pikat kakak dapat adik namun
ada seseorang cerita dengan saya dia kata kalau nak pikat seseorang, kalau boleh jumpa keluarga dia dulu. mana tahu terjumpa antara adik-beradik dia yang lagi lawa dari dia. jadi tak menyesal kemudian kalau nak pikat dia.
jadi adalah seseorang yang aku berkenan hati namum kalau ikut petua di atas, saya kena jumpa keluarga dia dulu. nasib baik sekarang ada facebook. jadi dapatlah saya lihat adik-beradik dia. rupanya adik-adik dia lagi lawa dari dia huhuhu. seorang pakai baju warna hijau, seorang lagi pakai baju biru kundang.saya tanyalah dia yang adik-adik dia dah ada yang punya, dia jawap …
dah ada yang punya laa amin. menyesal saya tanya hehehe. jangan marah yer teddy bear. nanti kena jual hehehe. tapi biasanya ada orang cemburu kalau saya rapat kat seseorang perempuan dan berbual mesra. tak tahu kenapa, ah teruk kena gosip. dah rasa macam artis pula.
namun akan tetapi saya tak dapat mengelak kalau seseorang perempuan minat kat saya. dulu dekat sekolah ada 2 orang minat kat saya tapi saya tolak. cuma sekarang saya dalam proses nak memikat teddy bear yang comel. ikutkan dah jumpa keluarga teddy bear namun masa tu tak sempat nak berkenalan dengan keluarga. nasib baik teddy bear tak ada adik perempuan yang lawa, kalau tak …
amin, ko ni asyik cerita pasal cinta aje, ada apa-apa ker. tu kena tanya teddy bear saya hehehe. jawapan dekat dia. mungkin akan datang cerita pasal lain pula. sekarang tengah nak cari backup hardisk nak simpan filem-filem yang lama-lama. dah penuh kat pc sekarang ni. ingat nak upgrade. tapi tunggu pc acer yang berharga RM 1099 kena jual laa. dah tawar kat orang yang jual kerepek tapi dia kata nak fikir dulu.
rasanya kalau nak harga baik punya, beli masa tawaran murah laa. tengah tunggu pc fair ni. cukup tak duit tunggu dan lihat. tu pun kalau ada orang yang nak belajar php dengan saya setiap minggu. rasanya nak buat sistem ajar orang secara online sahaja laa. tunggu tunbendahara siap dia punya R&D. dengar kata projek dah dapat banyak huhuhu
Post a comment