#ceritaharirabu #bisnes #jualnamaguru Bismilah. Jual nama guru dam pangkat dato untuk bisnes sendiri. Ikutkan kita pun tidak berani jual nama guru-guru kita yang mengajar bisnes. Jual nama Puan Ainon pun tidak berani sebab jadual kelas 3 hari, datang 2 hari. 1 hari dropout. Tiada bukti bergambar, yang ada hanya tandatangan buku sahaja. Dato Roslan Ab Hamid pun kenal masa Konvensyen Ketua Chapter yang pertama. Dalam hati kata Dato mana ini, dari kelantan pula itu. Pembesar melayu yang kita kenal dari kelantan Dato Nik Aziz dan Tan Sri Hj Annuar Musa dan Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed. Dalam ucapan beliau ada sebut nama sama ada Tan Sri Hj Annuar Musa atau Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed. Nama Puan Ainon dan Dato Roslan Ab Hamid kalau kita cuba jual di muar atau ledang memang tidak laku langsung. Hanya buku terbitan PTS sahaja yang laku. Laku pun sebab penulis yang popular kot. Umpama Sate Kajang yang popular, bukan nama syarikat Haji Samuri atau rupa Haji Samuri. Kadang-kadang sebut penerbit PTS pun orang tidak kenal. Tapi tengok rajin beli buku terbitan PTS setiap bulan. Setelah tunjuk ayat “PTS” pada buku, dia orang pun tidak perasan nama PTS tersebut. Dia orang cakap “Manalah perasan nama penerbit tersebut, kami tengok muka depan kulit buku. Janji tajuk menarik kami beli”. Akan Bersambung …

May 27, 2015 at 07:49PM