lucah maksudnya apa ya
dulu dekat sekolah kita orang ada juga belajar biologi tapi taklah bercakap soal bab berlaga organ perkumuhan air kencing sepanjang masa. tapi ada seseorang kawan saya tu dia berkawan dengan orang-orang tua. jadi bab berlaga organ perkumuhan air kencing ini sentiasa dia dapat tahu laa sampai dia pun pening kepala. tahan tak tahan sahajalah.
dulu saya ingat lucah ini lawak sekali buka kamus dewan maknanya …
ah, kau orang bukalah kamus dewan tu hehehe. cuma ada satu artikel pasal lucah ini
petikan dari saifilislam.com – Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina
MELUCAHKAN SEKS
Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.
“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.
Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu. Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.Hebatlah ustaz itu barangkali! Lawaknya menjadi. Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.
Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.
Siapakah juara dalam budaya melucahkan seks ini? Tolak ketepilah lelaki-lelaki singkat akal yang kotor hidup dan kotor bahasanya. Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh orang agama sendiri. Ustaz-ustaz lucah!
Kalaulah boleh diadakan kaji selidik, siapakah peserta kursus kahwin yang terselamat dari lawak lucah penceramahnya? Saya sendiri turut mengalaminya. Kursus kahwin yang saya sertai, bukan sahaja penuh kekeliruan terhadap perbahasan hukum hakam, malah turut tercemar secara rutin dengan lawak-lawak yang lucu bagi manusia singkat akal. Melawakkan seks dan melucahkannya.
Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.
Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah-ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.PUNCA
Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan orang agama terhadap lawak lucah sebegini. Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.
Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.
Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!
… Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. – petikan artikel Bipolar Disorder 30 Oktober 2007.
SESUNGGUHNYA
Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?
jadi dalam kitab munakaat, bab berlaga organ perkumuhan air kencing dipanggil persetubuhan. dulu ingat mati-mati ajar bab ini, rupanya ajar bab lain pula. namun aku ada terjumpa pdf tentang permata yang hilang, baru jumpa bab khas tentang berlaga organ perkumuhan air kencing mengikut islam. memandangkan ada seorang kawan sepejabat itu nak kahwin hujung minggu ini, ingat nak hadiah pdf ini, rasa anda macam mana, ok tak???
lagi pun rasanya Puan Ainon juga lagakkan kita hadiahkan buku kepada bakal pengantin kan hehehe. cuma buku apa yang sesuai ya huhuhu. tapi kalau ada sesiapa yang ada buku tentang permata yang hilang itu, boleh kirim kepada saya tak? rujuk buku lagi sesuai dari rujuk pdf dalam komputer rasanya. tak sesuai aktiviti malam pertama kena tengok komputer cara-cara nak buat.
ooo, bab-bab ini kau pandai cari ya . internet kan ada huhuhu. kena pula ada google. belum tambah ares p2p lagi. sampai externel hardisk saya penuh dengan filem-filem lama huhuhu. setakat video 3gp yang tak ada bunyi tambahan a.k.a sound effects apa kelas hahaha.
apa pun, hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya …


on April 10th, 2010 at 5:51 pm
amin..
mana nak dapat download buku permata yang hilang ni ya…
ares p2p tu apa???
on April 13th, 2010 at 11:38 pm
ares tu adalah sejenis perisian yang membolehkan kita berkongsi fail antara satu sama lain
http://aresgalaxy.sourceforge.net/
on April 13th, 2011 at 4:46 pm
Karangan sangat baik, rencana berfaedah kepada sesiapa pun.