bahasa sms baik atau buruk

Posted on April 6th, 2010 in Bahasa, Komputer by Amin007

saya rasa isu sama ada bahasa sms baik atau buruk banyak diperkatakan orang. sampai Puan Ainon sendiri dedahkan kandungan surat orang minta kerja kosong dekat PTS kalau tak silaplah. sampai ustaz hasrizal pun ada komen dalam blognya

namun saya rasa tahap kesabaran melayan kerenah mereka yang guna bahasa sms dalam forum adalah serupa menunggu gunung berapi meletup sahaja. antara ayat-ayat yang menyakitkan hati seperti berikut


oklah..mungkin silap saya sebab tak bagi persoalan yg betol..
tapi saya rasa ejaan saya sudah cukup utk difahami orang..saya tak pakai semua short form di situ.. tapi apa pun.. ..if awak tak nak tolong saya, awak tak payah cakap takmo..orang yang meminta tolong tu akan rasa sakit hati..sekalipun awak nak tolong, awak boleh cakap yang awak tak faham soalan saya…juga…pernyataan awak watkan saya mengkaji sedalamnya apa silap saya sampaikan orang tak nak tolong saya…

saya disini nak mintak tolong, sbb saya harap semua yang ada disini lebih expert dari saya dalam php coz saya ni baru lagi dalam php ni…sorry lah, ter’emosi’…

tapi masalah saya sekarang, saya menggunakan phakt…dan saya kurang mahir menggunakan hardcode…tapi dalam masa yg same, saya sedang cuba menggunakan hardcode juge…

perasan tak ada ayat yang berbunyi tapi saya rasa ejaan saya sudah cukup utk difahami orang. ejaan dia dah cukup orang lain faham??? apa dia lupa ke yang nak tolong dia itu orang-orang lama?

engkau macam marah sangat nampak. mahu tak marah, dahlah nak fahamkan apa masalah dia. bila ditegur melenting sebab dia kata tak guna bahasa sms. ini forumlah, tempat perbincangan. orang-orang lama dalam forum mengharapkan mereka yang nak bertanya soalan gunalah bahasa melayu penuh, jangan guna bahasa sms. ingat senang ke nak analisa masalah. memanglah dalam komputer ada terselit bahasa inggeris, tapi itu bukan sebab nak guna bahasa sms.

apa yang saya rasakan adalah mereka-mereka yang suka gunakan bahasa sms adalah mereka yang mudah dapat apa yang dia orang nak dalam kehidupan. mereka anggap cakap dalam bahasa sms mudah dipelajari oleh semua orang yang ada telefon bimbit. sampai dalam forum pun terbawa-bawa bahasa sms dengan anggapan semua orang dalam forum tersebut mahir dalam ICT.

saya tak marah kalau mereka-mereka ini bodoh dalam ICT atau aturcara komputer. cuma amat marah kalau bahasa sms digunakan. susah nak faham masalah yang dihadapi mereka kalau guna bahasa sms. ingat senang ke nak buat analisa dan reka bentuk sistem. nanti akan datang orang yang ada masalah yang sama susah nak ikut panduan yang diberi semata-mata penggunaan bahasa sms.

patut ke kita salahkan cikgu-cikgu kat sekolah sebab tak ajar betul-betul ringkasan tulisan yang dibenarkan boleh DBP?
atau salahkan kementerian pelajaran malaysia atas isu ringkasan tulisan ini?

4 Responses to 'bahasa sms baik atau buruk'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'bahasa sms baik atau buruk'.


  1. on April 7th, 2010 at 9:35 am

    [...] This post was mentioned on Twitter by abdul muhaimin. abdul muhaimin said: New blog post: bahasa sms baik atau buruk http://jangkaan.name.my/blog/2010/04/bahasa-sms-baik-atau-buruk/ [...]

  2. eryn said,

    on April 8th, 2010 at 12:44 pm

    ade baik ade burok
    depends.
    asalkan tak menjejaskan ketulenan bahasa melayu kita
    dats 0k..

  3. Amin007 said,

    on April 13th, 2010 at 11:40 pm

    tapi kalau sampai orang tak faham, payah juga.
    sebab singkatan ada perbagai maksud.
    lebih baik cari yang standard

  4. Liz said,

    on Jun 17th, 2010 at 2:59 pm

    Salam En. Amin,

    Hmm…
    Isu penggunaan ringkasan sms dalam berblog dan berforum memang sangat meruncing saya kira.

    Saya mungkin boleh dikategorikan tergolong dalam golongan orang lama dan saya sangat suka membaca. Tidak mengira buku-buku Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

    Sejak saya mula “involved” dalam dunia maya, telah banyak forum saya lawati samada forum-forum Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Semua bermula dengan forum tentang “online game” dan juga forum-forum “programming language”.

    Apa yang dapat saya ambil iktibar dari pemerhatian saya ialah kebanyakkan forum dalam Bahasa Inggeris amat menitikberatkan bahawa “forumer” menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang betul (ejaan, “grammar”, dan sebagainya) untuk menyampaikan apa yang hendak mereka sampaikan atau persoalkan. Mereka yang menulis dengan tatabahasa yang betul sering mendapat jawapan dengan cepat dan sering dihormati kerana ia menunjukkan yang mereka seolah-olah bertanya dengan bersopan santun.

    Dalam budaya orang Melayu, berbudi bahasa dan bersopan santun itu amat digalakkan, jadi, pada pandangan saya, tidak salah kalau kita menaip komen kita di mana-mana di ruangan maya dengan gaya yang bersopan santun. Bukan sahaja ia menunjukkan keperibadian, tetapi juga tahap pemikiran seseorang itu tidak kiralah setinggi mana pembelajaran dunia/agama yang telah dia pelajari (diploma, ijazah, “master’, dan “Phd.”) belum tentu dapat menjamin seseorang itu berbudi bahasa dan berkeperibadian tinggi dan berfikiran matang.

    Saya fikir, boleh, bukan tidak boleh langsung hendak menggunakan singkatan seperti menghantar sms menggunakan “handphone”, ianya mungkin lebih sesuai digunakan semasa “chatting” menggunakan “YMsgr/skype/MSN Messenger/ICQ” dan sebagainya kerana, kita mungkin hendak menjawab dengan agak pantas berbanding menjawab di forum atau komen di “blog”.

    Sekian, terima kasih.
    Liz

Post a comment

Amin007.org