daku akan kahwin pada …

Posted on Disember 23rd, 2009 in Agama, Personal by Amin007

tapo kerepek dah kawin. tinggal musa dan saya. tak tahu siapa yang akan habiskan zaman bujang dahulu. dulu saya punya plan, dah kerja setahun saya akan cari seorang awek untuk dijadikan isteri. tapi rasanya dah 2 tahun ini masih tak jumpa hajat di hati mencari bakal isteri . duit dikumpul untuk belanja perkahwinan masih tak cukup. tiba-tiba kena bagi mak buat belanja. nampak gaya saya kena buka satu akaun khas supaya mak saya tak tahu yang saya ni ada duit huhuhu

saya ada tanya tapo kerepek berapa dia punya belanja, namun dia bagi tahu adalah dekat …

lebih kurang 10,000 lebih.  terkejut saya dibuatnya. saya teringin buat majlis perkahwinan saya tampak meriah dengan bajet yang kurang. kadang kala terfikir yang majis perkahwinan orang lain yang untung, bukannya saya huhuhu.

saya tak kisah nak bagi orang makan nasi minyak ker, kfc ker, pizza hut ker. tapi kalau bab bersanding, sesi photografer, video, mak andam blablabla macam tak beberapa suka. saya dan bakal isteri akan gembirakan semua orang, keluarga, kaum kerabat dan sahabat andai. namun saya dan bakal isteri berharap tak akan meminjam dari bank semata-mata nak raikan majlis perkahwinan yang gempak dan mahal. akhirnya saya dan bakal isteri akan bergaduh pasal hutang kahwin masih belum selesai.

saya amat cerewet pasal duit. setiap sen yang saya belanja, saya akan pastilah yang saya sendiri akan mendapat nilai yang maksima atas setiap barang atau perkhidmatan yang saya akan beli. ini termasuk kos majlis perkahwinan. saya berharap majlis perkahwinan saya kurang dari 10,000 ringgit. mungkin semasa hantaran perkahwinan saya ingat nak hantar sekali takaful dan simpanan untuk bakal isteri yang bernilai ribuan ringgit.

kau ni dah ada awek ker, plan nak kawin beria-ria. hehehe belum ada lagi dah. siut ingatkan dah ada. kalau dapat orang selangor, maskawin RM 300. kalau kawin dengan orang johor, maskawin RM 22.50. tapi hantaran dikira lain. kalau saya sanggup bagi emas satu kilogram pada bakal isteri saya sebagai emas sebagai maskawin sebagai ganti duit. nama pun mas kan hehehe. satu pelaburan juga. tak pun bagi Gold Savings Passbook Account, maybank punya daa. saya letak 100 gram sebagai pemulaan.

kadang kala terfikir mak saya suka menantu yang macam mana??? tapi selagi tak lulus jpj selagi tu susah nak cari bakal isteri. ada satu cara lagi nak agak mudah, bagi biodata kat Ustaz Zaharuddin, dia akan tolong padankan . dalam tabligh pun ada orang yang tolong cari jodoh ini. saya masih pertimbangan cara kedua ni kalau cari sendiri bakal isteri tak tercapai lagi hehehe. saya ada juga katakan kepada sahabat tabligh saya yang saya ni tak pandai bawa kereta dan motorsikal. jadi macam fikir banyak kali nak kawin ini.

dia kata jangan bimbang. dia kata ada seorang rakan dalam tabligh pun sama keadaan macam saya. tapi entah macam mana isteri dia pulak yang bawa motosikal, dia bonceng di belakang. jadi bukan jadi satu masalah tak pandao bawa kereta ata motosikal. mungkin aku kena baca banyak lagi blog ini lagi kot iaitu Saifulislam.Com – Erti Hidup Pada Memberi. dalam blog ustaz ini banyak cerita tentang pengorbanan dan tolak ansur dalam hidup berkeluarga.saya belum tanya ustaz ini lagi sama ada dia pun ada buat usaha padankan jodoh orang bujang macam saya hehehe.

dulu masa jalan-jalan cari makan yang dianjurkan oleh forum php.net.my , ada seorang awek tu. nak mengayat susah sikit sebab ada kawan tu pun mengayat sama. teringin nak pergi ke rumah dia tapi kena ajak member-member dari forum php.net.my laa.tapi sayang tak mengurat dia hari tu.  tengok dalam facebook,  sekali dia jadi model daa untuk jabatan dia. sekali pandang macam dato siti nurhaliza huhuhu, dua kali pandang rupanya dia daa. tapi sampai sekarang saya masih susah nak mengayat dia hehehe. entahlah mungkin minat tak sama kot huhuhu.

orang ada kata juga yang  saya buka kelas php tu selama ini, tak kan tak tersangkut hati pada mana-mana budak perempuan tu. ikutkan ada sekali tu dapat ajar seorang budak perempuan, memang cun gila tapi dia cakap perak daa huhuhu. tak jadi nak ngurat hahaha. tapi setakat yang saya ajar, yag masih hubungi saya adalah yang kat banting selangor tu. dia mengajar di sarawak namun sekarang dia balik cuti sekolah daa. sekali tu ada juga ada juga budak perempuan di pahang. hari tu dia janji nak datang muar tapi kalau ada bajet laa huhuhu.

ooo, banyak juga yer ko pasang tayar ganti. eh ingat saya ni lori ker simpan tayar banyak sangat. masalahnya saya belum jumpa ibubapa dia orang. jadi hubungan saya dengan dia orang macam tajuk lagu ratu “teman tapi mesra” hehehe. untuk itu saya ubahsuai lirik tu khas untuk dia orang dan peminat saya :D

Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia selalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi LEBIH JADI LEBIH KAWAN DENGANKU

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku BELUM yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

namun apa jua pun yang terjadi saya pasti akan pilih orang yang paling saya suka. dekat pejabat macam ada berminat dengan seseorang tapi tak pasti hati dia masih kosong atau tak. tapi selagi tak jumpa ibubapa dia saya masih belum dapat buat keputusan. sejauh mana hubungan dia dengan keluarga amat saya ambil kira untuk saya jatuh hati kat dia. tapi untuk datang ke banting selangor pada 25 hb disember 2009 semasa-mata nak hadiri kenduri rumahnya masih dalam pertimbangan. tak kan saya nak pergi sana seorang diri huhuhu. tak manis dipandang orang kan hehehe. ingat nak ajak onn azraai tapi tak pasti sama ada dia balik muar ker tak. nak ajak nidzam takut ganggu anak dia yang baru lahir tu.

mak nidzam pun dah tanya bila saya nak kawin. saya jawab saya akan kawin tahun depan pada …


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

2 Responses to 'daku akan kahwin pada …'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'daku akan kahwin pada …'.

  1. JJ ct said,

    on Januari 28th, 2010 at 1:50 am

    saye lagila xpernah bcnta dengan kekasih lelaki seumur hidup ni.Umur pun dah 25 thn. Kekadang tu saya putus asa smpi saye rase saya x akn bkhwin smpai bila2. Paling kecewa plak tu, sorang boyfriend hatta kekawan sekolah lelaki pun xpernah calling2 nk mengurat. Sedihnya…..huhu.

  2. Amin007 said,

    on Januari 29th, 2010 at 7:22 pm

    tak ada orang mengurat awak ker hehehe?
    awak nak saya pikat ker???

Post a comment

Amin007.org