Post

#ceritahariselasa #perisian #kaumtua #kaummuda
Bismilah. Borang kertas vs borang online.

Dalam urusan pejabat kita biasa berjumpa dengan banyak borang perlu diisi.

Ada kalanya data diisi berulang-ulang kali.

Untuk pengetahuan dalam nombor kad pengenalan kita ada simpan 3 data utama iaitu tarikh lahir, jantina dan tempat kelahiran.

Biasa yang kita hadapi ketika tukar borang kertas ke borang online apa yang dalam kertas kena ada dalam online.

Pada hal dalam borang kertas boleh diringkaskan.

Cabarannya hendak yakinkan orang yang sudah lama guna format lama ditukar kepada format baru.

Guna format baru kena belajar balik, guna format lama senangkan kerja.

Tidak semua dalam kertas boleh dipindahkan dalam online.

Cabarannya adakah kita sanggup belajar semula isi borang online?

Bersambung … hello