#ceritahariahad #berfikir Bismilah. Apakah faktor yang menentukan harga saham di bursa? Semalam dealer ajar guna menu di maybank investment bank untuk analisa harga saham. Ada beberapa graf tertentu perlu tengok sebelum buat keputusan beli atau jual. Namun bagaimana mana pun ada banyak faktor yang menentukan harga saham di bursa. Isu 1MDB dan Rancangan Malaysia ke 11 boleh jadi salah satu faktor harga saham boleh berubah. Ikutkan kita tengah tunggu bagaimana pemimpin tertinggi UMNO cuma atasi masalah 1MDB dan terangkan kepada rakyat jelata. Adakah mereka kreatif dan inovatif untuk jadi jawapannya? Apakah kesan kepada harga-harga saham di bursa setelah mereka mendapat jawapannya?

May 24, 2015 at 10:34PM