jatuh hati kepada kawan baik
ikutkan dulu kalau boleh tak nak jatuh hati semasa belajar kat sekolah atau pun kat kolej atau pun kat universiti. dalam rancangan dah kerja tetap setahun baru nak cari awek seorang, itu pun kalau dah lulus kereta/motor.
tapi biasanya susah nak elak dari jatuh hati. biasanya pada orang yang paling hampir kat saya laa. kemungkinan saya akan jatuh hati dalam 90% laa. tapi syukur kepada Allah kebanyakan orang yang saya suka dah ada yang punya. walaupun susah nak hadapi setiap hari, namun akan daku tabah mengharungi dengan memendam perasaan ini jauh di sudut hati.
walaupun sekarang saya ramai kawan-kawan perempuan yang masih solo dalam facebook, tapi tak pastilah sama ada wajar saya curahkan perasaan kat dia. masalahnya bagi saya selagi tak jumpa dengan keluarga dia, selagi tu saya sukar nak terima dia sebagai calon isteri. tapi kebanyakan kalau boleh nak jumpa saya dulu, lepas tu baru jumpa keluarga dia. baru-baru ini saya ada terngurat seseorang dalam facebook hehehe. tapi tak pastilah sama ada nak ajak jumpa tak???
namun dalam banyak-banyak kawan perempuan online, ada seseorang yan sudah mencuri hati ni, tapi dia duduk kat pulau. saya suka dia sebab dia comel macam teddy bear hehehe. cuma bab nak kawin tu membuatkan saya fikir banyak kali. dia duduk selangor, saya duduk muar,johor. tak pasti adakah takdir hidup saya bersama dia sepanjang hayat???
tak pasti sama ada nak pilih seseorang kena ikut hati atau bentuk badan atau …(tak boleh cakap, berkaitan dengan bilik tidur). namun yang terpenting adakah mak saya suka kepada pilihan hati saya? kalau mak saya tak suka, saya sangat susah hati. kalau boleh hadiah terbaik dari saya untuk mak saya adalah menantu perempuan yang baik dari pandangan mak saya.
bagi saya janji dia boleh masak dan menjahit kira cukuplah. asal makan kenyang dan sedap rasanya. janji letak kicap hehehe. tapi tak pasti sejak semalam dia semacam merajuk dengan saya. sms pun tak dibalas. saya rasa susah hati sekarang. komputer dah habis dibetulkan semalam. tak pasti sama ada sebab saya lewat balas mesej dia menyebabkan dia merajuk. tengah fikir nak karang pantun apa untuk pujuk dia. nak kena nyanyi ker? lagu “Maafkan Kami” boleh???
bukan apa menulis tentang ini, ada kawan laa sejak dulu mengadu kat saya yang dia add seorang kawan lama laa dalam satu laman sosial. tapi kawan lama ni taknak jadi kawan dia. jadi semua kawan-kawan termasuk saya pun dia buang taknak kawan lagi. namun nasihat saya kat dia macam ada satu pantun melayu lama
pingan tak retak
nasi tak dingin
orang dah tak nak
buat apa teringin
namun sekarang terasa kerinduan teddy bear yang kat pulau tu. entah bila akan bersua muka, mungkin di loyat barang kali heheheh. tu pun kalau air asia sudi taja huhuhu.
namun jika ada peluang ….


on Februari 18th, 2010 at 1:50 am
salam…hehe2..akhi suruh je la mak akhi cari calon isteri…senang citer kan…
selalu baca blog tulisan akhi..tapi.. rasanya akhi kena ubah sikit nawaitu nak kawin tu.. maksud ana…niat sebab nak sempurnakan agama.. mencintai sunnah..
insyallah..Allah akan permudahkan niat tulus akhi tu..
doa dari saya..moga akhi dipertemukan dengan pengdamping yang akan tiupkan jazbah untuk terus buat usaha dalam tabligh..insyallah.
on Februari 22nd, 2010 at 6:16 pm
terima kasih atas kata-kata semangat anda
on April 2nd, 2010 at 2:02 pm
bertuahnya “teddy bear” 2bab da owg yg merindui dia.
harap skunk ini dia xmajok ag.
on April 6th, 2010 at 2:04 pm
maaflah saya ini dulu tak belajar bahasa sms.
sekadar nak tahu apa maksud
1) 2bab
2) owg
3) skunk
4) xmajuk
5) ag