macam mana nak niat dalam solat

biasanya dalam sekolah dulu kita diajar niat solat macam ni

sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu margrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu isyak 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

sahaja aku solat fardu suboh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala

dan sebagainya. tapi ada masalah kalau nak niat macam ni, nak tahu kenapa???

sebab niat ketika dalam takbirahtul ihram. dari segi praktikal kebanyakan kita baca niat tersebut dalam otak ketika mulut sebut takbir hakikatnya niat di hati. jadi satu kemuskilan macam mana nak niat???

ada ustaz ajar aku macam ni. kita sedia maklum solat fardu memang rakaat dah ditentukan tak mungkin berubah melainkan kalau nak qasar sahaja. qasar pun pada solat 4 rakaat sahaja. solat di awal waktu adalah tunai. kita solat mesti kerana ALLAH kan, takkan sebab mak suruh. jadi kita hanya perlu niat macam ni

sahaja aku solat fardu zohor

sahaja aku solat fardu asar

sahaja aku solat fardu margrib

sahaja aku solat fardu isyak

sahaja aku solat fardu suboh

baru-baru ni aku terfikir sebenarnya boleh pendek lagi, macam ni

aku solat fardu zohor

aku solat fardu asar

aku solat fardu margrib

aku solat fardu isyak

aku solat fardu suboh

aku memang sedia maklum macam mana pun kita akan baca niat di otak bukan di dalam hati. jadi dari baca niat panjang-panjang, baiklah kita baca niat pendek-pendek dalam otak kan kan kan.

untuk solat sunat seperti terawih dan hari raya, anda boleh juga buat macam ni – aku solat sunat terawih / aku solat sunat idulfitri

untuk solat qasar dan jamak aku terangkan di akan datang