#ceritaharirabu #bisnes #emosi Bismilah. Kedai-kedai lama di bandar maharani. Dulu selalu pergi rumah tokbah kita naik bas dari bakri batu 3. Turun di kedai motor lama dekat menara jam. Lepas itu jalan kaki ke perhentian bas batu pahat sebelah MPM. Mesti minta kuih apam balik. Sekarang banyak kedai-kedai lama berganti baru. Anak-anak ambilalih perniagaan keluarga. Ada yang pindah kedai dekat dengan rumah. Ada yang jual kepada orang baru. Orang yang jual apam balik dengan motorsikal sekarang sudah berpindah di jalan bakri. Cendol sahaja masih di tempat lama. Terasa kehilangan kedai-kedai lama, seronok dengan kedai-kedai baru. p/s nampak sangat diri ini sudah tua.

April 22, 2015 at 10:48PM