#ceritaharirabu #bisnes #pelabur Bismilah. Budaya Berniaga di kalangan orang melayu. http://ift.tt/1FDb2ja Ada orang mesej minta nombor telefon. Kita pm dalam facebook sebab dia berminat mahu tanya tentang CDS dan sebagainya. Dia kata sudah habis baca buku Robert T Kiyosaki dan berminat dengan harta kertas aka saham. Wah jual nama Robert T Kiyosaki nampak. Dengan hati yang tenang, kita jawap sudah katam semua buku tentang Robert T Kiyosaki? Dia kata belum lalu kita menjawap habiskan semua buku Robert T Kiyosaki baru jumpa kita balik. Dia cakap sukar cari buku di kedai lalu kita jawap buat pesanan di kedai buku tersebut. Biasanya kedai akan ambil pesanan dan telefon kita balik jika sudah sampai. Kita kenal Robert T Kiyosaki pun Tuan +Suzardi Maulan yang cadangkan. Pertama kali jumpa pun kerana main games cashflow 101. Tengah pertimbangkan beli cashflow 101 bahasa melayu dan 202 dalam 400 dollar singapura bersamaan 1087 ringgit malaysia. Masalahnya siapa yang berminat bermain games ini dengan kita?

May 27, 2015 at 10:10PM