cakap betul tempat salah

saya masih ingat lagi, masa itu dato siti nurhaliza binti tajuddin menang pertandingan di mtv singapura. ayat yang mula-mula dato siti nurhaliza ucapkan Alhamdulillah. jadi masa itu saya menjadi kaget sekejap. bukan apa cakap dato siti nurhaliza betul tapi diucapkan di tempat yang salah iaitu di pertandingan mtv. ialah maksud Alhamdulillah adalah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. jadi dato siti nurhaliza yang kita sayangi walaupun dah kawin dengan dato k buat satu perkara

cakap yang betul di tempat yang salah

mungkin ada orang bertanya kepada saya “jadi ada tempat tertentulah kita boleh cakap Alhamdulillah?” jawapannya sebenarnya semua tempat sesuai cakap cuma terdapat majlis yang melalaikan dan ada seseorang cuba mengingati Allah di saat kebanyakan manusia lalai dari mengingati Allah di hadapan semua orang.

faham tak apa yang saya nak sampaikan ini???

macam ini lah. adalah menjadi kebiasaan orang melayu mengucapkan zikir seperti tasbih,tahmid,tahlil dan takbir dalam perbualan harian serta dalam ucapan. ada kalanya orang bukan islam pun terpengaruh sampai terucap zikir tersebut. itu belum lagi masuk ucapan salam lagi.

jadi ada orang islam yang kurang bijak menyatakan bahawa hanya orang islam sahaja layak ucapkan zikir. kalau saya berada di tempat kejadian, memang saya kata kat orang tu, biar sahaja orang bukan islam mengucapkan zikir tersebut. mudah-mudahan ALLAH bagi hidayat kepada mereka suatu hari nanti. lagipun bukan ke percakapan dia orang betul cuma diucapkan di tempat yang salah iaitu ucapan zikir dari mulut orang bukan islam.

berbalik kepada ucapan dato siti nurhaliza di mtv singapura. adapun majlis mtv itu dianggap majlis lalai, bercampur lelaki dan perempuan, ada nyanyian . alih-alih dato siti nurhaliza boleh menang. jadi dato siti nurhaliza sebagai orang melayu, pengucapan zikir seperti Alhamdulillah adalah amat biasa kalau ada orang puji kita kan dan kita kata Alhamdulllah sebagai maksud rendah diri bahawa segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. kita tak layak terima pujian.

zikir  juga dianggap sebagai bunga bahasa pengucapan awam hehehe. selalunya dalam nak berucap kita mesti cakap bahasa arab sikit sebagai bunga bahasa serta doa sebelum masuk topik selanjutnya. apa kata orang pengenalan kena panjang sikit. tapi kalau kita bercakap di hadapan orang yang tak tahu apa maksud zikir tadi serta majils yang kita sertai tu pulak majlis lalai dari mengingati Allah, wajarkah kita ucap zikir tadi?

bagi saya dato siti nurhaliza buat keputusan yang betul sebab bercakap yang betul di tempat yang salah. ialah secara konsepnya ALLAH buat keputusan yang dato siti nurhaliza menang pertandingan tersebut. jadi atas menjaga iman, sewajarnya dato siti nurhaliza ucapkan Alhamdulillah sebab ALLAH yang bagi menang, bukanya peminat atau juri. lagipun mereka yang sertai mtv itu faham dato siti nurhaliza orang melayu. jadi dia orang tak ambil pusing kalau dato siti nurhaliza nak ucapkan zikir. bukan ker Alhamdulillah tu bunga bahasa???

jadi selepas ni kalau ada artis yang menang pertandingan apa-apa pun, kita lihat sama ada iman dia kuat ker tak. caranya adalah permulaan ucapan dia sebut Alhamdulillah? tapi kalau persembahan diadakan di kelab malam yang ada jual arak didalamnya serta dia sebut juga Alhamdulliah masalah tu …teringat cerita cinta syurga yang mana orang tu baca bismilah sebelum minum arak.

apa pun saya lebih suka kita betulkan percakapan kita dahulu. sentiasa ingat ALLAH pada setiap masa dan keadaan. biasakan lidah kita mengucapan zikir di mana juga. pastikan setiap percakapan kita mengajak manusia kepada ALLAH bukan kepada mahluk. jangan risau kalau tempat yang kita cakap itu salah atau majlis yang kita sertai tu salah.

kalau anda lihat cerita kiamat sudah dekat, calon menantu ustaz masih buat konsert rock tapi hanya selepas solat asar. dalam erti kata lain tak salah berhibur tapi kena ingat ALLAH pada setiap masa dan keadaan. pilih masa sesuai lah.

namun jika ada peluang …