adab bercakap di telefon atau handset

Posted on Februari 3rd, 2010 in Personal by Amin007

pada kebiasaaannya walaupun saya selalu bercakap dengan kawan-kawan saya namun apabila kalau nak bercakap di telefon, biasanya saya akan ambil masa nak kenalpasti siapa yang bercakap di hujung talian. kalau ayat yang diucapkan “kenal tak siapa ni?” saya akan cakap kenal atau tak berdasarkan berapa rapat hubungan saya dengan dia.

tetapi biasanya saya akan kenalkan nama saya dahulu dan nak bercakap dengan kawan saya itu. memandangkan hobi orang sekarang suka tukar-tukar talian dan handset, jadi terpaksa saya guna protokol macam itu walaupun ada orang kata skema sangat. tapi selalu juga dapat panggilan terlepas dan apabila sms balik, orang di hujung talian tak mengaku yang dia hubungi saya. rasanya mungkin dah wujud panggilan misteri kot atau ada orang saja-saja guna sistem haking nak buat panggilan dari talian orang lain punya.

jadi kalau ada sesiapa nak buat panggilan atas telefon saya, pastikan kenalkan nama anda dan asal mana serta sebut nak bercakap dengan siapa. tapi kalau dalam pejabat saya jika ada orang buat panggilan telefon dan dia mencari saya dan yang tukang jadi operator tu orang lain , saya akan cakap kepada yang tukang jadi operator itu yang nak cakap tu lelaki ker perempuan hehehe. ada kalanya kalau handset saya berdering saya akan bagi orang terdekat saya supaya jadi operator kejap. jadi kalau anda buat panggilan telefon kepada saya dan orang lain yang jawap, jangan lupa ikut protokol saya tadi iaitu kenalkan nama dan asal mana serta nak bercakap dengan siapa.

sama ada anda perempuan atau lelaki, perempuan yang bersuara biasa, kasar atau manja sejauh mana saya akan layan bergantung kepada mood saya pada masa itu. tapi pada kebanyakan masa saya suka berbalas mesej sahaja dan saya suka YM atau FB. kalau nak cari saya, tengoklah dalam FB saya ada ker tak. tapi demi menjaga iman saya, saya akan pendekkan perbualan saya kalau yang buat panggilan adalah perempuan yang bersuara manja lebih-lebih lagi kalau perempuan jepun. eh ada pula orang luar negara nak bercakap dengan saya hehehe..

jadi jangan lupa protokol saya iaitu

  1. kenalkan nama
  2. asal mana
  3. status (untuk perempuan sahaja, sama ada bujang atau kahwin)
  4. nak cakap dengan siapa

tanya status tu bukan apa, jadi saya boleh cakap Puan untuk dah berkahwin dan Cik bagi yang belum berkahwin. kalau dah ada yang punya, cakap awal-awal tau huhuhu supaya saya tak terngurat awak. saya gunakan gantinama awak untuk perempuan yang masih mencari buah hati dan gantinama kau/engkau bagi yang dah ada buah hati, tunang atau suami. bukan apa dekat sekolah dulu, kalau nak ngurat seseorang kena panggil awak, kalau kawan biasa sahaja panggil kau/engkau.

namun kalau teman tapi mesra nak panggil apa yer …..


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Post a comment

Amin007.org