marah seperti api maaf seperti air
nabi pernah berkata orang yang paling kuat adalah mereka yang dapat menahan diri dari marah. ada orang dalam tabligh pesan dekat saya kalau semasa buat usaha agama ada orang kutuk-kutuk kita, kita patut cakap dalam hati nabi muhamad pernah kena kutuk dari teruk dari kita. namun semasa pembukaan makkah, nabi muhamad dengan baik hati memaafkan semua orang kafir. sewajarnya kita bersabar dan membaiki apa kelemahan diri kita berdasarkan apa yang orang selalu kutuk kita.
tapi kalau ada orang kutuk sultan johor, patut tak saya berasa marah???
namun kalau orang itu dah minta maaf dan menyerah diri pada polis dan polis johor pun dah ambil tindakan, wajarkah saya marah lagi? apa syarat yang patut saya kenakan kalau orang itu nak minta maaf? kalau Datuk Seri Rais Yatim kata maafkan orang itu, patut ke saya marah juga pada Datuk Seri Rais Yatim kerana memandai-mandai sahaja suruh saya memaafkan kesalahan orang itu?
kali terakhir saya marah adalah semasa belajar di kolej islam ypj johor bahru. selepas itu saya berazam tak akan marah lagi cuma kena cari sebab sahaja kenapa perlu saya marah. dalam tabligh pula saya diajar supaya banyak bersabar kalau ada orang kutuk-kutuk. ada banyak hikmah kalau kita tahan kemarahan kita.
dalam isu bab orang kutuk sultan johor, saya tak beberapa jelas kenapa orang itu kutuk. alih-alih dah serah diri pada polis. kalau nak dikatakan sebab paksa orang lilit kain putih, setahu saya semasa dalam induksi ada dibagi tahu memang dalam protokol kalau sultan meninggal kena lilit kain putih, bukan di johor bahkan satu malaysia. tapi yang saya rasa bersyukur dalam proses berkabung ini, tiada hiburan dan permainan. pergi pasaraya pun dia orang pasang cd al-quran dalam sistem siaraya. rasa macam negeri arab pula. dalam bulan ramadhan pun tak rasa macam ini.
kalau ikut protokol kena 2 inci, tapi ada yang saya tengok seorang menteri itu macam lebih 2 inci sahaja. mentang-mentang songkok dia tinggi hehehe. tapi janji lilit sudah asalkan ada garisan putih. ada orang pakai riben, kertas putih, dan cat putih atas songkok masing-masing. nampak gaya raya tahun ini kena beli songkok baru huhuhu. untuk rakyat johor, anda kena sediakan baju hitam teluk belanga. nanti mudah kalau sultan johor yang baru nak bagi darjah kebesaran, baju dah ada.
apa pun marah seperti api, maaf seperti air. kalau anda berbalah-balah atau bertengkar, syaitan akan hadir di sisi anda. kalau anda maaafkan atau buat tak layan sahaja. malaikat akan hadir di sisi anda. saya mungkin akan tunggu orang yang kutuk sultan johor itu kena dakwa di mahkamah dan mahkamah jatuhkan denda dan minta maaf secara terbuka di media massa serta di internet serta di facebook, barulah saya pertimbangkan permohonan maaf orang tu. tentang Datuk Seri Rais Yatim itu …
on Januari 27th, 2010 at 1:29 pm
Aku setuju amat..memaafkan orang lain adalah sifat terpuji..
on Januari 29th, 2010 at 7:23 pm
nabi muhamad pun ampunkan umat, kenapa kita tak boleh maafkan orang lain???