya mahkamah syariah diperluaskan bidangnya dari tertumpu hal ehwal orang islam serta perkahwinan.  cuma yang menjadi persoalan kes-kes perceraian yang banyak tertangguh apa tindakan yang perlu dibuat

Sambung membaca bank islam dibicara dalam mahkamah syariah???

nak berubah tapi …

selama 3 hari 2 malam aku berada di gunung ledang resort untuk taklimat mm dan bst.  aku hanya bawa RM 90 aje, sekali aku tanya-tanya orang 190. ah mahalnya dah ler duit aku tinggal sikit kat bank, tawakal aje laa. ni pun bil telefon dah sampai. entah cukup ker tak nak bayar. takde tunggu gaji masuk aje laa. tapi macam iklan satu syarikat minuman di malaysia, aku ubah versi lagu tu sikit.

ku gembira sentiasa, badan ku sihat dan kuat.

biar panas atau sejuk ku mandi di kaki gunung ledang penuh minat.

bermain , melompat sini sana, dapat bergambar sebelah tuan puteri 😀

Sambung membaca nak berubah tapi …

kenapa aku suka belajar tentang komputer lagi

ada kawan-kawan aku tanya, ko kan dah pandai komputer, kenapa suka ambil kursus tentang komputer lagi???. tak kan laa ko orang tak tahu dunia perkomputeran kan sedang bergerak laju. jadi ada benda yang aku masih tak tahu. kalau aku tahu pun aku nak belajar jadi pelajar serta cikgu. bukan apa saje nak dapat tip dari cikgu yang ajar komputer tu hehehe. manalah tahu dapat jumpa bakal isteri kat sana

Sambung membaca kenapa aku suka belajar tentang komputer lagi

kenapa aku tulis dalam bahasa melayu

ikutkan banyak-banyak iklan aku suka google ads sebab dia pakai teks. aku cubalah daftar dalam google ads tapi sekali dia orang email kat aku dia nak dalam bahasa inggeris daa. ada pun aku suka berfikir dalam bahasa melayu. jarang laa aku berfikir dalam bahasa inggeris ker arab ker. lagipun banyak idea-idea kreatif dan inovatif aku terhasil dari pemikiran dalam bahasa melayu. paling tidak pun aku akan guna bahasa rojak iaitu melayu campur inggeris.

jadi sebarang pendapat aku kat sini akan aku tulis dalam bahasa melayu yang biasa aku cakap laa. berfikir dalam bahasa inggeris amat menyukarkan aku. tu pasal banyak istilah ekonomi aku cuba cari terjermahan dalam bahasa melayu. nak cari kod industri pun aku rujuk bahasa melayu punya. apa tah lagi kod barangan dalam sektor pembuatan.

hatta dalam bahasa pengaturcaraan pun aku banyak guna bahasa melayu. kebanyakan kawan-kawan aku pening tengok kod php aku dibuat dalam bahasa melayu hehehe terutama dalam bab pembolehubah/pemcam, nama fungsi dan juga kelas. tapi amin macam mana ko boleh ingat senarai kata kunci php???

tu laa macam mana pun ko orang kena faham logik. php adalah terbitan dari c,c++ dan juga java. lagipun bahasa inggeris yang digunakan adalah tahap asas, serupa guna bahasa inggeris dalam windows xp. bahasa inggeris asas kena tahu laa serba sedikit, tapi ko orang kena fikir dalam bahasa ibunda ko laa. melainkan sejak kecil mak bapak ko cakap inggeris ker arab ker, tu lain cerita laa. tu terpaksa fikir dalam bahasa arab/inggeris semasa nak buat kod php hehehe tapi ko dah biasa kan.

kadang kala semasa mengajar php, aku suka guna bahasa melayu, saja nak sakat pelajar aku tu. faham tak apa yang di ajar. aku pun dalam proses nak kayakan perbendaraan kata dalam bahasa melayu serta inggeris serta arab. ada pun terdapat perbezaan makna yang ketara ketika nak fahamkan konsep bahasa inggeris dalam lingkungan bahasa melayu. tapi apa yang aku perasan bahasa inggeris ni kalau nak amalkan, dalam lingkungan bahasa melayu boleh dianggap kurang ajar.

ialah bahasa inggeris i and you, bahasa melayu saya,aku,anda, kamu, engkau. dari segi tatasusila, i and you mewakili aku dan engkau dalam bahasa melayu pada pendapat aku laa. tapi biasanya untuk panggilan nama ni aku akan guna panggilan yang biasa orang panggil kepada seseorang laa. melainkan nama pendek orang tu I, aku lebih suka orang panggil nama aku amin dari muhaimin atau abdul atau aimin. tu pasal tanda nama aku letak perkataan amin

MJ dalam kenangan

aku dapat tahu MJ meninggal semasa buka email aku pagi-pagi. lepas tu mak aku cakap MJ dah meninggal dunia. apa pun aku syukur MJ mati dalam iman 😀

kita pulak macam manalah dugaan ketika mati nanti???

apa pun sentiasa harap dan takut kepada Allah atas setiap perkara, sentiasa jaga makanan kita agar datang dari unsur yang halal sama ada dari segi luaran atau dalaman.

berusahalah sekarang sementara Allah bagi peluang. ingatlah daku dalam doamu 🙂

Isu PPSMI apa cerita sekarang

isu terbaru sekarang ni dia orang akan bincang kat kabinet sama ada nak teruskan atau kekal. esok pada 8 Julai 2009 akan dapat tahu sama ada TPM akan teruskan atau tidak. jangkaan ko macam mana amin

bagi aku laa, buat masa sekarang Menteri Pelajaran sedang buat kajian terperinci tentang isu PPSMI. tapi aku tak pasti laa sama ada jawapan yang akan terima memuaskan hati kita sedangkan Tun Mahadir pun sokong PPSMI. jangkaan anda pulak macam mana???

kalau ko nak tanya jangkaan aku, rasanya Menteri Pelajaran akan teruskan juga dasar tersebut namun mungkin kena ubahsuai sikit laa. aku jangkakan yang PPSMI akan dimula di peringkat sekolah menengah, tapi di sekolah rendah akan diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa melayu semula.

tapi macam mana pun isi kandungan mata pelajaaran bahasa inggeris perlu dikaji semula laa. mungkin kena masukkan unsur sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah lebih berkesan dari masukkan unsur inggeris dalam sains dan matematik.

Sambung membaca Isu PPSMI apa cerita sekarang

Technorati Tags: ,

gambar semasa di desaru damai beach resort

desaru damai beach resort

desaru damai beach resort
jangan main judi, nak tonjol bola tak apa
jangan main judi, nak tonjol bola tak apa
—————————————————————————————————-
minum pagi
minum pagi
——————————————————————————————————————————————-
bergaya di kereta siapa tah
bergaya di kereta siapa tah
gaya2
menunggu seseorang
gaya3
bilalah nak balik ni

cinta pandang pertama

ada kalanya aku terfikir berapa kali aku jatuh hati pandang pertama.tapi sayang semua orang yang aku suka dah ada yang berpunya. tu pasal aku semacam berjauh hati kepada orang yang aku suka. biasa yang aku buat adalah tak hubungi dia langsung seolah-olah dia tak pernah wujud dalam hidup ini

namun kini sudah ada sinar baru muncul kembali dalam hidup ni. umpama kehadiran pelangi selepas hujan lebat namun kehadirnya cuma seketika. 2 minggu lagi pelangi ni akan hilang. daku tidak pasti sama ada mahu mengejar pelangi ni ker tidak.

selepas pelangi ni hilang, daku akan terasa kesunyian melanda hidup ni dan mungkin ku akan cakap kepada penyelia “boss, sunyilah opis kita hari ni” pada hal orang ramai ada dalam opis tu hehehe

namun jika ada peluang …

kalau diizinkan Allah, daku akan datang ke tempat asal pelangi tu datang mungkin semasa raya nanti. daku akan cakap kepada tuan punya tempayan yang menghasilkan pelangi tersebut kalau boleh nak bawa balik pelangi tu masuk dalam rumah aku agar daku dapat tengok pelangi tu hari-hari

tambah bilik kehendak atau keperluan

aku mencadangkan pada mak aku nak buat pondok kecil untuk tempatkan barang-barang komputer serta tempat aku mengajar orang tentang programming.

entah macam mana mak aku lebih suka buat bilik yang saiznya sebesar dapor aku. alasannya senang nak kejut aku hehehe 😀

aku pernah tanya juga pakdi tentang hal ni, cuma ada soalan dari pakdi yang sukar aku jawap iaitu “buat bilik tu kehendak atau keperluan”. bagi aku semacam ada maksud tersirat iaitu “nak jadikan bilik sebagai aset atau laibiliti”

maksud aset kat sini adalah jadikan bilik tu sebagai benda yang boleh mendatangkan duit. buat masa sekarang aku dah naiktaraf kad perniagaan aku dengan menambah iklan. ingat nak edar semasa buat pungutan harga pengguna nanti.

tapi aku jawap pada mak aku, kalau nak buat tempat latihan atau tempat baiki komputer, mungkin aku akan pertimbangkan nak pinjam lagi tapi kesannya aku akan bagi mak aku kurang 600 ringgit sebulan laa.

dah suruh mak cari orang sebut harga tapi takde orang yang bagi secara terperinci. pak sedara aku pun hanya bagi harga 15000 untuk bahan binaan aje. dalaman tak kira lagi.

aku masih lagi bertanya-tanya orang. aku anggarkan kalau kos bawah 10000 mungkin aku akan keluarkan sikit asb dan tabung haji tapi tu dah kurangkan aset aku pulak yang dapat secara tahunan.

rasanya kena main balik games cashfliow 101 lagi laa untuk dapat lebih kefahaman lagi

namun jika ada peluang …

kisah poligami

artikel ini merupakan kemaskini dari blog friendster aku. aku akan pindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat

adapun seseorang yang bernama amin(bukan nama sebenar) berkawin dengan hasanah isteri tua dan juga hamidah isteri muda. jadi telah tiba giliran isteri tua. jadi si suami ni pun bersolat sunat bersama dengan isteri tua.

jadi apabila si suami sudah membaca fatihah, kemudian menyebut dengan kuat “AMIN”, isteri tua mengomel dalam hatinya “saya tahulah nama abang, buat apa sebut kuat-kuat, nanti orang dengar”

semasa iktidal, si suami menyebut bacaan yang akhir ayatnya berbunyi ” … hamidah “, isteri tua mengomel dalam hatinya “sikit-sikit hamidah, aku langsung tak disebutnya. tapi tak apa harap-harap rakaat kedua suami aku sebut nama aku ”

sampai rakaat kedua, si suami masih menyebut “hamidah” dalam bacaan iktidalnya. apa lagi sangat cemburu si isteri tua. selepas solat, si isteri terus bangun dari solat, lalu si suami pun bertanya “kenapa bangun???” isteri menjawap “dalam solat abang asyik sebut nama hamidah aje”. suami pun berkata “ala, nanti dalam doa abang sebut nama hasanah , abang sayang hasanah dunia dan akhirat  kan kan kan ”

ada seorang perempuan bertanya kepada aku apasal orang suka berpoligami. aku jawap tu semua adalah jodoh. ada orang nak poligami tapi tak berpeluang. ada ada peluang tapi tak nak pologami.

lagipun dalam alquran kenapa Allah nyatakan kena kawin 2 atau 3 atau 4 kerana dalam ayat sebelum ada ayat pasal berlaku adil pada anak yatim. jadi kalau kita kawin dengan anak yatim, takut termakan harta anak yatim. oleh tu, Allah syorkan kita baiklah kawin perempuan lain yang bukan anak yatim. nak 2 ker 3 ker 4 ker suka hatilah janji dapat elak berlaku ketidak-adilan pada anak yatim tu sendiri.

tapi Allah pesan, jika takut kalau kawin 2 ker 3 ker 4 ker tak berkalu adil, maka kawin satu aje laa.

masalahnya kalau tanya ustaz adakah ayat keadilan poligami ada kaitan dengan ayat makan anak yatim, mesti dia orang cakap takde kaitan. bagi aku ikutkan salah. ustaz ni tak faham soalan :p

dia orang akan sentuh bab poligami lebih banyak dari bab anak yatim tu sendiri. ni tak adil. bukan ker anak yatim tu berada dalam satu ayat dengan poligami??? mana keADILan nya???

aku nak tunggu Ust Zaharuddin ker Dr Asri mengulas persoalan ni iaitu kaitan anak yatim dan poligami. kalau Pakdi, kesan ekonomi pada anak yatim dan juga poligami. yang pasti kalau si suami mati, maka bertambahlah anak yatim yang kaya atau miskin.

bersambung