#ceritaharirabu #bisnes Bismilah. Berniaga tanpa hutang. Kita bercita-cita mahu buat perniagaan tanpa hutang. Target syarikat kita buat potongan zakat jutaan ringgit. Dikatakan pihak zakat negeri akan bagi kita uruskan duit zakat syarikat kita jika dapat capai target yang dibenarkan. Jadi duit zakat tersebut kita boleh bagi semula kepada mereka yang layak dibantu ikut asnaf. Kalau mereka ingin berniaga, syarikat kita boleh bagi modal permulaan tanpa hutang. Jika cukup syarat, mahu buat bank tanpa ada bunga. Kiranya sesiapa boleh simpan duit dalam akaun bank tersebut tapi duit tidak bertambah. Mahu ikut jejak langkah seorang sahabat nabi yang mana ramai orang simpan duit pada beliau. Beliau minta izin guna duit tersebut dan berjanji akan pulang semula duit jika orang ramai ingin guna semula. Tiada dividen pun dibagi kepada orang ramai setakat yang kita baca sejarahnya.

May 20, 2015 at 11:19PM