#ceritaharisabtu #rnd #mazhab Bismilah. Rich dad vs poor dad. Bagi Robert T Kiyosaki, rich dad dan poor dad guru yang baik. Cuma ada masanya berbeza mazhab. Beliau terbitkan buku tersebut selepas 6 tahun ayahnya meninggal. Kita akan belajar dengan banyak cikgu dalam kehidupan ini. Ada kalanya akan jumpa pertentangan mazhab yang banyak. Ada orang boleh terima ada yang tidak. Masa belajar di universiti, ada mahasiswa luar negara tidak boleh terima doa qunut dalam solat subuh. Katanya bidaah lalu kita cakap boleh tanya ustaz dalam bab qunut. Kita ikut cakap ustaz kita sahaja, kan mazhab kita imam syafie. Rupanya dalam sejarah nabi pernah buat qunut nazilah. Dalam sejarah facebook tempatan juga, qunut nazilah ditujukan kepada orang baik yang menentang MLM yang jahat. Dari pengalaman yang kita dapat, mereka yang dapat menerima perbezaan mazhab sebab dia orang banyak bergaul dengan ramai orang di dalam negara atau di luar negara. Manakala mereka yang sukar menerima perbezaan mazhab sebab dia orang kurang bergaul, hanya bergaul di kelompok yang kecil. Oleh itu kita adalah orang yang mengamalkan multi mazhab. Mohon usah pusing kepala jika pendapat kita berubah-ubah ikut rasmi lalang. Alangkan pendapatan boleh berubah setiap bulan, ini kan pula pendapat kita. Bersambung …

May 16, 2015 at 09:54PM