#ceritahariahad #berfikir #training #komputer Bismilah. Masalah buat training komputer tahap advance aka aras tinggi. Sebelum kelas bermula, kita tidak boleh ukur tahap skill peserta jika training dianjurkan oleh pihak lain. Antara cadangan kita masa pemulaan kelas ambil ujian ringkas tentang tahap skill peserta. Kalau ada bilik lebih, kita boleh asingkan para peserta ikut skill. Ini memudahkan kita ajar modul ikut skill peserta. Cuma macam ini kita perlu ramai tenaga pengajar. Dari segi kos meningkat sikit tapi kita dapat bantu mereka yang belajar dan mengajar. Namun adakah kita ada kuasa asingkan para peserta ikut skill? Bayangkan permintaan penganjur mahu ajar laravel. Pasang laravel kena guna composer. Kena fahamkan konsep OOP dan class sebelum masuk modul laravel. Kalau para peserta hanya mahir guna dreamweaver, matilah tenaga pengajar. JIka notapad++ pun tidak pandai guna … Bersambung …

April 26, 2015 at 01:39PM