salam idulfitri pada 20.09.2009

ini adalah pantun raya

tepi sungai ada jeti
tunggu sampan sampainya belum
ingin bertanya di dalam hati
dah ada yang punya ke belum

eh silap pulak ini pantun mengurat anak dara orang semasa beraya nanti

riang ria dihari raya
buluh ditebang buat pelita
salam lebaran dari saya
ampun maaf jua kupinta

ada pun tahun ini tarikh hari raya idulfitri jatuh pada 20.09.2009. kalau anda perasan buang titik jadi

20092009

satu tarikh yang cukup menarik. kepada rakan-rakan semua, datang lah ke rumah saya jika sudi. saya ada sediakan kek sarawak dan duit raya.

kalau nak kad raya lawati http://www.amin007.org. kad ini hanya akan muncul semasa bulan syawal sahaja hehehe