Post

#ceritaharijumaat #ikan #talapia #jadeperch
Bismilah. Dalam aquaponik biasa orang akan bela ikan talapia merah.

Mungkin sebab anak ikan senang dapat di kedai aquarium biasa.

Kita sudah test ikan talapia dalam air hijau selama 2 bulan sehingga pam aquarium terhenti beroperasi.

Yang berjaya hidup adalah dalam 10 ekor. Yang lain die in action.

Ikan lampam jawa awal-awal sudah mati. Tulang pun tidak jumpa dalam tong ikan itu.

Tahu-tahu hilang, sudahlah gelap.

Sekarang ini mahu ujikaji ikan jade perch.

Susah mahu cari di kedai aquarium.

Di malaysia baru diperkenalkan tahun lepas oleh jabatan perikanan.

Dia orang ada buat kajian sikitlah.

Kalau di luar negara, dikatakan ikan ini yang paling lasak.

Jadi kita mahu ujikaji di malaysia pula dengan keadaan yang lasak.

Benih anak ikan kata Tuan Mohd Khairi Abdullah boleh dapat di Hong Leng Aquatic di Kuang, Selangor.

RM 3 untuk 3 inci, boleh hubungi 019-213 9283.

KIta pula ada dapat sumber dari negeri sembilan.

Boleh hubungi Chen Kim To – 0136201877.

Kalau masa kecil 1 inci dalam RM 1.50

Cuma kita perlukan dana R&D sikit.

Bukan dalam bentuk duit, tapi bentuk barang/perkhidmatan.

Boleh pm kita untuk maklumat lanjut.

Sekian. hello