berapa kos bangunkan website?

Posted on Jun 20th, 2011 in Komputer by Amin007

sekarang asal ada syarikat sahaja, website mesti ada. kalau tidak susah orang hendak percaya. lebih-lebih lagi kalau beroperasi dari rumah. cuma kadang-kala kita mesti tertanya-tanya berapa sebenarnya kos bangunkan website ini

untuk mudahkan kefahaman, kita buat contoh paling mudahlah.

nombor 1

sebelum kita hendak berniaga, kita mesti bagi nama pada perniagaan kita kan. nama tersebut perlu didaftar pada SSM. jadi dalam hendak membangunkan website, syarat pertama nama domain. kita boleh pilih nama syarikat kita atau mana-mana nama yang senang orang ingat. kita boleh pilih banyak nama. biasa kos hendak pilih nama kalau .com lebih kurang bawah RM 50. kalau hendak pakai .com.my kos dalam RM 100, kalau .my lagi mahal dari RM 100.

dengan kata lain nama syarikat = domain

nombor 2

setelah ada SSM, kita akan cari tempat berniaga seperti di rumah sendiri, pakai van, sewa kedai dan sebagainya. kita akan letak barang-barang berkaitan tentang perniagaan kita di situ. jadi dalam hendak membangunkan website, syarat kedua adalah hosting.hosting pula adalah tempat letak website kita seperti gambar, fail-fail berkaitan website seperti html,php,css,js dan sebagainya. di samping itu kita boleh buat email berasaskan website kita. kosnya antara RM 5 hingga … bergantung kepada keperluan kita.

dengan kata lain tempat berniaga=hosting

nombor 3

sudah ada nama, tempat berniaga apa lagi kita bawa masuklah barang-barang berkaitan perniagaan kita. mungkin yang penting adalah fail, almari dan sebagainya. jadi dalam hendak membangunkan website, syarat ketiga adalah fail-fail seperti fail gambar, fail format html,php,js,css. kita ada pilihan sama ada reka sendiri atau pakai sahaja cms yang percuma yang sudah ada pun dalam hosting kita atau upah orang buatkan untuk kita dalam bentuk helaian/page atau cms. harganya dari percuma atau RM 15,000 untuk cms. itu harga kawan saya. kalau untuk helaian/page saya kurang sikit berminat hendak tahu sebab tidak praktikal untuk perniagaan online. tapi jangan terkejut kalau harganya boleh sampai 1.8 juta.

dengan kata lain harta=fail

setakat ini 3 sahaja yang penting untuk permulaan. ada pandangan …

2 Responses to 'berapa kos bangunkan website?'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'berapa kos bangunkan website?'.

  1. maya said,

    on September 21st, 2011 at 9:49 pm

    kalo web yg bkn gune cms…macam html/php/asp..dll..kosnye brp RM kah?

  2. Amin007 said,

    on September 29th, 2011 at 12:16 am

    Bergantung kepada permintaan. Kos ni bergantung kepada orang yang buat dan orang yang bagi upah.

    ada orang letak harga RM 10,000 lebih

    tapi yang saya bagi tu kos paling asas. bukan apa sekadar berkongsi kenapa yang patut kita dapat.
    yang penting domain dan hosting.

Post a comment