buat pilihan yang sukar

Posted on Mac 19th, 2010 in Personal by Amin007

sepanjang saya membuat keputusan dalam hidup, pada hari sabtu ini adalah antara pilihan yang sukar.
sebabnya dalam kl dan sekitarnya ada banyak acara yang menarik, antaranya

  1. pameran buku di pwtc
  2. belon panas di putrajaya
  3. kl drift di dataran merdeka
  4. php meetup di pinggiran putra

mana satu pilihan hati ini???

mula-mula plan asal seorang rakan bernama murad ajak teman pergi loyat untuk cari laptop dan handset. tiba-tiba dapat tahu yang rakan sekolah lama azizul azizi nak kahwin hujung minggu ini. kalau tak pergi entah bila dapat berjumpa lagi. kena beli hadiah lagi ini. rasanya nak bagi buku untuk kempen baca@rumah a.k.a baca@lrt. mungkin PTS boleh bagi diskaun kot hehehe. siap bungkus ya.

meetup pulak pukul 5 petang. pergi kl awal-awal pagi. mungkin sesetengah acara yang dapat disertai seperti pameran buku di pwtc. tapi jarak muar-kl 2 jam 30 minit, pergi balik 5 jam. tapi banyak sangat pilihan yang ada hehehe.

ada syor apa-apa tak dari anda semua???

Post a comment